produk-produk

Khamis, 26 Mei 2016

Penjagaan Bunga Daisy







Bunga Daisy merupakan bunga yang cantik dan unik bagi saya. Pokok bunga daisy di rumah saya telah hidup lebih setahun. Sebenarnya bunga daisy di rumah isteri yang beli. Tetapi macam biasa saya yang kena tanam dan jaga hehehe. Sebelum ini memang tiada pengalaman nak jaga bunga daisy nie. Ada orang cakap bunga ini manja dan tidak tahan lama. Bunga daisy memang menjadi favourite bunga untuk hiasan atas pentas kerana bunganya yang banyak dan cantik.















Saya sendiri banyak buat percubaan untuk menjaga bunga daisy di rumah. Memula memang niat nak tanam di tanah tepi halaman rumah. Bila pikir-pikir semula tanam dalam pasu memang pilihan yang terbaik. Ini kerana kawasan yang terhad dan mudah nak alih-alih bunga bila perlu. Bunga daisy memang berbunga dan kembang sepanjang tahun. Cuma bunganya akan kembang selepas cahaya mentari muncul. Bunga daisy pun tidak tahan lama macam bunga rose. Bila sampai masanya kelopak bunganya akan gugur dan akhirnya bunga akan kering.





Pada pandangan saya bunga daisy tidak boleh terdedah secara langsung dengan sinaran cahaya matahari. Kawasan terbaik adalah yang terlindung seperti tepi rumah atau bawah owning. Tapi bunga daisy perlu juga cahaya matahari untuk pertumbuhan daun dan bunga. Bunga daisy umah saya ada di bawah owing di tepi rumah. Cuma ada yang berbunga lebat dan ada yang bunga satu persatu pada satu masa.





Bunga daisy tidak memerlukan air yang banyak. Cukuplah siram sekali sehari untuk tanaman bunga daisy. Bila air terlampau banyak daun daisy akan cepat lembik dan kering. Ulat bulu dan serangga suka makan daun bunga daisy. Jadi selalulah tengok di daun dan ditanah jika ada ulat. Senang je jika nak tahu ada ulat atau tidak. Biasanya daun akan berlubang dan bunga tiada buat masa yang lama. Ulat dan serangga suka makan bungga yang berada dibawah daun daisy. Saya akan menyembur dengan spray organik bila nampak daun daisy  berlubang.





Baja juga penting dalam penjagaan bunga daisy. Yang sebaiknya bunga daisy di bagi baja 2 minggu sekali atau  sebulan sekali. Baja seharusnya   diletakkan dalam jarak sejengkal dari pokok. Takut nanti pokok daisy mati kerana panas dari baja yang diletak. Saya juga mengawal bilangan daun pada pokok daisy. Ini kerana daun yang banyak akan kuat makan baja yang kita letak di pasu bunga. Daun yang banyak juga akan melambatkan dan menghalang bunga yang berada dibawah untuk naik ke atas permukaan pasu. Saya akan membuat laluan dan trim daun supaya ada laluan untuk bunga berkembang mekar dan batangnya tinggi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan