produk-produk

Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2018

Sengkek Setiap Kali Hari Raya



Hasil carian imej untuk pening kepala



Rasanya dah lama tidak membuat catatan dalam blog sendiri. Ini adalah catatan kedua untuk tahun 2018. Semoga selepas ini makin rajinlah nak buat post di blog ini. Biasanya setiap kali Hari Raya Puasa ramai ibubapa yang mengeluh kerana duit yang tidak mencukupi untuk membeli keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri. .

Jika diikutkan dah berapa tahun kita semua menyambut Hari Raya kerana perayaan ini disambut setiap tahun. Disini saya senaraikan perbelanjaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri :-

1)Pakaian Hari Raya untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak
2) Servis kenderaan, tol dan kos untuk balik kampung
3) Duit Raya untuk isteri, ibu bapa, mertua,  anak saudara dan budak-budak
4) kuih raya dan persiapan untuk juadah untuk Hari Raya Pertama.

Anggaran Kos Untuk Sambutan Hari Raya dari RM1000 hingga RM2000 bergantung kepada kehendak dan kemampuan masing-masing.

Saya bagi 3 cadangan yang boleh digunakan supaya semasa sambut Hari Raya ,  ibu bapa dapat mengharungi dari Bulan Ramadhan sehingga Bulan Syawal berakhir.

-Menyediakan Tabung Simpanan Hari Raya

Sebagai contoh sekarang Bulan Jun 2018. Perbelanjaan Hari Raya keluarga Encik Ahmad adalah RM1200. Jadi Ahmad hendaklah asingkan duit gaji sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan. Simpanan RM100 itu hendaklah diasingkan ke dalam Tabung Khas atau Sampul Surat Khas. Tahun dpan semasa sudah dekat sambutan Hari Raya bolehlah guna duit dari Tabung Simpanan Hari Raya.

-Sertai Main Kutu Duit

Ini sekadar cadangan dari saya. Biasanya cara ini dibuat oleh golongan kaum ibu. Yang penting giliran kita dapat duit kutu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Kelebihan main kutu adalah kita akan dapat duit yang mencukupi semasa nak sambut Hari Raya. Cara ini lebih kurang macam membuat simpanan bulanan tetapi ibu kutu yang pegang duit.

-Mempunyai Dividen Semasa Sambutan Hari Raya

Saya sendiri mengamalkan cara ini untuk menyambut Hari Raya setiap tahun. Cara ini boleh digunakan jika dividen yang dibayar cukup untuk menampung perbelanjaan Hari Raya.  Jika kita mempunyai modal saham RM20,000 dalam Koperasi Permodalan Felda, dengan dividen purata 10% setahun setiap anggota akan dapat dividen RM2, 000 setahun. Biasanya dividen seperti Bank Rakyat  dan Koperasi Permodalan Felda akan dibayar sebelum Hari Raya Puasa.






Khamis, 16 Februari 2017

2017 Masih Belum Terlambat

Hasil carian imej untuk headache




Hari ini dah masuk pertengahan  bulan Februari untuk tahun 2017. Kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM0.20 perliter memang menambah perbelanjaan kepada semua penduduk Malaysia. Jika kita menggunakan kereta yang minyak penuh 40 liter setiap kali isi. Maknanya terpaksa menambah RM8.00 setiap kali mengisi minyak petrol untuk kereta masing-masing. Kenaikan harga minyak juga menyebabkan harga barang mentah dan makanan siap dimasak akan semakin mahal. 2017 juga banyak pengusaha taska dan tadika menaikkan yuran bulanan dengan alasan kenaikan kos pengurusan dan mengikuti bayaran gaji minium pekerja.

Sebelum ini ada pekerja yang cukup dengan membawa RM10 sehari untuk makan pagi dan tengahari. Sekarang kebanyakan dari kita kena ada paling kurang RM15 dalam poket untuk makan sarapan pagi dan makan tengahari. Sama juga berlaku masa beli barang keperluan di pasaraya. Dulu RM250 dah boleh penuh satu troli masa nak buat bayaran di kaunter. Sekarang RM350 baru penuh troli untuk dapat barang keperluan seharian. Jadi yang terbaik sekarang kita kembali kepada perancangan kewangan yang paling basic

1) tambahkan pendapatan
2) kurangkan perbelanjaan

Bab tambah pendapatan memang kena kreatif dan perlu korbankan masa yang terluang. Ada yang buat part time jual burger selepas waktu kerja. Ramai juga yang jadi pak guard waktu malam dan cuti sabtu ahad. Bagi yang bekerja makan gaji waktu inilah yang terbaik untuk mencari kerja di tempat lain yang tawarkan gaji lebih baik. Yang penting buat kajian dahulu tentang syarikat  itu. Sebab sekarang ekonomi Malaysia memang tengah lembab. Harap-harap syarikat yang kita bekerja dan akan bekerja tidak  gulung tikar.

Sekarang trend ramai orang buat perniagaan online di internet. Ada yang buat dropship dan promote produk orang lain di website, facebook dan lain-lain. Bagi yang dah expert memang boleh wat pendapatan pasif dari online seperti review produk, komisen affiliate dan lain-lain.

Kurangkan perbelanjaan memang cara paling basic untuk menampung  kekurangan pendapatan kita. Yang penting kena tahun berapa pendapatan bersih dan perbelanjaan setiap bulan. Perbelanjaan ada yang tetap seperti bayaran bulanan kereta, bayaran pengasuh dan sewa rumah. Bayaran tidak tetap seperti beli keperluan rumah dan bayaran utiliti. Bayaran tidak tetap masih boleh dikurangkan setelah membuat analisa keperluan dan penjimatan.

Sebagai contoh bil eletrik dan astro. Cara penjimatan bil astro ialah dengan mengurangkan pakej yang sedia ada atau bertukar kepada astro Njoi. Dari segi bil eletrik ialah dengan menggunakan barangan eletrik jimat tenaga dan tutup lampu bila tidak digunakan. Bayaran petrol juga boleh dijimatkan jika kita mahu. Pengguna boleh berkongsi kenderaan ke pejabat atau menaiki kenderaan awam seperti monorail dan komputer. Penggunaan motosikal di bandar besar memang dapat menjimatkan penggunaan petrol. Sebagai contoh jika kita mengisi minyak RM50 seminggu. Ini bermakna sebulan RM200 diperlukan untuk mengisi minyak. Jika menaiki moto peruntukan isi minyak tidak melebihi RM50 sebulan.


Jumaat, 20 Januari 2017

Azam Tahun 2017

Hasil carian imej untuk 2017


Salam Jumaat kepada semua pembaca yang beragama Islam. Syukur waktu pergi kerja tadi suasana berkabus dan cuaca yang dingin. Rasa tidak terlambat lagi untuk mengemaskini azam tahun 2017. Kekangan masa dan komitmen kerja banyak membantutkan usaha nak kemaskini azam setiap tahun. Sekejap jer bulan Januari pun dah nak berakhir.

Azam pertama say pertamaa berkaitan dengan sukan. Telah berehat lama sejak November tahun 2016 kerana kecederaan MCL. Saya cedera MCL sewaktu bermain takraw selepas balik kerja. Kecederaan MCL tue mula-mula lutut memang bengkak sangat. Bila solat pun kena duduk  atas kerusi kerana lutut tak boleh bengkok. Syukur sekarang dalam proses pemulihan akhir. Lutut pun tidak rasa sengal dan sakit macam sebelum nie. Target minggu depan akan mula aktif semula dalam sukan takraw, futsal dan bola sepak padang. Tahun lepas masa tengah kemaruk bersukan , memang setiap petang akan main takraw selama 7 hari seminggu tanpa henti. Rekod sehari main 2 permainan contoh petang main takraw dan malam pula main futsal.

Tahun 2017 kena kurangkan aktiviti sukan. Untuk keselamatan lutut dan faktor usia. Mungkin seminggu 3 hari sahaja untuk bersukan.  Ramai dah kawan-kawan ajak pulak main badminton dan basikal. Jika ada masa mungkin nak jugak merasa sukan lain pulak. Apepun kesihatan diri dan masa bersama keluarga perlu diutamakan. Sukan nie sebenarnya banyak juga duit yang dilaburkan. Contoh setiap sukan kasut memang berlainan. Ada sukan kena beli pulak bola seperti bola takraw , bola sepak dan bulu tangkis. Sekarang bola padang sintetik sekali perlawanan kena bayar RM650 sekali dengan pengadil.

Tahun 2017 nie juga saya perlu lebih menumpukan kepada blog ini. Tujuannya supaya blog ini dapat menghasilkan side income setiap bulan..Paling kurangpun boleh cover duit bayar streamyx bulan2 hihihi.  Saya juga perlu membaiki teknik SEO supaya lebih menarik dan lebih ramai pembaca setiap hari. Harap blogger lain dapat tunjuk ajar macam mana nak dapat side income dari blog. Saya tengok ada yang blogger banyak dpat income dari affliate, review produk dan jual produk. Apepun blog ini bermula sebagai blog peribadi. Semoga tahun 2017 semua blogger dan pembaca lebih berjaya dalam mengharungi ekonomi yang mencabar.

Rabu, 2 November 2016

Simpanan Pendidikan Untuk Anak-Anak

Hasil carian imej untuk universiti oxford




Simpanan pendidikan  anak-anak penting dalam kehidupan sekarang. Di harap ibubapa mula menyimpan dari awal semenjak anak kecil lagi. Sebabnya kita kos pendidikan anak-anak di universiti swasta semakin mahal yuran pengajian. Kita seharusnya memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mengikut kemampuan kita. Dulu para pelajar boleh berharap dengan PPTN dan biasiswa MARA dan JPA. Sekarang kerajaan tidak lagu mampu menanggung pendidikan untuk rakyat Malaysia seperti kes pelajar Malaysia yang belajar di Mesir.

Yuran pengajiaan di kolej swasta meningkat dari tahun ke setahun. Ada yang sampai beribu yuran bagi satu semester. Di harap duit simpanan pendidikan ini dapat menolong meringankan beban ibu bapa semasa anak sedang menuntut ilmu di menara gading. Lagipun sekarang PTPTN hanya memberi pinjaman 90% sahaja bermula tahun ini. Tidak lagi 100% seperti sebelum ini. Masalah utama graduan sekarang setelah habis belajar banyak yang dibebani hutang pinjaman pelajaran. Ini terjadi kerana ibu bapa tidak berkemampuan dan tiada perancangan simpanan dari awal.

1)TABUNG HAJI
Tabung Haji adalah salah satu instrument kewangan yang terbaik di Malaysia dengan risiko yang rendah. Dividen tabung haji juga kompetitif berbanding produk pelaburan islamic yang lain. Yang terbaik adalah simpanan tabung haji telah dibayar zakat oleh pihak Tabung haji. Dividen tahun 2015 tabung Haji adalah 5% dan Bonus 3%.

Yang terbaik kita mulakan simpanan anak-anak dari peringkat masih kecil lagi. Kelebihannya adalah simpanan anak-anak akan berganda dengan kuasa compounding interest. Duit tabung anak-anak dan duit raya boleh disimpan ke Tabung Haji untuk masa depan mereka.

2)PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Amanah Saham Bumiputera untuk anak-anak boleh dibuka akaun semenjak umur anak 6 bulan. Had limit pelaburan untuk akaun ASB remaja ialah RM50,000 setiap orang. Setiap penjaga boleh menambah pelaburan ASB melalui potongan gaji , penambahan melalui online iaitu Cimb Clicks dan M2U dan. Penambahan secara tunai dan cek boleh dibuat dikaunter pejabat pos, kaunter ASNB dan bank-bank komersial yang terpilih. Dari segi dividen ASB masih lagi relevan kerana telah beroperasi dari tahun 1990 sehingga sekarang.

Jika ASB dah penuh, ibu bapa boleh bukak akaun ASB2 atau ASD pulak. Yang penting kena konsisten menyimpan walaupun sedikit. Lagipun sekarang kos pendidikan anak semakin meningkat. Bangsa kita tidak boleh mengharapkan pinjaman PPTPN sahaja.

3)SSPN-I
Skim Simpanan  Pendidikan  Nasional diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. SSPN-I menggunakan instrumen simpanan berdasarkan konsep syariah Wakalah Bir Istihmar. SSPN ini hanya boleh dibuka akaun simpanan serendah RM20.00  Bagi ibu bapa yang mencarum SSPN layan memohon pelepasan cukai sebanyak RM6000 setahun. Penyimpan SSPN juga layak mendapat geran yang sepadan bernilai RM10000 bagi keluarga yang layak mengikut terma dan syarat.

4)INSURANS INVESTMENT LINK
Pilihan lain untuk simpanan anak-anak ialah insurans investment link. Insurans jenis ini mempunyai kelebihan kerana selain mendapat perlindungan insurans , penama akan mempunyai  dari polisi tersebut. Dari serendah RM100 anak-anak kita akan mempunyai perlindungan dan simpanan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi syarikat insurans yang berkenaan. Ada juga polisi insurans jenis ini yang akan menanggung penama tersebut sekiranya berlaku kematian dan kecatatan kekal kepada pembayar polisi tersebut.

5)MEMBELI RUMAH
Simpanan jenis ini digalakkan untuk ibubapa yang mempunyai kewangan yang kukuh dan cash flow yang positif. Cara ini telah lama diamalkan oleh bangsa Eropah dan Cina sejak dulu lagi. Lagipun mereka tidak bergantung dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan universiti awam yang dibiayai kerajaan.

Caranya ialah denganmembeli  satu rumah untuk satu anak. Kebanyakkan dari mereka purata anak dalam 3 orang. Maka 3 bijik rumah dibeli untuk tujuan pendidikan anak-anak. Disamping itu mereka mendapat hasil sewa selagi belum menjual rumah itu.  Jadi bila sampai masa anak untuk sambung belajar universiti luar negara . Mereka akan jual rumah itu untuk membiayai kos pendidikan anak mereka. Ibu bapa yang berkemampuan mahu pendidikan yang terbaik untuk masa depan anak-anak. Cara ini memerlukan modal untuk deposit rumah, lawyer dan lain-lain. Apepun jika ingin buat cara seperti ini sila tengok kemampuan masing-masing.

Khamis, 20 Oktober 2016

Prestasi Suku Ketiga 2016





Bulan Oktober sudah hampir ke  penghujung. Hari ini Bursa Saham Kuala Lumpur diniagakan pada 1668 mata. Harga minyak Ron 95 sekarang RM1.80 seliter naik sedikit berbanding bulan-bulan sebelum ini. Hari Jumaat ini Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan bajet 2017 untuk diluluskan semasa sidang Parlimen berlangsung. Diharap bajet kali ini seimbang dan perbelanjaan yang diperuntukan dibelanjakan dengan telus.

Dividen Amanah Saham Didik telah diterima pada bulan Julai 2016. Kadar dividen ASD pada tahun ini adalah 6.3sen. Dividen kali ini kurang 0.3sen berbanding tahun lepas. Tahun nie genap 15 tahun Amanah Saham Didik berada di Malaysia.

Amanah Saham Wawasan 2020 telah istiharkan dividen 6.3 sen pada tahun kewangan 31 Ogos 2016. Dividen kali nie kurang 0.1 sen berbanding tahun lepas. Apepun dividen tahun ini masih relevan dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang

Saham Dancomech Berhad  merupakan IPO yang disenaraikan pada bulan Julai 2016. Saham Dancomech dijual pada 0.75 seunit. Harga terendah untuk saham ini adalah RM0.80. Harga saham pada hari semalam RM1.370. Sapa yang masih menyimpan saham ini sudah untung hampir 100% jika masih menyimpan saham ini dari permulaan IPO.

Saham terakhir pula adalah IPO HSS Engineers  Berhad. Saham ini disenaraikan pada Ogos 2016. Saham ini disenaraikan pada harga RM0.50. Harga tertinggi saham ini adalah RM0.655. Harga penutup semalam saham HSS Engineers RM0.52

Rabu, 10 Ogos 2016

Prestasi Suku Kedua Tahun 2016

Hasil carian imej untuk 2016




Sekarang dah masuk bulan 8 2016. Ekonomi Malaysia pun tidak banyak berubah berbanding suku pertama 2016. Harga minyak sawit mentah mencatatkan harga purata RM2300 setan. Diharap harga ini dapat berkekalan sehingga penghujung 2016. Harga minyak sawit mentah pula berada dibawah RM50 setong pada bulan ini. Syukur harga minyak Ron 95 masih kekal. Diharga harga minyak petrol di Malaysia turun ikut harga sebenar pasaran dunia.

Dividen Koperasi Permodalan Felda tahun kewangan berakhir 2015 mengistiharkan dividen 10 peratus. Jika ikut kemampuan sebenar memang KPF tidak mampu memberi dividen 10 peratus. Peruntukan dividen yang diberi termasuk baki tunai yang dibawa kehadapan hasil penjualan felda Holdings kepada FGV. Di Harap pengurusan KPF membuat tindakan sepatutnya kerana sebelum ini KPF adalah lubuk duit kepada peneroka dan ahli keluarga mereka.

Seterusnya tentang dividen Bank Persatuan. Bank Persatuan berasal dari Pulau Pinang. Pada 29 Jun 2016 ramai orang menerima SMS tentang dividen interim dari bank persatuan. Kadar dividen interim tahun 2015 adalah 2 peratus. Alasan bagi dividen interim sebab mesyuarat agong diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Dividen Bank Persatuan tahun lepas adalah 6 %. Dah lama tidak merasa dividen 10% dari Bank Persatuan

Saham Pecca Group merupakan IPO yang disenaraikan pada bulan April 2016. Saham Pecca dijual pada 1.42 seunit. Pada hari penutup harga saham ini mencatat premium RM0.29 persaham. Harga saham pada hari semalam RM1.71.

Saham LKL International pula disenaraikan selepas saham Pecca Group. Hari pertama saham ini ditutup pada RM0.28. Harga semasa saham ini adalah RM0.28. Masih ada keuntungan kepada sesiapa yang membeli penny stock ini semasa dari tawaran MITI lagi.

Saham terakhir pula adalah IPO Salutica Berhad. Saham ini disenaraikan pada hujung Jun 2016. Saham ini disenaraikan pada harga RM0.80. Harga terkini saham ini adalah RM1.12. Keuntungan atas kertas kepada yang masih memegang saham ini melebihi 40 sen persaham.


Sabtu, 4 Jun 2016

Perbelanjaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Hasil carian imej untuk bank cheque



Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ada ibubapa yang dah buat persiapan awal untuk sambutan hari Raya Aidil Fitri.  Kaum ibu ramai yang sudah menempah baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak kerana takut tempahn ditutup awal. Diharap semua berbelanja ikut kemampuan dan tidak terikut dengan perbelanjaan orang lain. Semoga menjalani ibadah puasa dengan penuh hikmah dan mendapat kemanisan beribadat di Bulan Ramadhan. Di bawah ini saya senaraikan 4 jenis perbelanjaan utama setiap kali Ramadhan :

Pakaian Sekeluarga(RM 500-RM650)
Selalunya perbelanjaan yang besar untuk menyambut raya adalah pembelian pakaian untuk sekeluarga. Di dalam islam disunatkan memakai baju baru di pagi raya. Tapi janganlah sampai membazir dan berhutang pula. Untuk yang berkeluarga akan menumpukan kepada pembelian pakaian raya untuk anak-anak. Biasanya sekeluarga akan menempah baju melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan. Yang penting warna sedondon untuk sekeluarga. Isteri pula akan membeli tudung dan kasut untuk menyambut hari raya. Anak-anak akan dibelikan baju tshirt atau gaun untuk dipakai waktu raya nanti. Mereka juga akan dapat selipar dan kasut baru.

Duit Raya(RM500-RM650)
Duit Raya dah menjadi tradisi semasa menyambut Hari Raya Puasa. Waktu inilah budak-budak akan cuba mengumpul duit raya sebanyak mungkin. Waktu hari raya tahun 80an lagi, Kadar duit raya hanyalah sekitar 20 sen sehingga 50sen. Saya dan sepupu pernah berjalan 2 kilometer untuk pergi beraya ke rumah orang kaya. Tapi bila habis beraya ramai yang kecewa kerana dapat duit raya 20 sen sahaja. Itulah pengalaman kumpul duit raya masa kanak-kanak lagi.

Peruntukan duit raya termasuklah untuk ibu-bapa, anak-anak saudara dan sesiapa yang datang ke rumah. Bagi saya pemberian duit raya masih lagi relevan. Yang penting bila bagi duit raya kita niat sedekah. Duit raya untuk mak ayah patutnya lebih sewaktu hari raya. Sebabnya duit itu dapat digunakan untuk kegunaan persediaan raya dan menghargai jasa ibu bapa kita.  Biasanya kadar duit raya untuk anak saudara akan lebih sedikit berbanding dengan budak-budak yang datang beraya ke rumah. Saya pun ada bertanya kepada kawan--kawan dan sedara mara. Kadar duit raya untuk anak saudara sekarang dari RM10 ke RM25. Kadar duir raya untuk budak yang datang beraya sekarang RM2 hingga ke RM5 .

Biskut Raya dan Juadah Pagi Raya (RM200-RM350)
Peruntukan kuih raya bergantung kepada bajet masing-masing. Jika setiap tahun ramai yang berkunjung ke rumah kita, maka peruntukan  biskut raya jadi tinggi jugaklah. Sesiapa yang ada masa dan kemahiran bolehlah buat biskut raya sendiri. Memang lagi jimat dan di jamin sedap. Sekarang harga biskut raya pun semakin mahal. Harga biskut antara RM20 ke RM30 sebalang untuk 50 keping biskut. Cara untuk berjimat kenalah kurangkan balang kuih raya dan banyakkan kerepek dan kacang-kacang untuk diisikan dalam balang.

Untuk yang dah berkeluarga , dah menjadi kebiasaan untuk membeli juga biskut  raya untuk ibu bapa sendiri dan mertua. Sebab tulah peruntukan biskut raya juga tinggi semasa nak menyambut hari raya.
Juadah pagi raya juga perlu di buat anggaran perbelanjaan. Jika banyak juadah pagi raya maka makin tinggi peruntukan. Cuma jika beraya di rumah ibu bapa, boleh berbincang dengan adik beradik untuk peruntukan juadah raya.  Sekarang harga daging lembu sekilo pun dah cecah RM30. Harga sebatang lemang ikut saiz pulak. Harga sebatang lemang sekarang dari RM12 ke RM18 sebatang. Harga satay pun makin mahal. Paling murah pun RM0.70 secucuk.

Jika nak berjimat buatlah satu juadah berat seperti nasi minyak atau nasi dagang. Pastu ada lemang dan satay sebagai juadah tambahan. Jangan sampai terlalu banyak hidangan sampai jadi membazir. Masih ramai di luar sana yang merasa makan daging setahun sekali.

Servis Kereta,Duit Minyak Dan Tol (RM300-RM400)
Kadang-kadang ada yang terlepas pandang tentang hal ini. Peruntukan duit minyak dan tol bergantung jarak perjalanan untuk balik kampung. Jika kampung kita jauh maka peruntukan kenalah lebih lagi. Ada juga bila hari raya puasa akan balik kampung kedua-dua belah. Yang terbaik sediakan peruntukan yang mencukupi untuk cover minyak, tol dan berhenti makan bila lapar di RNR.

Semua juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan kereta sebelum pulang berhari raya. Yang terbaik servis kenderaan sebelum pulang berhari raya. Waktu yang terbaik servis kenderaan minggu pertama bulan Ramadhan. Ini dapat mengelakkan kita terpaksa menunggu lama di bengkel kereta sebab ramai yang servis kereta macam kita jugak. Pastu bila servis awal , mekanik dapat membuat pemeriksaan yang terbaik untuk kereta kita kerana kereta masih tidak banyak untuk di servis.

Rumusan
Baju Raya     RM650
Duit Raya     RM650
Biskut Raya  RM350
Duit Minyak RM400
JUMLAH     RM2050

Khamis, 12 Mei 2016

Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Hasil carian imej untuk old credit card


Kad kredit merupakan alternatif kedua selepas duit tunai. Memang dah banyak penulis buku kewangan dan blogger bercerita tentang kad kredit. Bagi saya kad kredit umpama mata pisau. Kepada yang pandai gunakannya seperti chef memang banyak kebaikan. Tetapi sesiapa yang tersalah guna memang buruk padahnya dan merana badan. Yang penting segala perbelanjaan yang dicas kepada kad kredit mesti mengikut perancangan dan dibayar sebelum due date.

Digalakkan  sebelum menggunakan kad kredit kita mestilah tahu peraturan asas seperti tiada yuran tahunan, tahu had limit tahunan, kad kredit kita rebet tunai atau pemberian ganjaran mata. Yang penting kena tahu bila statement date dan due date kad kredit kita. Dengan tahu tarikh keramat tue kita akan dapat tempoh 50 hari tanpa dicas oleh pembekal kad kredit. Ada sesetengah orang simpan dahulu duit yang untuk stanby ke Tabung Haji or Amanah Saham Bumiputera. Bila sampai due date baru keluarkan dan bayar semua perbelanjaan yang telah dikenakan ke kredit kad kita. Alasan diaorang biar duit bekerja keras untuk tuannya.

Setiap bulan saya akan membayar utiliti dengan menggunakan kad kredit. Utiliti yang boleh dibayar dengan mengunakkan kad kredit adalah bil Astro, Celcom,Maxis, Tenaga Nasional dan TM. Jika nak point lebih boleh tolong bayarkan bil utiliti kawan-kawan dan ibu bapa. Yang penting diaorang kena bagi tunai dahulu sebelum tolong bayar guna kad kredit.  Dengan membayar secara online dan menggunakan kad kredit kita dapat menjimatkan masa, duit parking dan duit minyak.

Saya juga membeli barang seharian di tempat yang boleh menerima transaksi kad kredit. Barang seharian termasuk barang basah, barang kering , pampers dan susu anak-anak semuanya dibayar dengan kad kredit. Kita haruslah membeli di pasaraya yang selalu mengadakan jualan murah dan mempunyai kad keahlian seperti Pasaraya Eng Hong, Tunas Manja dan Mydin. Jadi bila kita membeli barang di situ kita akan mendapat mata dari kad kredit dan kad keahlian. Disitu pengguna sudah mendapat mata untuk 2 kad.

Pembayaran potongan insurans bulanan boleh juga dibuat dengan kad kredit. Pengguna boleh membuat arahan kepada syarikat insurans atau pergi ke cawangan pejabat insurans untuk membuat pembayaran bulanan. Mulai tahun ini pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional boleh dibuat dengan kad kredit. Ini dapat mengelakkan kita dari membawa tunai yang banyak. Pembayaran bulanan PTPTN boleh dibuat di cawangan PTPTN negeri dan di UTC.

Perkara lain yang boleh dibayar dengan menggunakan kad kredit adalah sewaktu mengisi minyak petrol kenderaan. Yang terbaik isilah minyak petrol di stesen minyak yang kita adalah kad keahlian seperti Bonus Link untuk Shell, Kad Mesra untuk Petronas. Jika ada kad yang mempunyai kerjasama dengan stesen minyak tertentu lagi bagus isi minyak disitu. Sebagai contoh Kad Kredit Petronas Ikhwan memberi ganjaran berganda bila mengisi minyak di stesen minyak petronas pada hujung minggu. Sebelum  sampai due date kad kredit pembayaran penuh wajib dilakukan supaya tiada caj dikenakan ke atas kad kredit kita. Di harap semua mendapat sedikit ilmu dari apa yang saya coretkan pada kali ini.

Khamis, 7 April 2016

Bajet Bulanan Dan Bajet Tahunan



















Pasti ramai yang biasa dengar tentang bajet dalam kehidupan seharian. Bajet sebenarnya amat penting untuk mengawal perbelanjaan kita hari-hari. Bajet yang akan menentukan baki hujung bulan masih positif atau negatif. Ada orang yang mencatat perbelanjaan dalam buku 555, dalam excel di komputer dan menggunakan perisian pintar yang boleh dimuat turun di Play store. Saya sendiri telah menggunakan perisian CWMoney  sejak tahun  2014 untuk mencatat duit keluar dan masuk. Banyak lagi perisian bajet bulanan yang terdapat dalam Play Store yang berguna untuk mencatat duit keluar duit dan masuk.

Sebelum ini saya mencatat duit masuk dan keluar dalam Microsoft Excel sejak tahun 2009. Tapi saya sendiri selalu lupa nak kemaskini sebab sibuk dan malas. Sekarang perbelanjaan dicatat ke Smart Phone sebab selalu dibawa ke dalam poket hihihihi. Cuma kelebihan excel kita boleh tambah dan ubahsuai maklumat baru yang hendak dikemaskini di dalam bajet bulanan. Yang penting kena rajin kemaskini dan simpan resit perbelanjaan bila lupa nak masukkan dalam excel. Bajet tahunan kita boleh buat sendiri dalam Microsoft Excel. Kelebihannya kita semua dapat merancang dan mengawal aliran duit keluar dan masuk untuk jangka masa setahun.

Perkara asas tentang bajet ialah pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan tolak perbelanjaan hasilnya baki positif atau negatif. Korang boleh mencatat semua pendapatan aktif dan pasif di ruangan pendapatan, Contoh pendapatan pasif adalah sewa rumah, dividen, royalti dan lain-lain. Untuk bajet tahunan boleh kemaskini  ruangan gaji bila dapat kenaikan gaji atau bonus syarikat.

Ruangan perbelanjaan banyak  perkara yang boleh kita catat. Terpulang kepada masing-masing untuk mencatat secara general ataupun mencatat dalam kategori perbelanjaan. Saya membahagikan perbelanjaan bulanan dan tahunan kepada kategori  Simpanan, Pinjaman, Utiliti, Harian dan Anak-Anak. Kelebihan mengasingkan mengikut kategori kita akan dapat mengetahui berapa peratus dari gaji digunakan untuk membayar pinjaman dan utiliti sebagai contoh.

Perkara penting dalam perbelanjaan adalah simpanan untuk diri sendiri setiap bulan. Kategori simpanan juga dianggap sebagai salah satu kategori perbelanjaan. Jumlah simpanan bergantung kepada kemampuan dan perancangan masing-masing. Mengikut pendapat pakar kewangan simpanan yang terbaik adalah 10 % hingga 30% dari pendapatan. Kepada yang ada masalah ketirisan wang hujung bulan, bajet bulanan adalah salah satu cara penyelesaiannya.

Bajet dapat membantu kita mengetahui perbelanjaan seharian secara lebih terperinci. Jika setiap hujung bulan baki bajet negatif, kita harus menambah pendapatan ataupun mengurangkan perbelanjaan. Banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan supaya baki hujung bulan positif. Kita semua boleh berhenti merokok jika merokok, mengurangkan bil letrik dan astro, mengurangkan makan di luar dan membawa bekal ke tempat kerja. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.




Selasa, 8 Mac 2016

Hantar E-Filing Tahun 2015















Salam pagi Selasa untuk semua. Semoga hari ini dalam keadaan yang lebih baik berbanding semalam. Bermula 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016 semua pembayar cukai pendapatan individu hendaklah membuat e-filing  di laman sesawang https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx. Semua majikan hendaklah memberi salinan borang BE kepada pekerja masing-masing sebelum 29 Februari 2016.  Di harap semua membuat e-filing seawal mungkin bagi mengelakkan kesesakkan web LHDN pada hujung bulan April 2016.

Jika membuat e-filing minggu ini , pembayaran baki cukai terlebih bayar mungkin akan dapat lebih cepat. Ini kerana masih kurang pengguna yang membuat e-filing pada Bulan Mac 2016. Biasanya rakyat Malaysia suka buat e-filing pada penghujung April 2016. Pengalaman saya sendiri untuk tahun lepas , e-filing buat pada 31 Mac 2016. Duit lebihan bayaran cukai pendapatan dimasukkan ke daam akaun pada 20 April 2016.

Di bawah ini saya senaraikan tips-tips untuk mengurangkan cukai pendapatan individu :

1) Zakat pendapatan individu

2) Derma dan Hadiah yang diluluskan

3) Perbelanjaan rawatan perubatan ibubapa ( terhad RM5000)

4) Peralatan sokongan asas( terhad RM6000)

5) Yuran pendidikan di universiti ( terhad RM5000)

6) Pembelian bahan bacaan ( terhad RM1000)

7) Komputer peribadi setiap 3 tahun ( terhad RM3000)

8) Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( terhad RM6000)

9) Beli peralatan sukan ( terhad RM300)

10) Insurans nyawa dan KWSP ( terhad RM6000)

11)Insurans pendidikan dan perubatan ( terhad RM3000)




Sabtu, 5 Mac 2016

4 Perbelanjaan Penting Tahun 2016





















Sekarang perbelanjaan untuk keluarga dan anak-anak semakin bertambah dari tahun ke setahun. Sebagai ketua keluarga, kita perlulah merancang dengan teliti dan dari awal lagi supaya tidak ada masalah di kemudian hari. Perbelanjaan hari raya puasa tahun 2016 adalah pada bulan Julai ini. Hari Raya Haji pula pada bulan September. Perbelanjaan persiapan anak masuk sekolah pada bulan Disember 2016. Dicadangkan supaya pembaharuan insurans kenderaan tidak pada Bulan Julai, September dan Disember. Ini kerana peruntukan pada bulan tersebut akan bertambah menjadi 2 kali ganda. Apepun bermula dari awal tahun adalah perancangan yang terbaik untuk memulakan simpanan.

Dibawah ini terdapat 4 perbelanjaan wajib untuk semua keluarga Melayu dan Islam di Malaysia :-

1)Perayaan Hari Raya Aidil Fitri

Hari Raya Puasa pada tahun 2016 pada Bulan Julai nanti. Tidak sampai 5 bulan lagi nak sambut Hari Raya Aidil Fitri tue. Biasanya perbelanjaan hari raya puasa agak tinggi jugak. Anggaran duit yang perlu disediakan antara RM1000 ke RM2000 untuk satu keluarga yang mempunyai dua orang anak. Bagaimana hendak ada duit banyak itu jika kita tidak membuat persediaan lebih awal. Dihaap jangan menambah hutang kerana hendak bergaya sakan di hari raya .

Ada yang berbelanja persiapan hari raya menggunakan kad kredit sahaja. Ini kerana duit simpanan atau simpanan hari raya tidak dirancang terlebih dahulu. Kad kredit memang boleh digunakan untuk membeli persiapan hari raya. tetapi selepas digunakan hendaklah dibayar sebelum due date kad kredit tersebut. Kawan saya ada yang apabila  menyambut hari raya akan miss bayar pinjaman rumah dan kereta. Ini kerana duit bayaran pinjaman rumah dan kereta digunakan untuk persiapan hari raya.

Biasanya perbelanjaan untuk hari raya puasa digunakan untuk membeli baju raya untuk sekeluarga, kuih raya, duit raya untuk ibu bapa, anak saudara serta juadah hari raya. Jika kita memang bersedia dari awal , perbelanjaan akan mencukupi dan tidak melebihi bajet yang diperuntukkan. Tips yang pertama adalah menyimpan wang setiap bulan sehingga sebelum raya. Contohnya bajet raya tahun 2016 adalah RM1000 untuk sekeluarga. Kita perlulah menyimpan RM250 sebulan dari bulan Mac hingga bulan Julai sebelum Hari Raya Puasa.

Tips yang seterusnya boleh digunakan dengan menyediakan atau membeli barang sedikit demi sedikit setiap bulan. Sebagai contoh bulan Mac membeli dan menempah kain untuk dibuat baju raya. Kemudian bulan April menyediakan duit untuk duit raya, Bulan Mei membeli kuih raya dan bulan Jun diasingkan duit untuk membeli juadah pagi raya dan duit minyak dan tol untuk balik raya.

Tips yang terakhir ialah menyediakan tabung khas. Kita boleh namakan tabung itu Tabung Hari Raya.  Cara untuk memenuhkan tabung raya adalah dengan memasukkan tabungan bulanan, dividen yang diterima, overtime dan tuntutan perjalanan boleh dimasukkan ke dalam tabung Hari Raya. Nanti apabila hendak menggunakan duit untuk perbelanjaan Hari Raya Puasa bolehlah  menggunakan dari tabung ini.

2)Perayaan Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha disambut secara sederhana di Malaysia. Sambutan Hari Raya Qurban memang meriah di Kelantan Darul Naim berbanding negeri lain. Biasanya pada hari raya ini kita hanya menggunakan baju raya Aidil Fitri dan tidak memberi duit raya kepada kanak-kanak. Peruntukan RM500 sudah mencukupi untuk persiapan hari raya Qurban. Perbelanjaan untuk juadah pagi raya dan duit minyak untuk balik ke kampung. Perbelanjaan akan bertambah jika kita memang berniat untuk melakukan ibadah Aqiqah sempena Hari Raya Qurban. Yang terbaik duit peruntukan untuk aqiqah dari simpanan diri sendiri.

3)Pembaharuan Insurans dan Roadtax Kenderaan

Pembaharuan insurans kenderaan biasanya dibuat setahun sekali. Di Malaysia biasanya setiap rumah mempunyai satu kereta ataupun motosikal. Peruntukan untuk pembaharuan insurans bergantung kepada jenis kenderaan, harga pasaran semasa dan cc kenderaan itu sendiri. Jumlah NCD juga mempengaruhi harga insurans kenderaan.

Anda semua boleh menyimpan dan menyediakan peruntukan setiap bulan untuk pembaharuan insurans dan road tax kenderaan. Sebagai contoh anggaran insurans kenderaan pada tahun Disember 2016 adalah RM800. Kita hendaklah menyimpan RM100 sebulan dari Bulan Mac sehingga Disember 2016. Apabila sampai waktu pembaharuan insurans nanti gunakan simpanan untuk pembaharuan insurans.

Cara kedua dengan menggunakan kad kredit semasa membuat pembayaran insurans dan roadtax kenderaan. Selepas itu telefonlah pihak bank yang memberi kita kredit kad untuk membuat EPP ataupun Pelan Pembayaran Mudah contohnya 6 bulan. Cari dan mintak pakej EPP yang tanpa faedah dan bayaran bulanan yang pendek. Kelebihan teknik ini kita dapat memperbaharui insurans dan dapat point dari gunakan kad kredit. Yang penting jangan miss bayar bulaan EPP sampai habis.

4)Persiapan  Persekolahan  Anak-Anak

Perbelanjaan persekolahan adalah antara perbelanjaan yang besar selain perbelanjaan sambutan Hari Raya. Perbelanjaan masuk sekolah untuk anak yang bersekolah rendah dan tadika swasta boleh mencecah RM1000. Biasanya perbelanjaaan ini merangkumi yuran tadika, buku sekolah dan baju sekolah untuk anak yang kategori tadika.

Bagi anak yang bersekolah rendah dan menengah , perbelanjaan diperlukan untuk bayaran PIBG, buku sekolah dan uniform sekolah dan yuran KAFA. Jika duit tidak diperuntukan dari awal lagi memang pening apabila bulan Disember muncul tiba. Yang terbaik kita mengasingkan duit dari awal untuk perbelanjaan masuk sekolah anak-anak.

Cara yang pertama kita boleh menyimpan sebulan RM100 untuk persiapan sekolah anak-anak. Wang itu harus diasingkan  ke akaun berasingan supaya tidak terbelanja. Contoh jika target simpanan kita RM1000 hendaklah menyimpan selama 10 bulan. Bagi yang ada bonus dari syarikat boleh diasingkan RM1000 setiap tahun untuk perbelanjaan  masuk sekolah anak-anak.

Cara seterusnya boleh dibuat tabung khas untuk persiapan persekolahan anak-anak. Duit overtime, tuntutan perjalanan, dividen dan jumlah simpanan tetap boleh dimasukkan ke dalam tabung ini. Saya sendiri telah menyediakan tabung khas bermula Januari 2016 untuk perbelanjan anak untuk tahun 2017. Lagi awal lagi bagus kerana kita hanya perlu mengasingkan jumlah yang sedikit kerana mempunyai masa yang lebih banyak.


Khamis, 6 Februari 2014

Simpanan dan Pelaburan


Simpanan Asas
Jumlah yang dicadangkan RM1000. Tujuan simpanan ini perlu dipenuhkan dulu kerana boleh digunakan bila demam, kereta rosak, ganti tayar dan bayar insurans kenderaan. Bila dah terguna simpanan nie korang kena penuhkan semula sampai nilai capai RM1000 semula. Simpanan nie boleh disimpan di akaun simpanan atau akaun semasa di bank supaya senang nak keluarkan duit bila nak guna.


Simpanan Kecemasan
Bila dah penuh simpanan asas boleh mula menyimpanan di simpanan kecemasan. Biasanya dicadangkan simpanan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan. Kalo ikut kisah nabi yusuf kena simpanan untuk 7tahun. Simpanan Kecemasan boleh digunakan untuk rawatan penyakit, diberhentikan kerja, menyambung pelajaran  dan lain-lain dipikirkan sesuai. Simpanan kecemasan nie kena simpan kat tempat yang tiada kemudahan kad ATM dan susah nak keluarkan. Yang penting kadar pulangan harus melebihi inflasi Negara.


Pelaburan
Bila dah penuh simpanan asas dan kecemasan bolehla mula melabur. Sebabnya kalo pelaburan yang dibuat tak untung korang masih ada simpanan kecemasan. Yang penting pelaburan kena cari pulangan yang lebih dari kadar inflasi dan memenuhi syarak. Nanti untung boleh bayar zakat pulak. Banyak tempat yang bagi pulangan tinggi seperti Bank Rakyat, Koperasi Permodalan Faham, Bursa Saham dan pelaburan hartanah. Apepun sebelum melabur kena ada ilmu. Kalo tidak apa yang kita labur jadi melebur.