produk-produk

Jumaat, 8 Januari 2016

Tawaran IPO Ranhill Holdings Berhad






Salam kepada semua warga Malayshia. Semoga semua dalam keadaan yang terbaik dan tenang dalam menghadapi tahun 2016 yang kian mencabar.

Ranhill Holdings Berhad merupakan tawaran IPO pertama untuk tahun 2016. Tawaran kali ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Tawaran IPO ini  boleh dilanggan  sehingga 29 Januari 2016 pukul 5 petang. Pengundian IPO ini akan dilakukan pada 3 Februari 2016. Semua saham Ranhill pula akan dimasukkan ke akaun CDS masing-masing pada 17 Februari 2016.

Kepada yang berminat dengan IPO Ranhill , boleh memohon dengan menggunakan mesin ATM dan melalui perbankan internet. Yang penting kita mempunyai akaun CDS sebelum memohon IPO Ranhill Holdings. Jika tuan-tuan memohon melalui perkhidmatan  M2U dan mempunyai akaun CDS dengan Maybank Investment anda hanya akan dikenakan cas permohonan RM2 tidak termasuk cas GST. Tetapi sekiranya memohon melalui perkhidmatan Cimbclicks dan akaun CDS Maybank Investment anda akan dikenakan cas perkhidmatan RM2.50 tidak termasuk GST.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon IPO Ranhill, minimum pembelian saham adalah 100 unit. Sekiranya permohonan tidak berjaya, duit akan dikembalikan kedalam akaun simpanan atau semasa pemohon. Biasanya pemulangan duit tidak melebihi seminggu bergantung kepada akaun bank perdagangan pemohon. Mengikut pengalaman saya dan kawan-kawan, Public Bank paling cepat memulangkan duit pemohon sekiranya permohonan tidak berjaya. Jika berkelapangan saya akan menulis cara-cara memohon IPO melalui internet Banking.

IPO Ranhill akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 18 Februari 2016. Harga tawaran permulaan IPO Ranhill Holding adalah RM1.70 dan harga Par RM1.00. Ranhill Holdings menawarkan saham sebanyak 475 juta saham kepada institusi , syarikat-syarikat, pemegang saham Ranhill Holdings yang sedia ada dan rakyat Malaysia.. Hanya 18.83 juta saham yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Syarikat ini berhasrat untuk memberi dividen  kepada pemegang saham selepas penyenaraian ini berjaya. IPO Ranhill pernah berusaha untuk disenaraikan di BSKL pada tahun 2013 tetapi tidak berjaya.

4 ulasan:

  1. Bagus sekali entry ni.pengetahuan baru untuk saya yang tak cerdik tentang investment ni...:)

    BalasPadam
  2. Bagus sekali entry ni.pengetahuan baru untuk saya yang tak cerdik tentang investment ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak jenis pelaburan yang ada. kena buat kajian sebelum melabur cik qiya

      Padam
  3. Apa pendapat anda tentang IPO ranhill ni

    BalasPadam