produk-produk

Jumaat, 27 Mei 2016

Kumpulan A EURO 2016

Hasil carian imej untuk paul pogba





Kumpulan A EURO 2016 terbahagi kepada 4 pasukan. Empat pasukan tersebut ialah negara tuan rumah Perancis, Switzerland, Romania dan Albania. Di Atas kertas ramai pemerhati meramalkan negara Perancis dan Switzerland mampu layak ke pusingan seterusnya. Apepun Romania juga mampu membuat kejutan kepada pasukan-pasukan lain dalam kumpulan A.

Perancis mempunyai kelebihan besar sebagai pasukan tuan rumah pada edisi kali ini. Dengan sokongan padu penonton di tempat sendiri mampu membuatkan pasukan Les Blues bersemangat untuk merangkul kejayaan sebagai juara EURO kali ini. Kali terakhir Perancis bergelar juara EURO pada tahun 2000 semasa Didier Deschamps menjadi kapten pasukan Perancis. Semasa tahun 2000 Perancis ramai dibarisi pemain bertaraf bintang seperti Zidane, Makalele, Desaily, Thuram, Petit , Anelka, Pires dan Henry.

EURO 2016 kali ini diketuai oleh Didier Deschamps yang pernah menjadi kapten Perancis ketika kejuaraan tahun 2000. Hanya pemain veteran Patrice Evra(Juventus) yang masih terselamat dari kejohanan Piala Dunia tahun 2014. Deschamps banyak bergantung kepada penjaga gol berpengalaman untuk menjaga gawang Perancis iaitu Hugo Lloris dan Steve Mandanda. Perancis banyak mempertaruhkan bakat baru seperti Anthony Martial( Manchester United), Raphael Varane( Real Madrid) Kingsley  Coman( Bayern Munich dan Paul  Pogba( Juventus). Real Madrid berminat mendapatkan khidmat Pogba selepas EURO 2016 berakhir.

Switzerland juga layak kejohanan kali ini secara merit pada kejohanan kali ini. Pasukan ini berada di tangga kedua di belakang England dalam Kumpulan E di pusingan kelayakan. Switzerland mencatatkan 7 kemenangan dari 10 perlawanan. Ramai pemain pasukan ini yang bermain di Bundesliga di Jerman. Pemain Swiss yang bermain di Bundesliga adalah Roman Burki ( Dortmund), Yann Sommer( Monchengladbach) Johan Djourou( Hamburg) Ricardo Rodriquez( Wolfsburg) Admir Mehmedi( Leverkuson) dan Haris Seferovic( Frankfurt)

Pasukan Switzerland juga mempunyai pemain berdarah Albania dan beragama islam seperti Granit Xhaka, Valon Behrami , Admir Mehmedi dan Xherdan Shaqiri. Pasukan Albania pula kali pertama layak ke kejohanan EURO sejak di pertandingkan. Albania dianggap sebagai pasukan pelengkap untuk kumpulan A. Kejohanan kali ini unik kerana ada 2 adik beradik bermain untuk negara yang berbeza. Granit Xhaka bermain dengan pasukan Switzerland dan abangnya Taulant Xhaka bermain untuk pasukan Albania.

Romania merupakan pasukan yang tidak boleh dipandang ringan oleh pasukan lain.13 Para pemainnya bermain di Liga Utama Romania. Pasukan ini mengharapkan penjaga gol utamanya Ciprian Tatarusanu yang bermain dengan pasukan Fiorentina untuk mengemudi gawang pasukan. Romania juga mempunyai pemain lagenda yang berkualiti seperti George Hagi dan Andrian Mutu.

2 ulasan: