produk-produk

Rabu, 15 Jun 2016

Keputusan Perlawanan 1 Kumpulan EURO 2016


Hasil carian imej untuk euro 2016



Kumpulan A

Perancis
Romania
  2-1
Switzerland
Albania
  1-0

Perancis memperoleh kemenangan pertama untuk selaku tuan rumah. Perlawanan pertama tidak ramai penyerang yang menjaring gol kecuali gol tandukan Oliver Giroud. Gol kemenangan Perancis dijaringkan oleh pemain West Ham iaitu Dimitri Payet. Gol Kemenangan Switzerland pula dijaringkan oleh pemain pertahanan iaitu Fabian Schars.

Kumpulan B

Wales
Slovakia
 2-1  
England
Russia
 1-1  

Wales juga mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan Slovakia. Seperti yang dijangka Gareth Bale menjaringkan gol pada perlawanan ini. Pasukan England pula hampir meraih kemenangan pertama tetapi  kapten Russia berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan. Gol sepakan percuma  England dijaringkan oleh pemain Totenham iaitu Eric Dier. Harap pertembungan Wales dan England akan lebih menarik dan banyak gol terhasil.

Kumpulan C
      
Poland
Ireland Utara
1-0
German
Ukraine
2-0

Penyerang Poland menjaringkan gol pada kali ini. Poland banyak peluang menjaringkan gol tetapi disia-siakan oleh penyerang prolifik mereka iaitu Lewandowski. Pasukan German telah menang 2-0 berbanding pasukan Ukraine. Gol pertama German dijaringkan oleh pertahanan Valencia iaitu Shkodran Mustafi yang membuat tandukan gol. Gol terbaik keseluruhan milik pemain gantian German iaitu Schweinsteiger. Beliau menjaringkan gol setelah membuat larian selepas pasukan German melakukan serangan balas dan terus membuat penyudah yang terbaik.

Kumpulan D

Croatia
Turki
1-0
Sepanyol
Republic Czech
1-0

Crotia hanya mencatat kemenangan tipis ke atas pasukan Crotia. Kapten Crotia iaitu Luka Modric berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan percubaan terus ke arah gol. Sepanyol juga menjaringkan gol melalui pertahanan Barcelona iaitu Gerard Pique. Perbezaan pasukan La Roja kali ini adalah David De Gea menjadi penjaga gol utama menggantikan Iker Casillas.

Kumpulan E

Ireland
Sweden
1-1
Itali
Belgium
2-0

Sweden pula terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan 1 mata setelah bertemu dengan pasukan Ireland. Itali telah membuat kejutan terbesar kali ini kerana telah mengalahkan pasukan Belgium yang berada di kedudukan ke 2 senarai FIFA. Gol Itali telah dijaringkan oleh Emanuele Giacherini dan Graziano Pelle.

Kumpulan F

Hungary
Austria
2-0
Portugal
Iceland
1-1

Hungary mencatatkan kemenangan selesa ke atas pasukan Austria. Gol Hungary dijaringkan oleh pemainnya iaitu Adam Szalai dan Zoltan Stieber. Portugal hanya mencatatkan keputusan seri ketika bertemu pasukan kerdil iaitu Iceland. Gol Portugal dijaringkan bekas pemain Manchster United iaitu Nani dan pasukan Iceland dijaringkan oleh Bjarnason.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan