produk-produk

Selasa, 9 Ogos 2016

Asia Tenggara Boleh

Sukan Olimpik Rio telah bermula pada hari Jumaat yang lepas. Sukan Olimpik kali ini diadakan dari 05 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016. Sukan Olimpik Rio diadakan selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia 2014 juga yang berlangsung di Brazil. Banyak peristiwa yang menyebabkan Sukan Olimpik di Rio ,Brazil hampir-hampir tidak menjadi kenyataan. Pertamanya virus Zika yang menyerang negara Amerika Latin dan kos penganjuran yang tinggi menyebabkan Sukan Olimpik hampir tidak diadakan di Brazil pada tahun 2016.


Hasil carian imej untuk Hoang Xuan Vinh



Tahniah diucapkan kepada peserta menembak Vietnam yang memenangi emas acara menembak 10 meter pistol. Peserta Vietnam Hoang Xuan Vinh yang berumur 41 tahun adalah berkhidmat sebagai tentera. Emas yang Xuan Vinh  menangi adalah emas pertama Negara Vietnam dalam sejarah Olimpik untuk negara mereka. Beliau telah mengalahkan peserta lebih ternama dari Brazil dan China untuk memenangi emas pertama Vietnam.


Hasil carian imej untuk Sopita tanasan



Thailand juga telah mendapat pingat emas pertama mereka melalui acara angkat berat.Sopita Tanasan telah menang acara 48kg wanita. Sopita sebenarnya berasal dari keluarga peninju tetapi memilih sukan angkat berat sebagai kerjayanya. Tempat kedua acara yang sama juga diungguli oleh rakyat Asia Tenggara. Pingat perak dimenangi oleh peserta dari Indonesia iaitu Sri  Wahyuni Agustani. Wahyuni mendapat tempat kedua dengan angkatan sebarat 192kg berbanding Sopita sebanyak 200kg. Harap atlit Malaysia juga dapat menyumbang sebarang pingat untuk Malaysia untuk kejohanan Olimpik kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan