produk-produk

Isnin, 18 April 2016

Prestasi Pelaburan Suku Pertama 2016


Hasil carian imej untuk 2016



Sekejap saja masa berlalu meninggalkan kita. Bulan 4 pun dah menginjak ke tarikh 11 haribulan. Bagi pelabur dan penyimpan boleh menilai prestasi suku tahun pertama 2016. Macam fund manager mereka akan melihat prestasi setiap suku tahun untuk menilai pelaburan mengikut seperti yang dirancangkan atau tukar strategi baru. Kita sebagai pelabur runcit pun boleh buat macam itu juga jika mahu.

Tahun 2016 memang tahun mencabar untuk pelabur dan penyimpan macam kita semua. Penurunan harga minyak mentah, serangan oleh pihak ISIS di sesetengah negara dan pengenalan cukai perkhidmatan dan barangan menyumbang kepada penurunan dividen banyak syarikat. Strategi terbaik waktu mencabar macam sekarang ialah banyakkan menyimpan dan kurangkan perbelanjaan jika boleh.

Dividen ASB tahun kewangan berakhir 2015 mencatatkan penurunan berbanding 2015. Ini banyak disebabkan pelaburan ASB dalam syarikat di BSKL dan luar negara kurang pendapatan banding tahun 2015. Dividen 2015 turun 0.25 sen berbanding tahun sebelumnya.  Harap dividen ASB naik semula tahun depan kerana ramai pelaburan bumiputera yang melabur di Amanah Saham Bumiputera.

Pelaburan kedua yang ingin saya bicarakan ialah tentang Tabung Haji. Tabung Haji ditubuhkan untuk pendeposit menyimpan duit untuk menunaikan haji. Dengan kebijaksanaan pengurusan Tabung Haji, simpanan yang disimpan dapat menjana dividen selain dapat pergi menunaikkan haji. Simpanan Tabung Haji menjadi pilihan orang islam kerana dividen yang kompetetif dan dividennya telah dibayar zakat. Dividen tahun ini berkurangan 1.25 sen berbanding dividen tahun lepas. Bonus Tabung haji pula meningkat kepada 3 sen per unit.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan antara dana caruman pekerja yang terbesar di Asia dan Dunia. Untuk tahun 2016 pencarum boleh memilih caruman 8% berbanding 11 peratus sebelum ini. KWSP wajib dicarum untuk pekerja sektor swasta yang masih bekerja. Prestasi dividen KWSP menurun kepada 6.4 % berbanding tahun lepas.

Bank Rakyat juga telah mengumumkan dividen pada bulan Mac yang lepas. Dividen kali ini  mengalami penurunan seperti Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji. Dividen kali ini adalah 13 peratus rendah 2 peratus berbanding tahun lepas. Penurunan dividen mungkin disebabkan kerajaan telah mengetatkan syarat pinjaman kepada 10 tahun dan pengiraan DSR yang semakin ketat. Ini sedikit sebanyak menyebabkan pendapatan Bank Rakyat berkurangan.

Saham Chin Hin Group merupakan IPO yang pertama disenaraikan pada tahun 2016. Saham Chin Hin diniagakan dengan harga premium RM0.825. Harga penyenaraian saham ini adalah RM0.65. Harga tinggi untuk saham Chin Hin adalah RM0.895. Harga penutup semalam adalah RM0.87. Permulaan yang baik untuk IPO tahun 2016,

Saham Ranhill Holdings pula IPO yang kedua telah disenaraikan selepas saham Chin Group. Saham Ranhill telah disenaraikan semula setelah dinyahsenaraikan sebelum ini. Penyenaraian kali ini juga mengambil masa yang panjang bagi memenuhi syarat yang ditetapkan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Bank Negara. Saham ini diniagakan dengan harga diskaun RM0.10 semasa hari pertama disenaraikan. Harga penutup semalam adalah RM1.12

Saham Bison IPO terkini yang telah disenaraikan di BSKL. Saham ini bermula dengan harga premium 5 sen. Kemudian naik sehingga RM1.22. Cuma sebelum penutup waktu petang harganya telah ditutup pada RM1.08. Harga penutup semalam RM1.27

Tiada ulasan:

Catat Ulasan