produk-produk

Memaparkan catatan dengan label dividen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dividen. Papar semua catatan

Khamis, 8 Februari 2018

Dividen Tabung Haji Tahun Kewangan Berakhir 2017

Hibah TH 2017


Lembaga  Tabung Haji telah mengistiharkan pemberian hibah tahunan dan hibah  haji semalam. YB Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji  Baharom mengumumkan pemberian hibah tahunan 2017 ialah 4.50% dan hibah haji 1.75%. Hanya pencarum yang belum menunaikan haji yang layak mendapat hibah haji sebanyak 1.75%.

Di bawah ini rekod 3 tahun terakhir Hibah yang diberikan Lembaga Tabung Haji

2016  4.25+1.50

2015  5.00+3.00

2014  6.25+2.00

Khamis, 4 Februari 2016

Dividen Tabung Haji 2015







Hari ini posting berkaitan dengan tabung haji.  Tahun 2016 memang tahun mencabar untuk Tabung Haji. Heboh di media massa dan media eletronik berita negatif tentang Tabung Haji. Berita berkaitan surat kepada Pengerusi Tabung Haji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat banyak reaksi dari rakyat Malaysia. Apepun Tabung Haji diharap menerima teguran dari Gabenor Bank Negara dengan membuat penambah baikan, Tabung Haji masih lagi institusi terbaik untuk menguruskan jemaah haji dari Malaysia buat masa sekarang.

Dividen Tabung Haji bagi tahun 2015 ialah 5 % dan bonus 3% . Bonus 3 peratus hanya untuk pendeposit yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini.  Dividen 2015 berkurangan berbanding tahun 2014 sama seperti pelaburan instrument milik kerajaan yang lain.

Sejarah dividen Tabung Haji bagi  3 tahun terakhir :
2014  6.25 + 2
2013  6.00 + 2
2012  6.50 + 1.5

Berita sepenuhnya boleh layari laman web http://www.tabunghaji.gov.my/. Disana ada menyertakan pengiraaan dividen dan bonus Tabung Haji bagi tahun 2015

Jumaat, 1 Januari 2016

Dividen Asb Tahun 2015








Selamat tahun baru 2016 kepada diri sendiri dan pembaca sekalian. Posting pertama untuk tahun 2016. Ramai pelabur tegar Asb menantikan pengumuman dividen asb tahun 2015 sehingga hujung tahun. Akhirnya Permodalan Nasional Berhad telah membuat pengumuman dividen asb pada 29 Disember 2015.


Dividen Asb tahun 2015 adalah 7.25 sen dan Bonus 0.5 sen. Dividen tahun 2015 memang kurang berbanding tahun 2014. Para pelabur yang ingin mengemas kini dan mengeluarkan dividen boleh pergi ke bank dan pejabat pos pada 04 Januari 2016. Rekod dividen Asb 3 tahun terakhir :

          Dividen    Bonus
2014  7.50 sen    1.0 sen
2013  7.70 sen    1.0 sen
2012  7.75 sen    1.15 sen

Berita sepenuhnya www.m/berita-bisnes/asnb-umum-agihan-pendapatan-asb-7-50-sen-seunitastroawani.co-50476

Isnin, 28 Disember 2015

Dividen ASN Tahun 2015










Amanah Saham Nasional Berhad telah membuat pengumuman dividen ASN untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pengumuman tahun nie lambat berbanding tahun sebelum-sebelum ini. Dividen ASN bagi tahun 2015 adalah 6.10 sen perunit.

Dibawah ini rekod dividen ASN bagi 3 tahun terakhir

Tahun    Dividen
2014        6.45
2013        6.45
2012        6.30

Kebanyakan rakyat malaysia tengah menunggu pengumuman ASNB berkaitan dividen ASB pulak. Rasanya dividen ASB pun menurun tahun ini kalau ikut trend dividen-dividen produk ASNB yang lain . Doa jela tahun ini ASNB nak gunakan peruntukan bawa kehadapan sebelum ini untuk kekalkan dividen ASB sama  seperti tahun lepas.

Berita sepenuhnya http://www.bharian.com.my

Khamis, 24 Julai 2014

Dividen Oh Dividen

Bulan Ramadhan nie bulan yang bagus kalau dapat dividen. Bila dapat dividen dapat la cover untuk persiapan hari raya untuk pekerja swasta yang tiada bonus. Selain tue dividen yang dapat boleh gunakan untuk berzakat dan bersedekah sempena bulan yang mulia nie. Dibawah senarai dividen yang dapat bulan 7 :

Dividen ASD
Tahun nie dividen ialah 6.6sen bagi Amanah Saham Didik. Syukur kerana dividen telah dikreditkan kepada buku ASD pada 01 Julai 2014

Dividen KPF
Dividen tahun nie adalah 15%. Tapi bulan nie KPF bayar 10% dahulu. Baki 5% akan dibayar selepas kelulusan SKM. Dividen KPF dimasukkan ke akaun Maybank pada 02 Julai 2014

Dividen Bank Persatuan

Pemberian dividen tahun nie 6%. Dividen sama macam tahun lepas. Harap tahun depan dividen akan bertambah kerana semakin ramai anggota yang telah keluar saham Bank Persatuan. Dividen telah dikreditkan ke akaun simpanan pada 18 Julai 2014

Isnin, 10 Februari 2014

Sejarah Divden Dan Bonus ASB



TAHUN
DIVIDEN + BONUS
2013
  7.70         + 1.00
2012
  7.75         + 1.15
2011
  7.65         + 1.15
2010
  7.50         + 1.25
2009
  7.30         + 1.25
2008
  7.00         + 1.75
2007
  8.00         + 1.00
2006
  7.30         + 1.25
2005
  7.25         + 1.75
2004
  7.25         + 2.00
2003
  7.25         + 2.00
2002
  7.00         + 2.00
2001
  7.00         + 3.00
2000
  9.75         + 2.00
1999
  8.50         + 1.50 + 2.0
1998
  8.00         + 2.50
1997
10.25         + 1.25
1996
10.25         + 3.00
1995
10.00         + 3.00
1994
  9.50         + 4.50
1993
  9.00         + 4.50
1992
  7.50         + 5.00
1991
  8.50         + 4.00
1990
  8.00         + 6.00

Purata Pulangan Dividen ASB Untuk 23 Tahun ialah 8.49%
Purata Pulangan Dividen ASB Untuk 10 Tahun ialah 7.47%
Purata Pulangan Dividen ASB  Untuk 5 Tahun ialah  7.58%

Jumaat, 7 Februari 2014

Dividen Tabung Haji 2014



  
Tahniah kepada penyimpan tabung haji. Tujuan bagi bonus tue nak kasi semangat nak tunaikan haji cepat skit. Bagi aku simpanan kat tabung haji memang antara yang terbaik kerana pulangan berpatutan dan simpanan dah bayar zakat simpanan 2.5%