produk-produk

Isnin, 4 Januari 2016

Teknik Mudah Menyimpan RM500 Setahun









Salam tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini  kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Ramai dikalangan kita terutama yang duduk di bandar memang payah hendak menyimpan setiap bulan. Terutama kepada ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan mempunyai pelbagai pinjaman seperti rumah, kereta dan lain-lain.

Bagi yang dah boleh menyimpan 10 peratus dari pendapatan setiap bulan secara konsisten tahniah saya ucapkan. Saya sendiri masih tidak boleh menyimpan 10 peratus dari pendapatan kerana keadaan yang belum mengizinkan. Teknik yang saya nak kongsi ini adalah pilihan kedua kepada yang tidak boleh menyimpan setiap bulan.

Simpan RM1 Setiap Hari

Maknanya kita semua kena simpan hanya seringgit sehari. Terpulanglah nak simpan sebelum pergi kerja atau sebelum nak masuk tidur. Simpanan seringgit sehari tidak lah membebankan bagi saya kerana duit saku sekolah anak pun lebih dari seringgit. Jadi bila dah bagi duit belanja sekolah anak-anak, asingkan terus untuk simpanan harian kita.

Saya sendiri telah mengamalkan teknik ini lebih dari 3 tahun. Yang penting kena menyimpan secara konsisten selama setahun. Di hujung tahun nanti bila anda mengira hasil simpanan RM1 itu. Jumlah terkumpul akan menjadi RM365.00. Kalau kurang nilai dari RM365 menunjukkan ada hari yang kita terlupa untuk menyimpan RM1 sehari.





Simpan RM15 Setiap Kali Dapat Gaji

Dengan cara ini anda akan dapat mencukupkan simpanan RM500 setahun. Teknik ini  hanya digunakan sebulan sekali apabila dapat gaji. Sebab ramai dikalamgan kita merasa berat hati bila perlu menyimpan nilai yang besar setiap bulan.

Yang terbaik bila dapat gaji terus RM15 disimpan kedalam tabung RM1. Ini dapat memupuk budaya menyimpan duit walaupun bermula dengan sedikit. Cara ini macam Pay Yourself First walau RM15 sebulan.

Pada hujung tahun jumlah simpanan terkumpul adalah :

RM 1 X 365 = RM365
RM15X   12 = RM180
JUMLAH        RM545

Untuk mendapatkan jumlah simpanan yang lebih besar kita boleh menambah simpanan harian. Boleh juga menambah simpanan bila dapat gaji. Selamat mencuba kepada yang berminat. Arios amigos



8 ulasan:

  1. "Pay Yourself First" satu kaedah yang menarik =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma berkongsi sedikit ilmu yg allah bagi. terima kasih kerana singgah blog saya

      Padam
  2. Simpan emas pun bagus juga.value semakin naik.simpan 1g sebulan da cukup.tak boleh simpan 1g cuba simpan 0.5g dulu. 0.5g lebih kurang RM100. Setahun dapat simpan 6g. 6g emas = RM1200. Emas susah nak dibelanjakan tapi duit senang sangat cair..:)

    BalasPadam
  3. Simpan emas pun bagus juga.value semakin naik.simpan 1g sebulan da cukup.tak boleh simpan 1g cuba simpan 0.5g dulu. 0.5g lebih kurang RM100. Setahun dapat simpan 6g. 6g emas = RM1200. Emas susah nak dibelanjakan tapi duit senang sangat cair..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emas pun termasuk dalam pelaburan. Yang terbaik diversify your investment.

      Padam
  4. saya pun dah amalkan simpan duit rm1 dan rm5...tapi tangan asyik gatal je nak guna hehe

    BalasPadam
  5. saya pun dah amalkan simpan duit rm1 dan rm5...tapi tangan asyik gatal je nak guna hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bubuh tempat yang berlainan dengan wallet. cuba try simpan sampai hujung tahun pasti tersenyum bila kira jumlahnya

      Padam