produk-produk

Khamis, 24 Julai 2014

Dividen Oh Dividen

Bulan Ramadhan nie bulan yang bagus kalau dapat dividen. Bila dapat dividen dapat la cover untuk persiapan hari raya untuk pekerja swasta yang tiada bonus. Selain tue dividen yang dapat boleh gunakan untuk berzakat dan bersedekah sempena bulan yang mulia nie. Dibawah senarai dividen yang dapat bulan 7 :

Dividen ASD
Tahun nie dividen ialah 6.6sen bagi Amanah Saham Didik. Syukur kerana dividen telah dikreditkan kepada buku ASD pada 01 Julai 2014

Dividen KPF
Dividen tahun nie adalah 15%. Tapi bulan nie KPF bayar 10% dahulu. Baki 5% akan dibayar selepas kelulusan SKM. Dividen KPF dimasukkan ke akaun Maybank pada 02 Julai 2014

Dividen Bank Persatuan

Pemberian dividen tahun nie 6%. Dividen sama macam tahun lepas. Harap tahun depan dividen akan bertambah kerana semakin ramai anggota yang telah keluar saham Bank Persatuan. Dividen telah dikreditkan ke akaun simpanan pada 18 Julai 2014

Isnin, 14 Julai 2014

Kenaikan BLR Tahun 2014

KELMARIN, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berhubung perkembangan monetari dan kewangan negara memaklumkan kadar inflasi, iaitu kenaikan dalam harga barangan, mencecah 3.2 peratus bagi Disember tahun lalu, berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut BNM, kenaikan itu disumbangkan peningkatan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang naik sebanyak 4.5 peratus pada Disember 2013 berbanding 3.9 peratus pada November 2013.

“Kenaikan harga makanan itu mencerminkan harga yang lebih tinggi dalam sub kategori ikan dan makanan laut, daging, dan sayur-sayuran, berikutan keadaan cuaca buruk, selain kenaikan harga juga dicatat dalam sub kategori makanan di luar rumah,” menurut BNM.

Inflasi, selain memberi kesan secara terus kepada poket orang ramai yang perlu membeli barangan pada harga lebih mahal, turut membawa kesan lebih membimbangkan, iaitu terhadap kadar faedah pinjaman yang ditawarkan di bank-bank seluruh negara.

Walaupun BNM pada Rabu lalu mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) di Malaysia pada tiga peratus untuk separuh pertama tahun ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini menjangkakan BNM menaikkan OPR pada separuh kedua 2014 akibat tekanan inflasi.

“Persekitaran kadar faedah rendah ini telah mencapai titik penting dan ada kemungkinan OPR akan disemak semula kepada kadar lebih tinggi.

“Tetapi BNM dijangka cuba sebaik mungkin untuk tidak mengubah OPR walaupun ada tekanan inflasi,” menurut Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid, baru-baru ini.

OPR naik, kadar faedah di bank turut naik

Kadar OPR di Malaysia telah dikekalkan pada tiga peratus sejak Mei 2011 dan BNM dalam kenyataannya memaklumkan, dari segi kadar pinjaman runcit, kadar pinjaman asas (base lending rate atau BLR) purata bank perdagangan kekal tidak berubah pada 6.53 peratus.

Bank di Malaysia menggunakan OPR sebagai asas untuk menentukan kadar BLR bagi pinjaman yang diberikan mereka kepada orang ramai.

Kenaikan OPR hampir pasti membawa kepada kenaikan dalam BLR, sekali gus memberi kesan kepada orang ramai yang mempunyai hutang bank sama ada untuk rumah, pinjaman kewangan peribadi dan lain-lain kerana kadar faedah yang perlu dibayar akan meningkat.

Contohnya, kadar BLR semasa adalah 6.6 peratus. Bayangkan senario di mana seorang individu yang ingin membeli rumah mengambil pinjaman perumahan diberikan Bank A pada kadar faedah BLR - 2.2 peratus sekarang.

Ini bermakna, individu itu perlu membayar kadar faedah 4.4 peratus (iaitu 6.6 peratus tolak 2.2 peratus).

Kemudian, katakan OPR dinaikkan oleh bank pusat, menyebabkan Bank A turut menaikkan kadar BLR kepada 6.7 peratus. Ini bermakna, pinjaman rumah yang sama itu akan mempunyai kadar faedah 4.5 peratus (iaitu 6.7 peratus tolak 2.2 peratus), menyebabkan bayaran semula pinjaman menjadi lebih tinggi.

Kesimpulannya? Kenaikan OPR akan menyebabkan kenaikan BLR yang kemudian membawa kepada kenaikan kadar faedah pinjaman, sekali gus menyebabkan beban hutang rakyat Malaysia bertambah.

Penganalisis berpendapat berbeza

Sebaliknya, firma penyelidikan Kenanga Research percaya BNM dijangka tidak menaikkan OPR pada tahun ini, dan mengekalkannya pada kadar tiga peratus kerana keadaan semasa termasuk kenaikan harga petrol, tarif elektrik dan kemungkinan harga tol yang akan mengurangkan perbelanjaan pengguna.

"Kadar semasa (OPR) ini menyokong pertumbuhan domestik dan ianya menjadi cahaya panduan dalam keadaan semasa yang tidak menentu ini.

"Dengan pemulihan ekonomi negara-negara maju, eksport Malaysia dijangka semakin baik dan menjadi satu daripada faktor utama pertumbuhan ekonomi tahun ini," menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikannya.

sumber sinarharian.com

Kepada sesiapa yang mempunyai pinjaman konvensional atau islamic samaada loan rumah, kereta, peribadi dan pinjaman asb bersedia dengan bayaran pinjaman baru.