produk-produk

Rabu, 30 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah



Mari ramai-ramai sertai giveaway ini. Tarikh tutup penyertaan pun lambat lagi iaitu 15 Januari 2017. Hadiahnya sama seperti banner di atas.

Selasa, 29 November 2016

Segmen Bloglist #1 December



Mari semua join segmen ini yang dianjurkan oleh blogger cikla. Tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2016.

Jumaat, 25 November 2016

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy



Mari semua join segmen yang dibuat oleh Puan Shuhaida nie. Untuk blogger yang kurang follower macam saya wajib join segmen nie. Harap dapat 100 follower sebelum Mac 2017

Khamis, 24 November 2016

Mini Giveaway By Penselduabee



Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Disember 2016. Good luck untuk semua pembaca blog tujuhpetak

Isnin, 21 November 2016

Giveaway Azlinda Alin Jam Tangan Lisa Surihani



Mari semua ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pun makin dekat iaitu 25 November 2016. Semua ada blogger yang berjaya dari giveaway nie.

Jumaat, 18 November 2016

Segmen Nak URL Blog #27



Mari semua sertai segmen yang dianjurkan oleh Puan Mia. Tarikh tutup penyertaan pada 21 November 2016. Harap semua berjaya dimasukkan dalam bloglist.

Khamis, 17 November 2016

Giveaway By MashitahMamat



Mari ramai-ramai setai giveaway ini. Hadiah yang ditawarkan agak menarik. Semoga semua berjaya. Tarikh tutup penyertaan 15 Disember 2016

Selasa, 15 November 2016

Giveaway Topup Percuma By Atiqah Najihah



Mari ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada Disember 2016. Hadiah topup akan diberikan kepada para pemenang

Isnin, 14 November 2016

Pencarian Bloglist Sporting December 2016





Mari semua join pencarian bloglist ini. Tarikh tutup segmen 30 November 2016

Rabu, 9 November 2016

Segmen Pencarian Bloglist



Mari ramai-ramai join segmen yang dibuat oleh Puan Murni. Tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2016

Selasa, 8 November 2016

Giveaway Pertama By Syera Rosli



Mari ramai-ramai join giveaway ini. Tarikh tutup penyertaan pada 15 November 2016. Hadiah tunai dan topup menanti para pemenang

p/s para peserta jangan lupa email kepada owner blog iaitu  fqsyahira10802@gmail.com dengan sertakan nama, alamat dan nombor telefon

Isnin, 7 November 2016

Pencarian Bloglist aerillhassan.com November & December



Mari semua ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan 12 November 2016 nie.

Ahad, 6 November 2016

3 Days Header Giveaway By Mellya



Mari semua join giveaway by Mellya. Tarikh tutup penyertaan pada 06 November 2016

Rabu, 2 November 2016

Simpanan Pendidikan Untuk Anak-Anak

Hasil carian imej untuk universiti oxford




Simpanan pendidikan  anak-anak penting dalam kehidupan sekarang. Di harap ibubapa mula menyimpan dari awal semenjak anak kecil lagi. Sebabnya kita kos pendidikan anak-anak di universiti swasta semakin mahal yuran pengajian. Kita seharusnya memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mengikut kemampuan kita. Dulu para pelajar boleh berharap dengan PPTN dan biasiswa MARA dan JPA. Sekarang kerajaan tidak lagu mampu menanggung pendidikan untuk rakyat Malaysia seperti kes pelajar Malaysia yang belajar di Mesir.

Yuran pengajiaan di kolej swasta meningkat dari tahun ke setahun. Ada yang sampai beribu yuran bagi satu semester. Di harap duit simpanan pendidikan ini dapat menolong meringankan beban ibu bapa semasa anak sedang menuntut ilmu di menara gading. Lagipun sekarang PTPTN hanya memberi pinjaman 90% sahaja bermula tahun ini. Tidak lagi 100% seperti sebelum ini. Masalah utama graduan sekarang setelah habis belajar banyak yang dibebani hutang pinjaman pelajaran. Ini terjadi kerana ibu bapa tidak berkemampuan dan tiada perancangan simpanan dari awal.

1)TABUNG HAJI
Tabung Haji adalah salah satu instrument kewangan yang terbaik di Malaysia dengan risiko yang rendah. Dividen tabung haji juga kompetitif berbanding produk pelaburan islamic yang lain. Yang terbaik adalah simpanan tabung haji telah dibayar zakat oleh pihak Tabung haji. Dividen tahun 2015 tabung Haji adalah 5% dan Bonus 3%.

Yang terbaik kita mulakan simpanan anak-anak dari peringkat masih kecil lagi. Kelebihannya adalah simpanan anak-anak akan berganda dengan kuasa compounding interest. Duit tabung anak-anak dan duit raya boleh disimpan ke Tabung Haji untuk masa depan mereka.

2)PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Amanah Saham Bumiputera untuk anak-anak boleh dibuka akaun semenjak umur anak 6 bulan. Had limit pelaburan untuk akaun ASB remaja ialah RM50,000 setiap orang. Setiap penjaga boleh menambah pelaburan ASB melalui potongan gaji , penambahan melalui online iaitu Cimb Clicks dan M2U dan. Penambahan secara tunai dan cek boleh dibuat dikaunter pejabat pos, kaunter ASNB dan bank-bank komersial yang terpilih. Dari segi dividen ASB masih lagi relevan kerana telah beroperasi dari tahun 1990 sehingga sekarang.

Jika ASB dah penuh, ibu bapa boleh bukak akaun ASB2 atau ASD pulak. Yang penting kena konsisten menyimpan walaupun sedikit. Lagipun sekarang kos pendidikan anak semakin meningkat. Bangsa kita tidak boleh mengharapkan pinjaman PPTPN sahaja.

3)SSPN-I
Skim Simpanan  Pendidikan  Nasional diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. SSPN-I menggunakan instrumen simpanan berdasarkan konsep syariah Wakalah Bir Istihmar. SSPN ini hanya boleh dibuka akaun simpanan serendah RM20.00  Bagi ibu bapa yang mencarum SSPN layan memohon pelepasan cukai sebanyak RM6000 setahun. Penyimpan SSPN juga layak mendapat geran yang sepadan bernilai RM10000 bagi keluarga yang layak mengikut terma dan syarat.

4)INSURANS INVESTMENT LINK
Pilihan lain untuk simpanan anak-anak ialah insurans investment link. Insurans jenis ini mempunyai kelebihan kerana selain mendapat perlindungan insurans , penama akan mempunyai  dari polisi tersebut. Dari serendah RM100 anak-anak kita akan mempunyai perlindungan dan simpanan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi syarikat insurans yang berkenaan. Ada juga polisi insurans jenis ini yang akan menanggung penama tersebut sekiranya berlaku kematian dan kecatatan kekal kepada pembayar polisi tersebut.

5)MEMBELI RUMAH
Simpanan jenis ini digalakkan untuk ibubapa yang mempunyai kewangan yang kukuh dan cash flow yang positif. Cara ini telah lama diamalkan oleh bangsa Eropah dan Cina sejak dulu lagi. Lagipun mereka tidak bergantung dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan universiti awam yang dibiayai kerajaan.

Caranya ialah denganmembeli  satu rumah untuk satu anak. Kebanyakkan dari mereka purata anak dalam 3 orang. Maka 3 bijik rumah dibeli untuk tujuan pendidikan anak-anak. Disamping itu mereka mendapat hasil sewa selagi belum menjual rumah itu.  Jadi bila sampai masa anak untuk sambung belajar universiti luar negara . Mereka akan jual rumah itu untuk membiayai kos pendidikan anak mereka. Ibu bapa yang berkemampuan mahu pendidikan yang terbaik untuk masa depan anak-anak. Cara ini memerlukan modal untuk deposit rumah, lawyer dan lain-lain. Apepun jika ingin buat cara seperti ini sila tengok kemampuan masing-masing.