produk-produk
Selasa, 1 Mac 2016
Prestasi IPO Tahun 2012 Part 2
Hari ini saya menyambung coretan prestasi IPO tahun 2012 Part 2. Ada 8 saham yang saya tuliskan pada kali ini. Dari segi saham Blue Chip ada 2 saham yang disenaraikan pada separuh tahun 2012 iaitu IHH Healthcare dan Astro Malaysia Holdings Berhad. IHH ada mencatatkan kenaikan pada hari penyenaraian dan ASTRO pula turunnya harganya pada hari disenaraikan.
IPO saham ASTRO mendapat liputan yang meluas sebelum disenaraikan. ASTRO juga mempunyai cornerstone yang berminat melanggan awal saham diorang. Astro disenaraikan pada harga RM3.00 dan semasa hari penutup harga jatuh kepada RM2.86. IPO Pasukan Khas Group Berhad telah disenaraikan dengan cemerlang. Harga penyenaraian hanyalah RM0.12. Pada waktu penutup PASUKGB ditutup pada harga RM0.605. Kepada yang menjual pada harga RM0.60 telah pun untung RM0.48 persaham. Tetapi kita tidak boleh meramal secara tepat kaunter mana yang akan pergi jauh untuk IPO ini. Yang penting ada strategi ada exit entry.
1)Nama Saham OCK GROUP
Harga Disenaraikan RM0.36
Harga Penutup Listing RM0.43
Harga Purata 52 MingguRM0.64-RM0.95
Harga Penutup SemalamRM0.70
Komen : OCK Group mencatatkan kenaikan RM0.07 semasa penutup hari disenaraikan di BSKL. Kemudian dalam masa 52 minggu harga telah naik sampai RM0.95. Sekarang turun balik sampai RM0.70. Sesiapa yang masih simpan saham ini masih untung atas kertas hampir 100 peratus tidak termasuk dividen.
2)Nama Saham IHH
Harga Disenaraikan RM2.85
Harga Penutup Listing RM3.15
Harga Purata 52 Minggu RM5.32-RM6.70
Harga Penutup Semalam RM6.52
Komen : IPO IHH antara blue chip yang disenaraikan pada tahun 2012. Syarikat ini terlibat dalam bidang hospitaliti dan mempunyai cawangan hospital di luar negara. Pelabur sudah untung 30sen jika menjual pada hari pertama IHH disenaraikan. Harga purata 52 minggu tertinggi adalah 6.70. ROI untuk IPO IHH melebihi 128% dari harga yang disenaraikan jika masih pegang saham ini.
3)Nama Saham PASUKGB
Harga Disenaraikan RM0.12
Harga Penutup Listing RM0.605
Harga Purata 52 MingguRM0.12-RM0.26
Harga Penutup SemalamRM0.185
Komen : Saham PASUKGB antara IPO yang mendapat pilihan pelabur pada tahun 2012. Ini kerana harga semasa penutup hari pertama adalah RM0.605. kemudian saham ini harga diantaraRM 0.12 ke RM0.26. Harga penutup semasa adalah RM0.185 masih tinggi berbanding harga disenaraikan iaitu RM0.12 sen.
4)Nama Saham DSONIC
Harga Disenaraikan RM2.00
Harga Penutup Listing RM2.12
Harga Purata 52 MingguRM0.995-RM1.71
Harga Penutup SemalamRM1,40
Komen : Saham DSONIC mencatatkan kenaikan pada hari pertama disenaraikan. Kemudian saham ini harganya telah turun menjunam sehingga RM0.995. Harga semasa saham ini adalah RM1.40
5)Nama Saham IGB REIT
Harga Disenaraikan RM1.25
Harga Penutup Listing RM1.37
Harga Purata 52 Minggu RM1.24-RM1.51
Harga Penutup Semalam RM1.49
Komen : IPO IGB REIT mencatat kenaikan 12sen semasa hari pertama disenaraikan. Harga tertinggi dalam 52 minggu adalah RM1.51. Pelabur masih untung jika masih memegang saham IGB ini.
6)Nama Saham ASTRO
Harga Disenaraikan RM3.00
Harga Penutup Listing RM2.86
Harga Purata 52 Minggu RM2.41-RM3.38
Harga Penutup Semalam RM2.65
Komen : IPO ASTRO antara saham yang dapat liputan meluas pada tahun 2012. Pada hari pertama disenaraikan saham ini turun 14 sen persaham. Harga tertinggi dalam 52 minggu adalah RM3.38. Pelabur yang masih menyimpan saham ini kerugian atas kertas RM0.35 per saham.
7)Nama Saham HHH CORP
Harga Disenaraikan RM0.20
Harga Penutup Listing RM0.18
Harga Purata 52 Minggu RM0.07-RM0.165
Harga Penutup Semalam RM0.08
Komen : IPO HHH Corp turun 2 sen semasa hari pertama disenaraikan. Harga tertinggi 52 minggu adalah RM0.165 . Harga semasa adalah RM0.08 masih rendah berbanding harga disenaraikan iaitu RM0.20
8)Nama Saham ELK DESA
Harga Disenaraikan RM1.16
Harga Penutup Listing RM1.25
Harga Purata 52 Minggu RM1.23-RM1.50
Harga Penutup Semalam RM1.27
Komen ; IPO ini naik 9sen semasa hari pertama disenaraikan. Harga tertinggi 52 minggu adalah RM1.50 untuk saham ELK Desa. Pelabur masih untung 11 sen jika masih menyimpan saham ini.
Saya hanya memberi komen berdasarkan pandangan peribadi. Saya bukanlah dealer dan remiser mana-mana investment bank. Saya tidak mencadangkan sebarang buy dan sell untuk mana-mana kaunter saham.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
:)
BalasPadam