produk-produk

Selasa, 7 Jun 2016

Kumpulan B EURO 2016

Hasil carian imej untuk hamsik napoli



Kejohanan EURO 2016 tinggal beberapa hari sahaja untuk sepak mula. Banyak pasukan sudah mengesahkan senarai terakhir 23 pemain untuk mewakili negara masing-masing. Kumpulan B terdiri daripada pasukan Negara England, Russia , Wales dan Slovakia. Di atas kertas memang pasukan England merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan B.

England mengharungi pusingan kelayakan EURO 2016 dengan rekod 10 kemenangan berturut-turut. Kapten England kali ini ialah pemain veteran iaitu Wayne Rooney. Rooney juga telah membuat kemunculan pada EURO 2004 pada umur 18 tahun, Sekarang Rooney telah menjaringkan 52 gol  dan 110 kemunculan untuk pasukan England. Pasukan kali ini banyak dibarisi dengan pemain baru dan pemain muda.

Pasukan kali ini banyak diwakili pemain dari Kelab Totenham Hospurs dan Liverpool. Pemain dari Totenham adalah Walker, Rose, Dier, Ali dan Kane, Pemain Liverpool yang menyarung jersi England adalah Cylne, Lallana, Henderson, Milner dan Sturridge. Apepun kali ini pemain yang menjadi tumpuan adalah Marcus Rashford yang berumur 18 tahun. Rashford adalah pemain sensasi Manchester United yang telah menjaringkan 9 gol pada musim ini dan menjaring gol semasa memulakan aksi pertama bersama England menentang Australia.

Pasukan Russia banyak pemainnya  yang bermain di dalam Liga Russia seperti pasukan CSKA Moskow, Zenit  dan Dynamo Moskow. Pasukan kali ini mempunyai pemain naturalisasi sebanyak 2 orang. Pemain pertahanan iaitu Roman Neustadter yang berasal dari German. Penjaga gol iaitu Guilherme pula berasal dari negara Brazil. Sebanyak 8 pemain dari CSKA Moskow yang mewakili negara masing-masing dalam kejohanan EURO kali ini.

Negara Wales kali ini ditunjangi player bertaraf bintang mereka iaitu Gareth Bale. Pemain Real Madrid telah menjadi pemain termahal dunia semasa berpindah dari Totenham Hospur ke Real Madrid. Kebanyakan pemain Wales banyak bermain di Liga Perdana Inggeris seperti Totenham , Liverpool, Fulham dan Swansea. Pemain Arsenal iaitu Aaron Ramsey yang akan mengemudi jentera tengah pasukan Wales kali ini. Mungkin pasukan Wales akan membuat kejutan dengan gandingan Gareth Bale dan Aaron Ramsey.

Pasukan Slovakia adalah gabungan pemain yang bermain di  Liga-liga di Eropah dan Asia. Di bahagian pertahanan Slovakia akan diketuai oleh pemain kental  Liverpool iaitu Martin Skrtel. Pemain harapan untuk pasukan ini adalah Marek Hamsik yang bermain dengan pasukan Napoli di Serie A. Hamsik merupakan nadi utama bagi pasukan Slovakia dan Napoli. Beliau telah menjaringkan 18 gol dan mewakili Slovakia sebanyak 87 kali setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan