produk-produk

Isnin, 8 Ogos 2016

Segmen Blogger Aktif 2016



Mari semua join segmen ini. Tempoh penyertaan dari 05 Ogos 2016 hingga 15 Ogos 2016. Sekarang pun dah start malas nak update entry baru untuk blog senditi

Khamis, 4 Ogos 2016

Giveaway Birthday By Starlavenderluna



Moh ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup 31 Ogos 2016. Semoga ada rezeki dapat menang kali ini

Rabu, 3 Ogos 2016

10 Koperasi Terbaik Pahang

Hasil carian imej untuk suruhanjaya koperasi malaysia

Setiap tahun Suruhanjaya Koperasi Malaysia memberi pengiktirafan kepada semua koperasi yang berdaftar di Malaysia. Sekarang SKM membuat index 100 koperasi terbaik Malaysia setiap tahun. Pelbagai kriteria di ambil kira oleh pihak SKM untuk menilai sesuatu koperasi sebelum masuk senarai Index 100 koperasi terbaik Malaysia. Antara kriteria yang diambil kira termasuk  jumlah anggota, pendapatan kasar koperasi, nisbah keberhutangan koperasi dan lain-lain lagi.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Pahang juga  membuat senarai 10 koperasi terbaik di Negeri Pahang Darul Makmur. Sehingga kini senarai koperasi yang berdaftar di negeri Pahang adalah 1002 buah koperasi termasuk koperasi sekolah. Dibawah ini senarai 10 koperasi terbaik mengikut pendapatan tahunan koperasi

1) Koperasi Serbausaha Makmur Pahang
    Perniagaan Perladangan, Al-Rahnu dan Hotel
    Pendapatan RM 114 juta

2) Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan  Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Kredit
    Pendapatan RM 52 juta

3) Koperasi Serbaguna Dara Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Perniagaan Runcit
    Pendapatan RM 43 Juta

4) Koperasi Peneroka Felda Chini Satu Pekan Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Kontrak dan Pengangkutan
    Pendapatan RM 23 juta

5) Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Pengangkutan dan Pemborongan
    Pendapatan RM 21 juta

6) Koperasi Serbaguna Felda Bukit Goh Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Perkhidmatan
    Pendapatan RM 20 juta

7) Koperasi Pengguna Pahang Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Kredit
    Pendapatan RM 17 juta

8) Koperasi Serbaguna Felda Keratong Dua Rompin Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Pengangkutan
    Pendapatan RM 16 juta

9) Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Pemborongan
    Pendapatan RM13 juta

10) Koperasi LKPP Pahang Berhad
    Perniagaan Perladangan, Kredit dan Perkhidmatan
    Pendapatan RM 12 juta



Selasa, 2 Ogos 2016

2 Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist



Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tamat pada hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos 2016

Hasil carian imej untuk kata-kata hikmah

Selasa, 26 Julai 2016

Perpindahan Pemain Kelab Borussia Dortmund

Borussia Dortmund logo.svg

Borussia Dortmund diantara kelab yang besar di negara German. Musim lepas Dortmund tidak berjaya mengekang penguasaan Bayern Munich dari menjuarai Bundesliga. Mungkin perlantikan ketua jurulatih baru iaitu Thomas Tuchel mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan barunya iaitu Borussia Dortmund. Tuchel mengambil alih jawatan Jurgen Klopp yang berhijrah ke pasukan Liverpool.

Dortmund juga bergelut dibawah prestasi sebenar selepas 2 bintang mereka iaitu Robert Lowandowski dan Mario Gotze menyertai seteru mereka iaitu Bayern Munich. Mujurlah penyerang sensasi Gabon iaitu Peirre Emerick Aubameyang dapat memikul tanggungjawab sebagai peledak gol utama untuk pasukan Dortmund.

Di bawah senarai perpindahan Dortmund musim ini :

Perpindahan Keluar

Nama Matts Hummels
Posisi Pertahanan Tengah
Kelab- Dortmund ke Bayern Munich

Nama Ilkay Gundogan
Posisi Tengah

Kelab Dortmund ke Bayern Munich

Nama Henrikh Mkhitaryan
Posisi Tengah
Kelab Dortmund ke Machester United

Perpindahan Masuk

Nama Sebastian Rode
Posisi Tengah
Kelab Bayern Munich ke Dortmund

Nama Emre Mor
Posisi Tengah
Kelab Nodsjaelland ke Dortmund

Nama Ousmane Dembele
Posisi Penyerang
Kelab Rennes ke Dortmund

Nama Bartra
Posisi Pertahanan
Kelab Barcelona ke Dortmund

Nama Mario Gotze
Posisi Tengah
Kelab Bayern Munich ke Dortmund

Nama Andre Schurrie
Posisi Tengah
Kelab Wolfsburg ke Dortmund
  
Nama Raphael Guerreiro
Posisi Pertahanan
Kelab FC Lorient  ke Dortmund

Isnin, 25 Julai 2016

Segmen Bloglist 2016 By Cik Eyz



Mari ramai-ramai join segment dibuat oleh Cik Eyz. Tarikh tutup penyertaan 30 Julai 2016 sebelum pukul 8 malam. Semoga rakan blogger ada yang bernasib baik.

Khamis, 21 Julai 2016

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip



Mari ramai-ramai join giveaway by Siti. Tarikh tutup penyertaan pada 22 Julai 2016. Banyak hadiah yang menanti kepada para pemenang.