Simpanan Asas
Jumlah yang dicadangkan RM1000. Tujuan simpanan ini perlu
dipenuhkan dulu kerana boleh digunakan bila demam, kereta rosak, ganti
tayar dan bayar insurans kenderaan. Bila dah terguna simpanan nie korang kena penuhkan
semula sampai nilai capai RM1000 semula. Simpanan nie boleh disimpan di akaun
simpanan atau akaun semasa di bank supaya senang nak keluarkan duit bila nak guna.
Simpanan Kecemasan
Bila dah penuh simpanan asas boleh mula menyimpanan di
simpanan kecemasan. Biasanya dicadangkan simpanan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan
bulanan. Kalo ikut kisah nabi yusuf kena simpanan untuk 7tahun. Simpanan
Kecemasan boleh digunakan untuk rawatan penyakit, diberhentikan kerja, menyambung pelajaran dan
lain-lain dipikirkan sesuai. Simpanan kecemasan nie kena simpan kat tempat yang
tiada kemudahan kad ATM dan susah nak keluarkan. Yang penting kadar pulangan
harus melebihi inflasi Negara.
Pelaburan
Bila dah penuh simpanan asas dan kecemasan bolehla mula
melabur. Sebabnya kalo pelaburan yang dibuat tak untung korang masih ada
simpanan kecemasan. Yang penting pelaburan kena cari pulangan yang lebih dari
kadar inflasi dan memenuhi syarak. Nanti untung boleh bayar zakat pulak. Banyak
tempat yang bagi pulangan tinggi seperti Bank Rakyat, Koperasi Permodalan
Faham, Bursa Saham dan pelaburan hartanah. Apepun sebelum melabur kena ada
ilmu. Kalo tidak apa yang kita labur jadi melebur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan