produk-produk

Rabu, 22 Februari 2017

Giveaway Topup Percuma Cik Candy



Mari sertai giveaway yang dibuat oleh cik candy. Tarikh tutup penyertaan pada 11 March 2017. Hadiah topup RM5 untuk 6 para pemenang.

Selasa, 21 Februari 2017

Birthday Giveaway Nur Imani

Giveaway Birthday Nur Imani

Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh Mak Imani. Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2017. Hadiah giveaway nie ialah set cutlery.


Khamis, 16 Februari 2017

Segmen Review Blog



Mari semua sertai segmen yang dibuat blogger Syahirah. Tarikh tutup penyertaan 12 Mac 2017. All the best to you all. Sekali sekala speaking English.

2017 Masih Belum Terlambat

Hasil carian imej untuk headache




Hari ini dah masuk pertengahan  bulan Februari untuk tahun 2017. Kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM0.20 perliter memang menambah perbelanjaan kepada semua penduduk Malaysia. Jika kita menggunakan kereta yang minyak penuh 40 liter setiap kali isi. Maknanya terpaksa menambah RM8.00 setiap kali mengisi minyak petrol untuk kereta masing-masing. Kenaikan harga minyak juga menyebabkan harga barang mentah dan makanan siap dimasak akan semakin mahal. 2017 juga banyak pengusaha taska dan tadika menaikkan yuran bulanan dengan alasan kenaikan kos pengurusan dan mengikuti bayaran gaji minium pekerja.

Sebelum ini ada pekerja yang cukup dengan membawa RM10 sehari untuk makan pagi dan tengahari. Sekarang kebanyakan dari kita kena ada paling kurang RM15 dalam poket untuk makan sarapan pagi dan makan tengahari. Sama juga berlaku masa beli barang keperluan di pasaraya. Dulu RM250 dah boleh penuh satu troli masa nak buat bayaran di kaunter. Sekarang RM350 baru penuh troli untuk dapat barang keperluan seharian. Jadi yang terbaik sekarang kita kembali kepada perancangan kewangan yang paling basic

1) tambahkan pendapatan
2) kurangkan perbelanjaan

Bab tambah pendapatan memang kena kreatif dan perlu korbankan masa yang terluang. Ada yang buat part time jual burger selepas waktu kerja. Ramai juga yang jadi pak guard waktu malam dan cuti sabtu ahad. Bagi yang bekerja makan gaji waktu inilah yang terbaik untuk mencari kerja di tempat lain yang tawarkan gaji lebih baik. Yang penting buat kajian dahulu tentang syarikat  itu. Sebab sekarang ekonomi Malaysia memang tengah lembab. Harap-harap syarikat yang kita bekerja dan akan bekerja tidak  gulung tikar.

Sekarang trend ramai orang buat perniagaan online di internet. Ada yang buat dropship dan promote produk orang lain di website, facebook dan lain-lain. Bagi yang dah expert memang boleh wat pendapatan pasif dari online seperti review produk, komisen affiliate dan lain-lain.

Kurangkan perbelanjaan memang cara paling basic untuk menampung  kekurangan pendapatan kita. Yang penting kena tahun berapa pendapatan bersih dan perbelanjaan setiap bulan. Perbelanjaan ada yang tetap seperti bayaran bulanan kereta, bayaran pengasuh dan sewa rumah. Bayaran tidak tetap seperti beli keperluan rumah dan bayaran utiliti. Bayaran tidak tetap masih boleh dikurangkan setelah membuat analisa keperluan dan penjimatan.

Sebagai contoh bil eletrik dan astro. Cara penjimatan bil astro ialah dengan mengurangkan pakej yang sedia ada atau bertukar kepada astro Njoi. Dari segi bil eletrik ialah dengan menggunakan barangan eletrik jimat tenaga dan tutup lampu bila tidak digunakan. Bayaran petrol juga boleh dijimatkan jika kita mahu. Pengguna boleh berkongsi kenderaan ke pejabat atau menaiki kenderaan awam seperti monorail dan komputer. Penggunaan motosikal di bandar besar memang dapat menjimatkan penggunaan petrol. Sebagai contoh jika kita mengisi minyak RM50 seminggu. Ini bermakna sebulan RM200 diperlukan untuk mengisi minyak. Jika menaiki moto peruntukan isi minyak tidak melebihi RM50 sebulan.


Isnin, 13 Februari 2017

Pencarian Bloglist Mac 2017 By FWS



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh cik puan farah. Tarikh tutup giveaway nie pada 28 Februari 2017. Good luck untuk semua peserta

Jumaat, 3 Februari 2017

Dividen Tabung Haji Bagi Tahun 2016

Hasil carian imej untuk tabunh haji






Pagi tadi Lembaga Tabung Haji teah umumkan dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Pengumuman ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya. Dividen kali ini adalah 4.25 peratus dengan tambahan hibah 1.5 peratus. Hibah tambahan hanya layak kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Peruntukan dividen kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.88 bilion. Semua pendeposit boleh mengemaskini caruman TH bermula pada isnin hadapan.

Sumber rujukan http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Giveaway Pocket Chia Seed



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh Puan Zaida nie. Tarikh tutup penyertaan pada 14 Februari 2017.  Sapa yang menang giveaway nie akan dapat chia seed yang baik untuk  membekalkan tenaga dan kuatkan sistem ketahanan badan