produk-produk

Rabu, 12 Mac 2014

Teknik-teknik Pinjaman ASB


Teknik 1- Bayaran Guna Duit Gaji

Teknik ini  biasa digunakan oleh peminjam ASB. Biasanya kalau  guna teknik nie kena ada lebihan gaji. Maksudnya pendapatan-perbelanjaan= ada baki.

Teknik 2 Bayaran Guna Dividen

Teknik 2 ini memang popular dikalangan peminjam ASB tegar. Aku dah gunakan teknik nie untuk 2 pusingan asb loan aku. Teknik nie memerlukan modal untuk bayaran pinjaman ASB untuk tahun pertama. Tahun kedua dividen asb dah boleh cover bayaran bulanan ASB. Sebagai contoh:
  
  *Dividen ASB 200k x 7.7%         15,400
**Bayaran bulanan ASB 200k    (14,676)
   (1223x 12)
   Baki bersih                            =       724

  *Dividen ASB sentiasa berubah setiap tahun. Pengiraan atas untuk bagi senang paham jer.
** Untuk pengiraan bayaran bulanan sila rujuk jadual pembayaran asb Maybank Islamic. Bayaran bulanan tidak termasuk pinjaman + insurans asbrta

Teknik 3 – Gabungan Teknik 1+ Teknik 2

Gabungan  teknik 1  dan teknik 2 seperti diatas. Gabungan teknik nie bagus kerana dapat meningkatkan ROI pinjaman ASB dan baki bersih dividen akan jadi lebih banyak. Aku gunakan pengiraan pinjaman ASB 200k sebagai contoh.

Dividen ASB 200k x 7.7%             15,400

Bayaran Dari Gaji 100 sebulan      1,200
JUMLAH                                          16,600

Bayaran bulanan ASB 200k       (14,676)

     (1223x 12)
Baki bersih                                      1,924

Tiada ulasan:

Catat Ulasan