produk-produk

Selasa, 29 Mac 2016

Saham JHM Consolidation Berhad


Hasil carian imej untuk jhm consolidation berhad



MITI telah menawarkan tawaran saham khas JHM Consolidation Berhad bermula semalam 28 Mac 2016. Tawaran ini dibuka sehingga 1 April 2016(Jumaat)  sebelum 12.00 tengahari. Penghantaran borang permohonan pula sebelum 5 April 2016 sebelum jam 04.30 petang.   Syarikat ini  telah disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dengan nombor kod 0127 KL.

Syarikat JHM Consolidation Berhad diletakkan dibawah Ace Market. Harga penutup petang tadi adalah RM0.47 perunit.  Syarikat ini mempunyai ISO 9001-2001 dan 14001. JHM Berhad telah mencatatkan kenaikan pendapatan kasar RM49 juta pada tahun 2010 sehingga RM71 juta pada tahun 2014. Setiap tahun syarikat mencatatkan keuntungan bersih kecuali pada tahun 2014.

Saham JHM menawarkan 22.1 juta unit saham kepada pelabur bumiputera di bawah tawaran MITI. Harga par adalah RM0.10 per saham. RHB Investment Bank Berhad merupakan bank penasihat IPO kali ini. Syarikat ini beribu pejabat di Medan Kg Relau, Pulau Pinang. JHM Consolidation menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang merangkumi reka cipta dan pembangunan Micro Eletronic Component.  Para pelabur diminta membuat kajian lebih lanjut sebelum membeli mana-mana IPO yang ditawarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan