produk-produk
Khamis, 17 Mac 2016
Prestasi Saham Ranhill
Pagi semalam saham Ranhill Holdings Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ranhill Holdings menggunakan kod 5272 KL dan dibawah sektor perkhidmatan. Ranhill telah disenaraikan pada pukul 9 pagi pada harga RM1.10 sen. Harga penyenaraian IPO Ranhill Berhad adalah RM1.70. IPO kedua yang disenaraikan pada tahun ini ditutup pada harga diskaun.
Ranhill menguasai 37.4 peratus penjanaan IPP di Sabah. Syarikat ini beroperasi di Malaysia, Thailand dan China. Sebenarnya Ranhill Holding telah disenaraikan sebelum ini pada 15 Februari 2001. Syarikat telah membeli saham semula pada harga RM0.90 untuk dikeluar senarai pada 14 November 2011.
Dibawah ini rumusan harga saham Chin Hin Group dari tawaran permulaan :-
Harga penawaran IPO RM1.70
Harga tertinggi 16 Mac 2016 RM1.15
Harga terendah 16 Mac 2016 RM1.00
Harga penutup 16 Mac 2016 RM1.01
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan