produk-produk
Sabtu, 4 Jun 2016
Perbelanjaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ada ibubapa yang dah buat persiapan awal untuk sambutan hari Raya Aidil Fitri. Kaum ibu ramai yang sudah menempah baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak kerana takut tempahn ditutup awal. Diharap semua berbelanja ikut kemampuan dan tidak terikut dengan perbelanjaan orang lain. Semoga menjalani ibadah puasa dengan penuh hikmah dan mendapat kemanisan beribadat di Bulan Ramadhan. Di bawah ini saya senaraikan 4 jenis perbelanjaan utama setiap kali Ramadhan :
Pakaian Sekeluarga(RM 500-RM650)
Selalunya perbelanjaan yang besar untuk menyambut raya adalah pembelian pakaian untuk sekeluarga. Di dalam islam disunatkan memakai baju baru di pagi raya. Tapi janganlah sampai membazir dan berhutang pula. Untuk yang berkeluarga akan menumpukan kepada pembelian pakaian raya untuk anak-anak. Biasanya sekeluarga akan menempah baju melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan. Yang penting warna sedondon untuk sekeluarga. Isteri pula akan membeli tudung dan kasut untuk menyambut hari raya. Anak-anak akan dibelikan baju tshirt atau gaun untuk dipakai waktu raya nanti. Mereka juga akan dapat selipar dan kasut baru.
Duit Raya(RM500-RM650)
Duit Raya dah menjadi tradisi semasa menyambut Hari Raya Puasa. Waktu inilah budak-budak akan cuba mengumpul duit raya sebanyak mungkin. Waktu hari raya tahun 80an lagi, Kadar duit raya hanyalah sekitar 20 sen sehingga 50sen. Saya dan sepupu pernah berjalan 2 kilometer untuk pergi beraya ke rumah orang kaya. Tapi bila habis beraya ramai yang kecewa kerana dapat duit raya 20 sen sahaja. Itulah pengalaman kumpul duit raya masa kanak-kanak lagi.
Peruntukan duit raya termasuklah untuk ibu-bapa, anak-anak saudara dan sesiapa yang datang ke rumah. Bagi saya pemberian duit raya masih lagi relevan. Yang penting bila bagi duit raya kita niat sedekah. Duit raya untuk mak ayah patutnya lebih sewaktu hari raya. Sebabnya duit itu dapat digunakan untuk kegunaan persediaan raya dan menghargai jasa ibu bapa kita. Biasanya kadar duit raya untuk anak saudara akan lebih sedikit berbanding dengan budak-budak yang datang beraya ke rumah. Saya pun ada bertanya kepada kawan--kawan dan sedara mara. Kadar duit raya untuk anak saudara sekarang dari RM10 ke RM25. Kadar duir raya untuk budak yang datang beraya sekarang RM2 hingga ke RM5 .
Biskut Raya dan Juadah Pagi Raya (RM200-RM350)
Peruntukan kuih raya bergantung kepada bajet masing-masing. Jika setiap tahun ramai yang berkunjung ke rumah kita, maka peruntukan biskut raya jadi tinggi jugaklah. Sesiapa yang ada masa dan kemahiran bolehlah buat biskut raya sendiri. Memang lagi jimat dan di jamin sedap. Sekarang harga biskut raya pun semakin mahal. Harga biskut antara RM20 ke RM30 sebalang untuk 50 keping biskut. Cara untuk berjimat kenalah kurangkan balang kuih raya dan banyakkan kerepek dan kacang-kacang untuk diisikan dalam balang.
Untuk yang dah berkeluarga , dah menjadi kebiasaan untuk membeli juga biskut raya untuk ibu bapa sendiri dan mertua. Sebab tulah peruntukan biskut raya juga tinggi semasa nak menyambut hari raya.
Juadah pagi raya juga perlu di buat anggaran perbelanjaan. Jika banyak juadah pagi raya maka makin tinggi peruntukan. Cuma jika beraya di rumah ibu bapa, boleh berbincang dengan adik beradik untuk peruntukan juadah raya. Sekarang harga daging lembu sekilo pun dah cecah RM30. Harga sebatang lemang ikut saiz pulak. Harga sebatang lemang sekarang dari RM12 ke RM18 sebatang. Harga satay pun makin mahal. Paling murah pun RM0.70 secucuk.
Jika nak berjimat buatlah satu juadah berat seperti nasi minyak atau nasi dagang. Pastu ada lemang dan satay sebagai juadah tambahan. Jangan sampai terlalu banyak hidangan sampai jadi membazir. Masih ramai di luar sana yang merasa makan daging setahun sekali.
Servis Kereta,Duit Minyak Dan Tol (RM300-RM400)
Kadang-kadang ada yang terlepas pandang tentang hal ini. Peruntukan duit minyak dan tol bergantung jarak perjalanan untuk balik kampung. Jika kampung kita jauh maka peruntukan kenalah lebih lagi. Ada juga bila hari raya puasa akan balik kampung kedua-dua belah. Yang terbaik sediakan peruntukan yang mencukupi untuk cover minyak, tol dan berhenti makan bila lapar di RNR.
Semua juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan kereta sebelum pulang berhari raya. Yang terbaik servis kenderaan sebelum pulang berhari raya. Waktu yang terbaik servis kenderaan minggu pertama bulan Ramadhan. Ini dapat mengelakkan kita terpaksa menunggu lama di bengkel kereta sebab ramai yang servis kereta macam kita jugak. Pastu bila servis awal , mekanik dapat membuat pemeriksaan yang terbaik untuk kereta kita kerana kereta masih tidak banyak untuk di servis.
Rumusan
Baju Raya RM650
Duit Raya RM650
Biskut Raya RM350
Duit Minyak RM400
JUMLAH RM2050
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan