Setiap tahun orang dewasa dan ibu bapa akan menukar duit raya untuk diberi kepada ibu bapa, anak saudara dan kanak-kanak yang berkunjung ke rumah. Biasanya duit raya akan beserta dengan sampul duit raya sekali. Sekarang bank-bank komersial dan syarikat sudah kurang menyediakan sampul duit raya tidak seperti sebelum ini. Cuma sekarang ada pilihan untuk sampul duit raya. Ada yang menempah sampul duit raya untuk kegunaan sendiri. Banyak juga penjual yang menjual sampul duit raya pelbagai corak dan design yang menarik.
Setakat ini saya masih menerima sampul duit raya dari bank komersial dan semasa membeli barang persiapan raya. Apepun saya memang telah mengumpul sampul duit raya sejak dari dahulu. Cuma koleksi saya banyak yang musnah kerana banjir besar yang melanda Pahang pada tahun 2013 yang lepas.
Sampul duit raya dari Bank Rakyat, Bank Persatuan, Ambank dan Malayan Banking
Sampul duit raya dari Percetakan Xklusif, Gene Martino, PTPTN dan Etiqa Takaful
wow cantiknya
BalasPadamsampul duit raya memang cantik belake
Padambanyaknyaaaa. tahun ni kurang dpt free sampul. hm hm.
BalasPadamhappy eid fitr.
wow.. tuan masih ada lebihan sampul raya tak? boleh kongsi dgn saya? 0162973489
BalasPadam