produk-produk

Khamis, 20 Oktober 2016

Prestasi Suku Ketiga 2016





Bulan Oktober sudah hampir ke  penghujung. Hari ini Bursa Saham Kuala Lumpur diniagakan pada 1668 mata. Harga minyak Ron 95 sekarang RM1.80 seliter naik sedikit berbanding bulan-bulan sebelum ini. Hari Jumaat ini Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan bajet 2017 untuk diluluskan semasa sidang Parlimen berlangsung. Diharap bajet kali ini seimbang dan perbelanjaan yang diperuntukan dibelanjakan dengan telus.

Dividen Amanah Saham Didik telah diterima pada bulan Julai 2016. Kadar dividen ASD pada tahun ini adalah 6.3sen. Dividen kali ini kurang 0.3sen berbanding tahun lepas. Tahun nie genap 15 tahun Amanah Saham Didik berada di Malaysia.

Amanah Saham Wawasan 2020 telah istiharkan dividen 6.3 sen pada tahun kewangan 31 Ogos 2016. Dividen kali nie kurang 0.1 sen berbanding tahun lepas. Apepun dividen tahun ini masih relevan dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang

Saham Dancomech Berhad  merupakan IPO yang disenaraikan pada bulan Julai 2016. Saham Dancomech dijual pada 0.75 seunit. Harga terendah untuk saham ini adalah RM0.80. Harga saham pada hari semalam RM1.370. Sapa yang masih menyimpan saham ini sudah untung hampir 100% jika masih menyimpan saham ini dari permulaan IPO.

Saham terakhir pula adalah IPO HSS Engineers  Berhad. Saham ini disenaraikan pada Ogos 2016. Saham ini disenaraikan pada harga RM0.50. Harga tertinggi saham ini adalah RM0.655. Harga penutup semalam saham HSS Engineers RM0.52

Giveaway Kedua Blog Nota Dan Kopi



Mari semua join giveaway nie. Hadiah jugak menarik iaitu buku untuk para pemenang. Tentu pemilik blog nie minat membaca

Rabu, 19 Oktober 2016

Segmen Pencarian Bloglist Bulan November 2016



Mari semua ramai-ramai sertai segmen nie. Tarikh penyertaan dari 17 Oktober 2016 hingga 30 Oktober 2016. Semoga ada yang berjaya

Selasa, 18 Oktober 2016

Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

Isnin, 17 Oktober 2016

Giveaway Salam Perkenalan




Mari semua join giveaway mashitah nie. Tarikh tutup penyertaan pun lambat lagi iaitu pada 15 November 2016.  Hadiah pertama perfume dari brand Dexandra.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee



Jom ramai-ramai join segmen nie. Tarikh tutup penyertaan pada hujung bulan nie iaitu 31 Oktober 2016. Semoga rakan-rakan blogger ada yang menang nanti.

Khamis, 13 Oktober 2016

Prestasi Saham Perak Transit




















Saham Perak Transit Berhad  telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 07 Oktober 2016.  Saham ini dibuka kepada seluruh rakyat  Malaysia tanpa peruntukan MITI sebelum disenaraikan. Saham Perak Transit diniagakan dengan nama PTRANS.

Dibawah ini rumusan harga saham Perak Transit Berhad  dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO                        RM0.150
Harga tertinggi     7 Oktober 2016      RM0.210
Harga terendah    7 Oktober 2016      RM0.190
Harga penutup     7 Oktober 2016      RM0.195
Harga penutup   10 Oktober 2016      RM0.180
Harga penutup   11 Oktober 2016      RM0.190