produk-produk
Khamis, 24 Mac 2016
Dividen ASB2 Tahun 2016
Permodalan Nasional Berhad telah mengistiharkan dividen ASB2 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016. Dividen Amanah Saham Bumiputera2 adalah 7.05 sen perunit bagi tahun 2016. ASB2 akan membuat penangguhan urusniaga dari 23 hingga 31 Mac 2016. Semua pendeposit boleh mengemaskini buku masing-masing pada 1 April 2016.
Peruntukan dividen kepada pendeposit pada tahun ini adalah RM213.07 juta meningkat 131.6 peratus berbanding tahun lalu. Pemberian dividen ini akan memberi manfaat kepada 159 480 pemegang unit. Tahniah kepada yang akan dapat dividen Bank Rakyat dan ASB2. Untuk rujukan dividen ASB2 tahun 2015 adalah 7.5 sen + Bonus 0.25sen
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan