produk-produk

Selasa, 15 Mac 2016

Dividen ASM Tahun 2016

logo_asm

Permodalan Nasional Berhad telah mengistiharkan dividen Amanah Saham Malaysia pada hari ini. Agihan pendapatan ASM pada tahun ini adalah 6.3 sen perunit. Dividen tahun ini berkurangan 0.3 sen berbanding dividen ASM pada tahun lepas. Kebanyakkan rakyat Malaysia status Bumiputera mengutamakan pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Bumiputera 2 kerana dividen yang lebih kompetetif dan mempunyai bonus tahunan.

Penangguhan urusniaga Amanah Saham Malaysia bermula 23 hingga 31 Mac 2016. Pencarum ASM boleh mengemaskini buku masing-masing bermula 01 April 2016. Sebagai makluman dana ASM telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2000 lagi iaitu  sejak zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016, ASM telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM1.26 billion. Dividen yang dikreditkan semula kepada pencarum berjumlah RM1.026 billion.

Sejarah Dividen ASM 3 Tahun Terakhir :

2015   6,60%
2014   6.60%
2013   6.50%

Berita penuh http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/media/berita/20160315_AGIHAN-ASM_2016_BM.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan