produk-produk

Sabtu, 13 Februari 2016

Tawaran IPO LKL International Berhad Dan Pecca Holdings Berhad








Keputusan IPO Ranhill telah keluar di web Miti. Sesiapa yang memohon boleh membuat semakan di http://sahamonline.miti.gov.my/. Tawaran IPO LKL International dan Pecca Holdings sudah boleh dipohon melalui laman web yang sama. Penawaran 3 IPO dalam masa yang terdekat mungkin menunjukkan kerajaan dan syarikat masih yakin dengan keadaan pasaran Malaysia sekarang.

Tawaran saham IPO LKL International dan Pecca Holdings Berhad bermula 11 Februari 2016 sehingga 17 Februari 2016. Tarikh tutup penghantaran borang permohonan adalah sebelum 19 Februari 2016 sebelum jam 04.30 petang. Jika pemohonan tinggal berdekatan Lembah Kelang dan Selangor boleh menghantar sendiri di Pejabat Baru Miti di Jalan Sultan Ahmad Shah, Kuala Lumpur. Bagi pemohon luar Lembah Kelang dicadangkan menghantar permohonan dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran express swasta. Ini kerana tempoh masa yang diberikan MITI selalunya singkat. Lagipun kita perlu menyediakan dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali dengan borang permohonan.

Sedikit maklumat mengenai IPO LKL International. LKL menawarkan saham 49.6 juta unit kepada pemegang saham, kakitangan syarikat, individu dan syarikat. LKL merupakan pengeluar katil untuk pesakit di Malaysia. Syarikat ini juga dianugerahkan ISO 9001-2008 dan ISO13485-2012 oleh badan yang berkenaan di German. IPO Pecca Holdings pula menawarkan saham 18.8 juta unit saham. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan dan pemasangan sarung kerusi kereta, aksesories kereta dan sarung kerusi kapal terbang. Pecca Berpengalaman lebih 25 tahun dalam pembuatan tangan barang berkaitan kulit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan