produk-produk
Isnin, 11 Januari 2016
Kelebihan Menjadi Ahli Koperasi
Assalamualaikum kepada semua yang beragama islam dan selamat bekerja bagi yang makan gaji. Hari ini saya hendak bercerita tentang topik koperasi lagi. Masih ramai dikalangan orang muda yang tidak mendaftar sebagai ahli koperasi. Banyak kelebihan sebenarnya menjadi ahli koperasi yang tidak kita ketahui. Kebanyakkan yang jadi ahli koperasi sekarang adalah golongan yang sudah veteran. Mereka lebih mengetahui kelebihan-kelebihan sebagai ahli koperasi. Sebagai contoh jika kita menjadi ahli kepada 3 koperasi. Jikalau 1 elaun mesyuarat agong RM100. Maka kita akan dapat RM300 jika menghadiri semua mesyuarat agong tersebut. Belum lagi cerita bantuan dermasiswa anak-anak dan bantuan yang lain. Dibawah ini saya tuliskan beberapa kelebihan menjadi ahli koperasi :
Elaun mesyuarat agong dan Mesyuarat perwakilan
Elaun mesyuarat bermaksud elaun yang diterima kerana datang ke mesyuarat agong sesuatu koperasi. Jumlah elaun yang diterima bergantung kepada peruntukan bajet tahunan koperasi itu. Untuk melayakkan kita untuk hadir ke mesyuarat agong, setiap anggota perlu menjelaskan mempunyai modal saham minimum sesuatu koperasi. Sebagai contoh untuk layak menghadiri mesyuarat perwakilan koperasi Bank Persatuan, setiap ahli hendaklah mempunyai minimum modal saham RM500
Pinjaman
Biasanya ahli koperasi di Malaysia menjadi anggota koperasi adalah untuk meminjam. Sebenarnya banyak kelebihan lain menjadi ahli koperasi. Banyak jenis pinjaman yang disediakan koperasi sama seperti bank perdagangan yang lain. Contoh-contoh pinjaman yang ada Pinjaman Kecemasan. Pinjaman Runcit, Pinjaman Qadrul Hassan Dan Pinjaman Murabahah. Kelayakan pinjaman koperasi biasanya mengikut penyata gaji atau modal yuran anggota. Bagi koperasi yang menyediakan perkhidmatan pinjaman, peminjam akan terikat dengan potongan gaji dari pihak Angkasa. Bagi koperasi kredit . biasanya permohonan pinjaman akan dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Contoh koperasi yang menyediakan pinjaman kepada ahli adalah Bank Rakyat, Bank Persatuan, Koperasi Permodalan Felda, Koperasi Tentera dan Koperasi Wawasan.
Dividen tahunan
Dividen tahunan antara penyebab kenapa kita berminat menjadi ahli sesebuah koperasi. Biasanya ahli akan mencari koperasi yang memberi dividen yang tinggi. Kelebihan dividen koperasi adalah tidak dikenakan cukai pendapatan individu . Dividen koperasi juga telah dibayar zakat oleh koperasi itu. Contoh koperasi yang bagi dividen melebihi sepuluh peratus ialah Bank Rakyat, Koperasi Wawasan dan KOSMA. Untuk makluman semua , dividen melebihi sepuluh peratus perlu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Dermasiswa Pendidikan
Dermasiswa adalah salah satu kelebihan menjadi ahli koperasi. Dermasiswa yang boleh dituntut adalah untuk diri sendiri dan anak-anak. Ada koperasi yang boleh menuntut dermasiswa dari peperiksaan Upsr sehingga degree. Jumlah dermasiswa bergantung kepada Undang-undang kecil koperasi dan Aturan-Aturan koperasi. Syarat untuk memohon dermasiswa pendidikan biasanya telah cukup modal saham minimum dan telah menjadi anggota selama setahun. Syarat-syarat lain bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh koperasi itu sendiri.
Khairat kematian
Sumbangan khairat kematian diberikan kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Jumlah sumbangan bergantung kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi. Ada koperasi yang menyediakan pakej caruman insurans sebagai sumbangan khairat kematian.Yang penting anggota atau waris membuat surat permohonan dengan mengemukakan bukti sijil kematian dan permit kubur.
Sumbangan musibah
Sumbangan jenis ini biasanya perlu membuat surat bagi memohon sumbangan. Seterusnya permohonan itu akan dibawa ke mesyuarat Ahli lembaga Pengarah untuk pertimbangan dan kelulusan. Contoh sumbangan musibah ialah kemalangan, kecurian dan penyakit. Jumlah sumbangan mengikut kelulusan mesyuarat ALĶ dan Aturan-Aturan koperasi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
great
BalasPadamsharing is caring
BalasPadamSaya nk tanya anok yg tahfiz 30 juzuk & PT 3 ... boleh tak
BalasPadamApe kelebihan bekerja di koperasi ye?
BalasPadamsy masih mencari ahli koperasi utk ckpkan kuota 50 org,yg pasti di area jb utk mudah buat meeting dan pelantikan ahli.jika berminat blh hubungi kami 0122131913.
BalasPadam