produk-produk

Ahad, 10 Julai 2016

Perlawanan Akhir EURO 2016

Hasil carian imej untuk euro 2016

Tahniah diucapkan kepada pasukan Perancis dan Portugal kerana berjaya masuk ke perlawanan akhir untuk edisi kali ini. Perancis melangkah ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Germany 2-0. Gol-gol pasukan Perancis telah dijaringkan oleh Antoine Griezman. Pasukan Portugal pula mara setelah mengalahkan pasukan Wales dengan jaringan 2-0. Gol Portugal dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo dan Nani.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada pagi Isnin 11 Julai 2016 pukul 3 pagi waktu Malaysia. Para penonton di Malaysia boleh melihat perlawanan akhir secara langsung melalui saluran Astro channel 821 dan 841. Sebagai maklumat tambahan kapten Portugal iaitu Ronaldo pernah beraksi di pentas akhir EURO 12 tahun yang lepas. Masa itu Portugal diwakili oleh generasi emas iaitu Lusi Figo, Rui Costa dan Nuno Gomes. Tetapi Portugal telah kalah kepada pasukan bukan pilihan iaitu Greece dengan jaringan 0-1.

Perancis dilabelkan sebagai pasukan pilihan pada perlawanan akhir kali ini. Kelebihan utama Perancis adalah  sebagai tuan rumah dan beraksi dikelilingi puluhan ribu penonton yang menyokong mereka. Perancis juga beruntung kerana 3 pemain mereka berada di dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan iaitu Antoine Griezman , Oliver Giroud dan Dimitri Payet. Griezman sekarang penjaring terbanyak kejohanan iaitu 6 gol.  Penjaga gol mereka iaitu Hugo Lloris hanya melepaskan 3 gol sepanjang kejohanan.

Portugal banyak bergantung kepada Ronaldo untuk menjaringkan gol setakat ini. Ronaldo telah menjaringkan 3 gol untuk kejohanan kali ini. Tetapi Nani pemain Fenerbache juga mampu menjaringkan gol apabila tidak dikawal oleh pertahanan. Pemain lain yang perlu diberikan perhatian iaitu Renato Sanches. Pemain yang berumur 18 tahun ini mempamerkan aksi yang bertenaga dan memukau semasa perlawanan dengan Wales semasa separuh akhir. Mujurlah Bayern Munich telah membeli Sanches sebelum kejohanan EURO bermula. Sekarang ramai kelab yang berminat untuk membida permata baru Portugal ini.

Dari segi 24 rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. Perancis telah memenangi 18 perlawanan berbanding Portugal 5 perlawanan.  Perancis akan bergantung kepada Payet untuk sepakan bebas dan membuat hantaran kepada Griezman dan Giroud. Kelebihan Portugal pula adalah Ronaldo selain dari menjaringkan gol, dia juga hebat membuat hantaran tepat kepada rakan sepasukan. Semoga semua dapat menyaksikan perlawanan akhir yang  terbaik dan menghiburkan diantara pasukan Portugal dan Perancis




Tiada ulasan:

Catat Ulasan