produk-produk

Rabu, 6 April 2016

Saham Pestech 2012-2016


















Saham Pestech International telah disenaraikan pada tahun 2012. Kaunter ini ditutup dengan harga diskaun pada hari pertama disenaraikan. Pada penghujung tahun 2013 harga saham Pestech telah naik 300 peratus melebihi harga penyenaraian. Pelabur jangka panjang menggunakan teknik value investing untuk saham ini.. Teknik ini  telah diguna pakai oleh pelabur saham terkemuka dunia iaitu Warren Buffet. Pada tahun 2015 saham Pestech International telah naik sehingga RM6.80.

Sedikit maklumat mengenai syarikat ini. Syarikat Pestech telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pestech telah menyiapkan projek Sakura Ferroalloys Projects , Mapai Substations dan Murum Station di Sarawak. Projek dalam perlaksanaan syarikat ini adalah di Kulim Hi-Tech Park dan West Phnom Penh Substation Extention. Bagi rekod suku tahun bagi  kewangan berakhir  31 Disember 2015, Pestech telah mencatatkan keuntungan kasar RM146 juta. Keuntungan bersih selepas cukai adalah RM25.6 juta.Berikut adalah maklumat mengenaik saham Pestech dari 2012 sehingga kini


Nama Saham               PESTECH
Harga Disenaraikan        RM1.00
Harga Penutup Listing    RM0.83
Harga Penutup 2012       RM1.07
Harga Penutup 2013       RM3.00
Harga Penutup 2014       RM3.50
Harga Penutup 2015       RM6.86
Harga Purata 52 MingguRM4.74-RM7.08
Harga Penutup SemalamRM6,80


1 ulasan: