produk-produk

Rabu, 3 Ogos 2016

10 Koperasi Terbaik Pahang

Hasil carian imej untuk suruhanjaya koperasi malaysia

Setiap tahun Suruhanjaya Koperasi Malaysia memberi pengiktirafan kepada semua koperasi yang berdaftar di Malaysia. Sekarang SKM membuat index 100 koperasi terbaik Malaysia setiap tahun. Pelbagai kriteria di ambil kira oleh pihak SKM untuk menilai sesuatu koperasi sebelum masuk senarai Index 100 koperasi terbaik Malaysia. Antara kriteria yang diambil kira termasuk  jumlah anggota, pendapatan kasar koperasi, nisbah keberhutangan koperasi dan lain-lain lagi.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Pahang juga  membuat senarai 10 koperasi terbaik di Negeri Pahang Darul Makmur. Sehingga kini senarai koperasi yang berdaftar di negeri Pahang adalah 1002 buah koperasi termasuk koperasi sekolah. Dibawah ini senarai 10 koperasi terbaik mengikut pendapatan tahunan koperasi

1) Koperasi Serbausaha Makmur Pahang
    Perniagaan Perladangan, Al-Rahnu dan Hotel
    Pendapatan RM 114 juta

2) Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan  Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Kredit
    Pendapatan RM 52 juta

3) Koperasi Serbaguna Dara Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Perniagaan Runcit
    Pendapatan RM 43 Juta

4) Koperasi Peneroka Felda Chini Satu Pekan Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Kontrak dan Pengangkutan
    Pendapatan RM 23 juta

5) Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Pengangkutan dan Pemborongan
    Pendapatan RM 21 juta

6) Koperasi Serbaguna Felda Bukit Goh Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Perkhidmatan
    Pendapatan RM 20 juta

7) Koperasi Pengguna Pahang Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Kredit
    Pendapatan RM 17 juta

8) Koperasi Serbaguna Felda Keratong Dua Rompin Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Pengangkutan
    Pendapatan RM 16 juta

9) Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Pemborongan
    Pendapatan RM13 juta

10) Koperasi LKPP Pahang Berhad
    Perniagaan Perladangan, Kredit dan Perkhidmatan
    Pendapatan RM 12 juta



Tiada ulasan:

Catat Ulasan