produk-produk

Khamis, 7 April 2016

Bajet Bulanan Dan Bajet Tahunan



















Pasti ramai yang biasa dengar tentang bajet dalam kehidupan seharian. Bajet sebenarnya amat penting untuk mengawal perbelanjaan kita hari-hari. Bajet yang akan menentukan baki hujung bulan masih positif atau negatif. Ada orang yang mencatat perbelanjaan dalam buku 555, dalam excel di komputer dan menggunakan perisian pintar yang boleh dimuat turun di Play store. Saya sendiri telah menggunakan perisian CWMoney  sejak tahun  2014 untuk mencatat duit keluar dan masuk. Banyak lagi perisian bajet bulanan yang terdapat dalam Play Store yang berguna untuk mencatat duit keluar duit dan masuk.

Sebelum ini saya mencatat duit masuk dan keluar dalam Microsoft Excel sejak tahun 2009. Tapi saya sendiri selalu lupa nak kemaskini sebab sibuk dan malas. Sekarang perbelanjaan dicatat ke Smart Phone sebab selalu dibawa ke dalam poket hihihihi. Cuma kelebihan excel kita boleh tambah dan ubahsuai maklumat baru yang hendak dikemaskini di dalam bajet bulanan. Yang penting kena rajin kemaskini dan simpan resit perbelanjaan bila lupa nak masukkan dalam excel. Bajet tahunan kita boleh buat sendiri dalam Microsoft Excel. Kelebihannya kita semua dapat merancang dan mengawal aliran duit keluar dan masuk untuk jangka masa setahun.

Perkara asas tentang bajet ialah pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan tolak perbelanjaan hasilnya baki positif atau negatif. Korang boleh mencatat semua pendapatan aktif dan pasif di ruangan pendapatan, Contoh pendapatan pasif adalah sewa rumah, dividen, royalti dan lain-lain. Untuk bajet tahunan boleh kemaskini  ruangan gaji bila dapat kenaikan gaji atau bonus syarikat.

Ruangan perbelanjaan banyak  perkara yang boleh kita catat. Terpulang kepada masing-masing untuk mencatat secara general ataupun mencatat dalam kategori perbelanjaan. Saya membahagikan perbelanjaan bulanan dan tahunan kepada kategori  Simpanan, Pinjaman, Utiliti, Harian dan Anak-Anak. Kelebihan mengasingkan mengikut kategori kita akan dapat mengetahui berapa peratus dari gaji digunakan untuk membayar pinjaman dan utiliti sebagai contoh.

Perkara penting dalam perbelanjaan adalah simpanan untuk diri sendiri setiap bulan. Kategori simpanan juga dianggap sebagai salah satu kategori perbelanjaan. Jumlah simpanan bergantung kepada kemampuan dan perancangan masing-masing. Mengikut pendapat pakar kewangan simpanan yang terbaik adalah 10 % hingga 30% dari pendapatan. Kepada yang ada masalah ketirisan wang hujung bulan, bajet bulanan adalah salah satu cara penyelesaiannya.

Bajet dapat membantu kita mengetahui perbelanjaan seharian secara lebih terperinci. Jika setiap hujung bulan baki bajet negatif, kita harus menambah pendapatan ataupun mengurangkan perbelanjaan. Banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan supaya baki hujung bulan positif. Kita semua boleh berhenti merokok jika merokok, mengurangkan bil letrik dan astro, mengurangkan makan di luar dan membawa bekal ke tempat kerja. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.




3 ulasan:

  1. Assalamualaikum puan sheila... saya tertanya tentang bajet tahunan yg puan buat.. kalau puan x keberatan boleh kita berhubung? ni ada email saya.. cipanfire@gmail.com dan ini no saya.. 0173840093. saya berharap puan boleh berkongsi lebih detail lagi dgn saya. terima kasih puan

    BalasPadam