produk-produk

Isnin, 29 Ogos 2016

Mini Segment Blogwalking Santai



Mari ramai-ramaai join mini segment nie. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2016. Kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 59.

Selasa, 23 Ogos 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #22


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Isnin, 22 Ogos 2016

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh




Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 24 September 2016. Harap dapat menang sebab saya nie memang pengumpl fridge magnet

Khamis, 18 Ogos 2016

Segmen Ucing Mencari Binatang

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/08/segmen-ucing-mencari-binatang.html
Apakah Binatang yang ada dalam video Ucing Frozen.

"tak ada tangan tapi ada kaki,
ada kaki tapi tak pandai berdiri,
makan minum di mulut itu pasti,
nama binatang cari lah sendiri."

Jawapan ada dalam video Ucing Frozen.Cari dan beri jawapan pada komen di bawah.Syarat Segmen Ucing Mencari Binatang adalah mudah:

1) Follow Blog Ucing dan Google+
2) Buat Tajuk Post "Segmen Ucing Mencari Binatang"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda dan Jawapan Sekali di Bawah Komen ini.

Tag Rakan Anda

Isnin, 15 Ogos 2016

Giveaway Tunai RM200 By Elihjapahar



Mari semua join giveaway nie. Tarikh mula penyertaan bermula dari 13 Ogos 2016 sehingga 22 September. Hadiah pertama hingga ke sepuluh akan menerima wang tunai dari penganjur peraduan.
Ada juga hadiah untuk peseta bertuah yang berupa sekotak mineral coffe

Khamis, 11 Ogos 2016

Tahniah Paris St Germain

Hasil carian imej untuk pasukan paris st germain



Tahniah diucapkan kepada pasukan Paris St Germain(PSG) kerana memenangi kejuaraan Piala Juara. Piala ini piala pertama yang dimenangi oleh PSG untuk permulaan musim ini yang dierajui oleh jurulatih baru mereka iaitu Unai Emery. Unai Emery sebelum ini menjadi jurulatih Sevilla di Sepanyol telah memenangi kejuaraan Liga Europa 3 musim berturut-turut. Piala Juara ini telah dimenangi oleh PSG 4 musim berturut-turut.

PSG mengalahkan pasukan Olimpic Lyon dengan jaringan 4-1. Gol-gol untuk pasukan PSG dijaringkan oleh Hatem Ben Arfa, Javier Pastore, Lucas Maura dan Layvin Kurzawa. Gol sagu hati untuk Lyon dijaringkan oleh Corentin Tolisso. Lyon tidak memberi tentangan yang sengit kepada pasukan PSG. Kebanyakan kesebelasan utama PSG adalah pemain yang telah bermain bersama sejak beberapa musim lepas lagi. Keadaan Lyon diburukkan lagi dengan kecederaan pemain utama mereka iaitu Alexandre Lacazette yang dikeluarkan pada separuh masa pertama lagi.

Pada mulanya ramai penganalisis menjangkakan PSG hanya akan menang dengan jaringan yang sedikit. Ini kerana ketiadaan penyerang lagenda mereka iaitu Zlatan Ibrahimovic yang telah berpindah ke Manchester United. Kekosongan itu berjaya diisi dengan baik oleh bekas pemain Nice yang baru dibeli iaitu Hatem Ben Arfa. No 10 Ibrahimovic juga telah diberi kepada perancang utama pasukan iaitu Javier Pastore.

Pengendali sebelum ini Laurent Blanc dipecat kerana tidak berjaya membawa PSG memenangi kejuaraan Piala Eropah. Hanya kejuaraan itu yang belum dimenangi oleh kelab itu sejak diambil alih oleh konsortium dari Timur Tengah. Unai Emery dilantik khas dengan harapan Paris St Germain dapat merangkul kejuaraan Piala Eropah pada musim ini

Prestasi Saham HSS Engineers Berhad


Hasil carian imej untuk hss engineers berhad




Pagi semalam saham HSS Engineers Berhad  telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saham ini dibuka dengan harga premium 8 sen kepada RM0.58. Harga penutup pada pukul 5 petang semalam pada harga RM0.57. Saham ini menggunakan nama HSSEB di bawah kod 0185.

Dibawah ini rumusan harga saham HSS Engineer Berhad  dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO                    RM0.500
Harga pembuka 10 Ogos 2016      RM0.580
Harga tertinggi  10 Ogos 2016      RM0.585
Harga terendah  10 Ogos 2016      RM0.550
Harga penutup   10 Ogos 2016      RM0.570

Rabu, 10 Ogos 2016

Prestasi Suku Kedua Tahun 2016

Hasil carian imej untuk 2016




Sekarang dah masuk bulan 8 2016. Ekonomi Malaysia pun tidak banyak berubah berbanding suku pertama 2016. Harga minyak sawit mentah mencatatkan harga purata RM2300 setan. Diharap harga ini dapat berkekalan sehingga penghujung 2016. Harga minyak sawit mentah pula berada dibawah RM50 setong pada bulan ini. Syukur harga minyak Ron 95 masih kekal. Diharga harga minyak petrol di Malaysia turun ikut harga sebenar pasaran dunia.

Dividen Koperasi Permodalan Felda tahun kewangan berakhir 2015 mengistiharkan dividen 10 peratus. Jika ikut kemampuan sebenar memang KPF tidak mampu memberi dividen 10 peratus. Peruntukan dividen yang diberi termasuk baki tunai yang dibawa kehadapan hasil penjualan felda Holdings kepada FGV. Di Harap pengurusan KPF membuat tindakan sepatutnya kerana sebelum ini KPF adalah lubuk duit kepada peneroka dan ahli keluarga mereka.

Seterusnya tentang dividen Bank Persatuan. Bank Persatuan berasal dari Pulau Pinang. Pada 29 Jun 2016 ramai orang menerima SMS tentang dividen interim dari bank persatuan. Kadar dividen interim tahun 2015 adalah 2 peratus. Alasan bagi dividen interim sebab mesyuarat agong diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Dividen Bank Persatuan tahun lepas adalah 6 %. Dah lama tidak merasa dividen 10% dari Bank Persatuan

Saham Pecca Group merupakan IPO yang disenaraikan pada bulan April 2016. Saham Pecca dijual pada 1.42 seunit. Pada hari penutup harga saham ini mencatat premium RM0.29 persaham. Harga saham pada hari semalam RM1.71.

Saham LKL International pula disenaraikan selepas saham Pecca Group. Hari pertama saham ini ditutup pada RM0.28. Harga semasa saham ini adalah RM0.28. Masih ada keuntungan kepada sesiapa yang membeli penny stock ini semasa dari tawaran MITI lagi.

Saham terakhir pula adalah IPO Salutica Berhad. Saham ini disenaraikan pada hujung Jun 2016. Saham ini disenaraikan pada harga RM0.80. Harga terkini saham ini adalah RM1.12. Keuntungan atas kertas kepada yang masih memegang saham ini melebihi 40 sen persaham.


Selasa, 9 Ogos 2016

Giveaway Birthday By Cik Eyz



Mari semua join giveaway ini. Selamat hari jadi kepada birthday girl Cik Eyz pada bulan nie. Semoga berjaya di dunia dan akhirat

Asia Tenggara Boleh

Sukan Olimpik Rio telah bermula pada hari Jumaat yang lepas. Sukan Olimpik kali ini diadakan dari 05 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016. Sukan Olimpik Rio diadakan selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia 2014 juga yang berlangsung di Brazil. Banyak peristiwa yang menyebabkan Sukan Olimpik di Rio ,Brazil hampir-hampir tidak menjadi kenyataan. Pertamanya virus Zika yang menyerang negara Amerika Latin dan kos penganjuran yang tinggi menyebabkan Sukan Olimpik hampir tidak diadakan di Brazil pada tahun 2016.


Hasil carian imej untuk Hoang Xuan Vinh



Tahniah diucapkan kepada peserta menembak Vietnam yang memenangi emas acara menembak 10 meter pistol. Peserta Vietnam Hoang Xuan Vinh yang berumur 41 tahun adalah berkhidmat sebagai tentera. Emas yang Xuan Vinh  menangi adalah emas pertama Negara Vietnam dalam sejarah Olimpik untuk negara mereka. Beliau telah mengalahkan peserta lebih ternama dari Brazil dan China untuk memenangi emas pertama Vietnam.


Hasil carian imej untuk Sopita tanasan



Thailand juga telah mendapat pingat emas pertama mereka melalui acara angkat berat.Sopita Tanasan telah menang acara 48kg wanita. Sopita sebenarnya berasal dari keluarga peninju tetapi memilih sukan angkat berat sebagai kerjayanya. Tempat kedua acara yang sama juga diungguli oleh rakyat Asia Tenggara. Pingat perak dimenangi oleh peserta dari Indonesia iaitu Sri  Wahyuni Agustani. Wahyuni mendapat tempat kedua dengan angkatan sebarat 192kg berbanding Sopita sebanyak 200kg. Harap atlit Malaysia juga dapat menyumbang sebarang pingat untuk Malaysia untuk kejohanan Olimpik kali ini.

Isnin, 8 Ogos 2016

Segmen Blogger Aktif 2016



Mari semua join segmen ini. Tempoh penyertaan dari 05 Ogos 2016 hingga 15 Ogos 2016. Sekarang pun dah start malas nak update entry baru untuk blog senditi

Khamis, 4 Ogos 2016

Giveaway Birthday By Starlavenderluna



Moh ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup 31 Ogos 2016. Semoga ada rezeki dapat menang kali ini

Rabu, 3 Ogos 2016

10 Koperasi Terbaik Pahang

Hasil carian imej untuk suruhanjaya koperasi malaysia

Setiap tahun Suruhanjaya Koperasi Malaysia memberi pengiktirafan kepada semua koperasi yang berdaftar di Malaysia. Sekarang SKM membuat index 100 koperasi terbaik Malaysia setiap tahun. Pelbagai kriteria di ambil kira oleh pihak SKM untuk menilai sesuatu koperasi sebelum masuk senarai Index 100 koperasi terbaik Malaysia. Antara kriteria yang diambil kira termasuk  jumlah anggota, pendapatan kasar koperasi, nisbah keberhutangan koperasi dan lain-lain lagi.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Pahang juga  membuat senarai 10 koperasi terbaik di Negeri Pahang Darul Makmur. Sehingga kini senarai koperasi yang berdaftar di negeri Pahang adalah 1002 buah koperasi termasuk koperasi sekolah. Dibawah ini senarai 10 koperasi terbaik mengikut pendapatan tahunan koperasi

1) Koperasi Serbausaha Makmur Pahang
    Perniagaan Perladangan, Al-Rahnu dan Hotel
    Pendapatan RM 114 juta

2) Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan  Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Kredit
    Pendapatan RM 52 juta

3) Koperasi Serbaguna Dara Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Perniagaan Runcit
    Pendapatan RM 43 Juta

4) Koperasi Peneroka Felda Chini Satu Pekan Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Kontrak dan Pengangkutan
    Pendapatan RM 23 juta

5) Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak, Pengangkutan dan Pemborongan
    Pendapatan RM 21 juta

6) Koperasi Serbaguna Felda Bukit Goh Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Perkhidmatan
    Pendapatan RM 20 juta

7) Koperasi Pengguna Pahang Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Kredit
    Pendapatan RM 17 juta

8) Koperasi Serbaguna Felda Keratong Dua Rompin Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Pengangkutan
    Pendapatan RM 16 juta

9) Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad
    Perniagaan Stesen Minyak dan Pemborongan
    Pendapatan RM13 juta

10) Koperasi LKPP Pahang Berhad
    Perniagaan Perladangan, Kredit dan Perkhidmatan
    Pendapatan RM 12 juta



Selasa, 2 Ogos 2016

2 Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist



Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tamat pada hari kemerdekaan iaitu 31 Ogos 2016

Hasil carian imej untuk kata-kata hikmah