produk-produk

Isnin, 4 Julai 2016

Sampul Duit Raya 2016

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh berkat. Kemudian umat islam akan menyambut bulan Syawal pula. Banyak juga ibu bapa yang membuat pembelian menyambut Hari Raya pada saat akhir termasuk saya. Biasanya setiap tahun saya akan membuat persiapan awal untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tetapi tahun ini persiapan hanya pada saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Setiap tahun orang dewasa dan ibu bapa akan menukar duit raya untuk diberi kepada ibu bapa, anak saudara dan kanak-kanak yang berkunjung ke rumah. Biasanya duit raya akan beserta dengan sampul duit raya sekali. Sekarang bank-bank komersial dan syarikat sudah kurang menyediakan sampul duit raya tidak seperti sebelum ini. Cuma sekarang ada pilihan untuk sampul duit raya. Ada yang menempah sampul duit raya untuk kegunaan sendiri. Banyak juga penjual  yang menjual sampul duit raya pelbagai corak dan design yang menarik.

Setakat ini saya masih menerima sampul duit raya dari bank komersial dan semasa membeli barang persiapan raya. Apepun saya memang telah mengumpul sampul duit raya sejak dari dahulu. Cuma koleksi saya banyak yang musnah kerana banjir besar yang melanda Pahang pada tahun 2013 yang lepas.



           Sampul duit raya dari Bank Rakyat, Bank Persatuan, Ambank dan Malayan Banking



Sampul duit raya dari Percetakan Xklusif, Gene Martino, PTPTN dan Etiqa Takaful

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. sampul duit raya memang cantik belake

      Padam
  2. banyaknyaaaa. tahun ni kurang dpt free sampul. hm hm.
    happy eid fitr.

    BalasPadam
  3. wow.. tuan masih ada lebihan sampul raya tak? boleh kongsi dgn saya? 0162973489

    BalasPadam