produk-produk

Jumaat, 19 Februari 2016

6 Tips Membeli Saham IPO


IPO adalah satu alternatif kepada pelaburan di BSKL. IPO adalah singkatan dari Intial Public Offering. Tawaran permulaan IPO ada yang ditawarkan dahulu kepada MITI. MITI akan menawarkan IPO kepada golongan bumiputera samaada individu, pertubuhan , koperasi dan syarikat yang berminat untuk memiliki IPO tersebut. Setelah habis penawaran melalui MITI barulah IPO akan ditawarkan kepada semua rakyat dan syarikat di Malaysia.

Permohonan IPO untuk semua rakyat Malaysia boleh dipohon melalui 3 cara. Cara pertama adalah melalui permohonan dalam talian yang ditawarkan oleh bank perdagangan seperti CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank dan Public Bank. Pemohon juga boleh memohon melalui mesin-mesin ATM yang terdapat dibank-bank. Cuma pastikan baki mencukupi sebelum membuat permohonan IPO tersebut. Cara ketiga adalah mengisi borang permohonan yang disediakan oleh bank-bank pelaburan. Setelah borang diisi bolehlah dihantar ke investment bank yang terlibat dalam penyenaraian tersebut. Borang itu juga dikenali sebagai pink form.

Dibawah ini beberapa tips yang boleh digunakan semasa membeli IPO :-

1)Tujuan Pembelian IPO Tersebut
Sebelum membeli pelabur harus ada tujuan pembelian yang jelas. Samaada untuk mendapatkan keuntungan pada hari penyenaraian atau menyimpan jangka masa panjang. Sebabnya ada saham yang bagus pada awalnya akan turun harga dan kemudian akan naik kembali pada masa yang panjang.

2)Rekod Kewangan Yang Bagus
Syarikat yang bagus seharusnya dalam keadaan untung sekurang-kurangnya 5 tahun terakhir. Sebagai pelabur yang menggunakan fundemental analisis, mereka akan menggunakan semua maklumat dari laporan tahunan syarikat tersebut. Pelabur yang bagus akan mengira price to earning, dividen yield, ROA, ROE dan lain-lain.

3)Syarikat Yang Monopoli Perniagaan
Monopoli perniagaan bagus untuk perkembangan syarikat. Ini akan menjadikan syarikat berkembang maju. Jualan dan perkhidmatan syarikat akan meningkat tanpa memerlukan kos pemasaran yang terlalu tinggi. Sebagai contoh syarikat yang monopoli seperti Facebook, America Express, Wallmart dan lain-lain lagi.

4)Mengetahui Fair Value yang dikeluarkan Investment Bank
Biasanya sebelum penyenaraian, sesuatu saham IPO akan dinilai oleh investment bank. Pelabur seharusnya mendapatkan beberapa fair value dari beberapa investment yang ada. Kita juga boleh bertanya kepada dealer atau remiser masing-masing tentang fair value ini. Tujuan mengetahui Fair Value dapat membantu pelabur semasa hari penyenaraian IPO tersebut. Sebagai contoh harga tawaran IPO saham A adalah RM1.00. Investment bank menilai Fair Value saham A adalah RM1.20 hingga RM1.40. Jika semasa hari saham A disenaraikan dan harga semasa adalah RM1.30. Pelabur mempunyai pilihan menjual pada harga RM1.30 atau menunggu saham naik hingga RM1.40 kerana harga Fair Value Saham A adalah RM 1.40

5)Syarikat Yang Bercadang Untuk Memberi Pulangan Dividen
Kebanyakan syarikat yang akan tersenarai di BSKL akan menjanjikan pulangan dividen selepas penutupan laporan kewangan semasa syarikat. Tujuan syarikat menjanjikan dividen adalah untuk menarik minat pelabur untuk membeli IPO syarikat mereka. Pelabur jangka panjang berminat kepada saham IPO yang menjanjikan dividen yang konsisten dan tinggi.

6)Banyak Cornerstone Yang Melabur Dalam Syarikat
Saham IPO yang bagus menarik minat syarikat berkaitan kerajaan, investment bank dan pengurus dana untuk membeli saham tersebut dari awal lagi. Ini menunjukan keyakinan mereka terhadap saham IPO yang akan disenaraiakan nanti. Biasanya Cornerstone yang terlibat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain. Antara contoh IPO terdahulu yang menarik minat Cornerstone seperti Armada, MSM, IHH , Pchem.

2 ulasan: