produk-produk

Ahad, 14 Februari 2016

Berbudi Kepada Tanah








Bercucuk tanam adalah aktiviti yang berfaedah. Disamping mengeluarkan peluh, aktiviti ini menyebabkan kita mendapat bekalan oksigen dari tumbuhan hijau yang ditanam. Kita juga dapat berjimat sedikit wang ringgit dan mendapat tumbuhan yang segar dan tanpa racun perosak apabila tanam sendiri sayuran di kawasan rumah. Sekarang kesedaran rakyat Malaysia untuk menanam sayuran dirumah berputik semula. Sayanglah jika rumah yang ada kawasan dibiarkan semak samun sahaja. Bagi yang tiada kawasan atau duduk di apartment. bolehlah menanam tumbuhan hijau di dalam pasu besar dan polibeg.

Sekarang di kawasan rumah sudah ada pokok dan herba untuk kegunaan seharian. Pokok yang dah ada seperti pokok kunyit, daun kari, pokok kesum, daun pandan, pokok serai, pokok limau purut dan pokok lemon. Cuma pokok lemon dan daun kari perlu dibubuh baja dan perhatian yang lebih sebab pertumbuhan dan pembesaran pokok yang ada sekarang begitu perlahan. Sepatutnya daun-daun pokok itu dah gemuk dan mempunyai banyak anak pokok. Pokok kunyit perlu ditanam semula kerana daunnya sudah kuning dan mempunyai isi kunyit. Serai juga perlu ditanam baru kerana hampir pupus dan banyak yang hendak mati.

Tahun lepas banyak juga tumbuhan hijau yang saya cuba tanam disekeliling rumah. Cuma ada yang menjadi dan ada yang mati sebelum berbuah. Pokok bendi dah tanam banyak kali tahun lepas sebagai percubaan. Ada batch yang buahnya besar-besar. melebihi sejengkal sebijik. Tapi ada yang kecik sahaja. Mungkin sebab tidak cukup baja dan salah teknik tanaman. Pokok kacang panjang ungu dan kacang botol lebat berbuiah tahun lepas. Saya tanam tidak mengunakan para sebagai mendium untuk menjalar. Hanya pagar tepi rumah yang menjadi para untuk kacang panjang dan kacang botol menjalar. Alhamdulilah banyak juga hasil yang dapat sehingga tidak habis makan. Banyak hasil kacang panjang dan bendi yang diberikan kepada jiran-jiran dan rakan sekerja.

Ada juga tanaman yang tidak menjadi tahun lepas. Pokok petola dan pokok kangkung tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mungkin teknik tanaman saya yang salah. Pokok petola banyak berdaun dan daunnya gemuk belaka. Tapi apabila mengeluarkan bunga, banyak yang tidak lekat. Bila petola dah jadi buah, buahnya tidak begitu panjang dan ada yang bengkok. Ada petola yang digigit oleh serangga. Kangkung juga tidak menjadi pada tahun lepas. Saya telah mencuba 2 jenis tanaman kankung iaitu melalui biji benih dan keratan batang kankung. Kangkung yang saya tanam tidak begitu subur dan daunnya kuning. Saya perlu buat kajian lebih lanjut untuk tanaman kangkung dan petola.

Tahun ini nak cuba tanam pokok cili besar, terung dan jagung. Benihnya sudah dibeli dan direndam. Target petang ini nak semai biji benih di kawasan rumah. Lepas bercucuk tanam boleh la bersukan pula. Harap tahun ini hasil tanaman menjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan