produk-produk

Khamis, 12 Mei 2016

Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Hasil carian imej untuk old credit card


Kad kredit merupakan alternatif kedua selepas duit tunai. Memang dah banyak penulis buku kewangan dan blogger bercerita tentang kad kredit. Bagi saya kad kredit umpama mata pisau. Kepada yang pandai gunakannya seperti chef memang banyak kebaikan. Tetapi sesiapa yang tersalah guna memang buruk padahnya dan merana badan. Yang penting segala perbelanjaan yang dicas kepada kad kredit mesti mengikut perancangan dan dibayar sebelum due date.

Digalakkan  sebelum menggunakan kad kredit kita mestilah tahu peraturan asas seperti tiada yuran tahunan, tahu had limit tahunan, kad kredit kita rebet tunai atau pemberian ganjaran mata. Yang penting kena tahu bila statement date dan due date kad kredit kita. Dengan tahu tarikh keramat tue kita akan dapat tempoh 50 hari tanpa dicas oleh pembekal kad kredit. Ada sesetengah orang simpan dahulu duit yang untuk stanby ke Tabung Haji or Amanah Saham Bumiputera. Bila sampai due date baru keluarkan dan bayar semua perbelanjaan yang telah dikenakan ke kredit kad kita. Alasan diaorang biar duit bekerja keras untuk tuannya.

Setiap bulan saya akan membayar utiliti dengan menggunakan kad kredit. Utiliti yang boleh dibayar dengan mengunakkan kad kredit adalah bil Astro, Celcom,Maxis, Tenaga Nasional dan TM. Jika nak point lebih boleh tolong bayarkan bil utiliti kawan-kawan dan ibu bapa. Yang penting diaorang kena bagi tunai dahulu sebelum tolong bayar guna kad kredit.  Dengan membayar secara online dan menggunakan kad kredit kita dapat menjimatkan masa, duit parking dan duit minyak.

Saya juga membeli barang seharian di tempat yang boleh menerima transaksi kad kredit. Barang seharian termasuk barang basah, barang kering , pampers dan susu anak-anak semuanya dibayar dengan kad kredit. Kita haruslah membeli di pasaraya yang selalu mengadakan jualan murah dan mempunyai kad keahlian seperti Pasaraya Eng Hong, Tunas Manja dan Mydin. Jadi bila kita membeli barang di situ kita akan mendapat mata dari kad kredit dan kad keahlian. Disitu pengguna sudah mendapat mata untuk 2 kad.

Pembayaran potongan insurans bulanan boleh juga dibuat dengan kad kredit. Pengguna boleh membuat arahan kepada syarikat insurans atau pergi ke cawangan pejabat insurans untuk membuat pembayaran bulanan. Mulai tahun ini pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional boleh dibuat dengan kad kredit. Ini dapat mengelakkan kita dari membawa tunai yang banyak. Pembayaran bulanan PTPTN boleh dibuat di cawangan PTPTN negeri dan di UTC.

Perkara lain yang boleh dibayar dengan menggunakan kad kredit adalah sewaktu mengisi minyak petrol kenderaan. Yang terbaik isilah minyak petrol di stesen minyak yang kita adalah kad keahlian seperti Bonus Link untuk Shell, Kad Mesra untuk Petronas. Jika ada kad yang mempunyai kerjasama dengan stesen minyak tertentu lagi bagus isi minyak disitu. Sebagai contoh Kad Kredit Petronas Ikhwan memberi ganjaran berganda bila mengisi minyak di stesen minyak petronas pada hujung minggu. Sebelum  sampai due date kad kredit pembayaran penuh wajib dilakukan supaya tiada caj dikenakan ke atas kad kredit kita. Di harap semua mendapat sedikit ilmu dari apa yang saya coretkan pada kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan