produk-produk

Isnin, 25 April 2016

Giveaway Mei By Ann

Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai

                   Follow blog sponsor
                   1) Ann 
                   2)CikNurul , 
                   3)MissBanu , 
                   4)AmirahAzman , 
                   5)UmieYana , 
                   6)#JMbelog ,  
                   8)Farrah


Ahad, 24 April 2016

Segmen 12 Jam Bloglist # 20 Mialiana.Com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jumaat, 22 April 2016

1st Giveaway By CikNurul

 http://ciknurul23.blogspot.my/2016/04/1st-mini-giveaway-by-ciknurul.html

Mari kita join giveaway cik nurul. Tarikh tutup penyertaan 30 April 2016. Jangan lupa join sebab kurang 35 orang giveaway ini terbatal.

Rabu, 20 April 2016

Giveaway April By Mezquitalifestyle

 http://www.mezquitalifestyle.com/2016/04/giveaway-bulan-april-by.html

Syarat Penyertaan pun mudah. Tarikh tutup 21 April 2016. Hadiah pun menarik. Senarai blogger yang kena follow :

Prestasi Saham Pecca

Hasil carian imej untuk pecca group



Pagi tadi saham Pecca Group  Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.    IPO ini menggunakan kod 5271 KL . Pecca  adalah IPO yang keempat disenaraikan pada tahun ini selepas saham Bison. Pecca Group telah disenaraikan pada pukul 9 pagi pada harga premium iaitu  RM1.71 sen. Maybank Research telah menetapkan Target Price untuk saham Pecca Group ialah RM 1.90

Dibawah ini rumusan harga saham Bison Berhad  dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO                 RM1.42
Harga pembuka 19 April 2016    RM1.71
Harga tertinggi  19 April 2016    RM1.74
Harga terendah  19 April 2016    RM1.65
Harga penutup  19  April 2016    RM1.71

Selasa, 19 April 2016

Sabar Dan Terus Berusaha


Hasil carian imej untuk jalan berliku


Hari nie dah  genap 4 bulan setelah tersedar dari lamunan panjang. Sebenarnya blog ini telah dibuat pada bulan Februari 2014. Setelah posting terakhir pada bulan Julai 2014, blog nie telah bersawang lebih setahun setengah tanpa update dan  posting terbaru. Memang niat  hendak kemaskini dan membuat catatan terbaru. Komitmen kerja hakiki  dan tiada idea baru  menyebabkan blog ini menjadi bersawang.

Bulan Disember 2015 tiba-tiba semangat nak berblogger telah datang semula. Mula-mula saya banyak membaca blog orang lain untuk mendapatkan feeling semula untuk menulis. Saya banyak membaca penulisan blogger saudara Hasrul Hassan, Ben Ashaari dan lain-lain blogger. Pageview mereka sehari menjangkau ribuan pelawat berbanding blog saya yang tidak seberapa. Blogger Hasrul Hassan merupakan blogger sepenuh masa dan mempunyai ramai pengikut dan pageview beribu pelawat dalam sehari.

Blog tujuhpetak dikemaskini tanpa follower dan pageview yang sedikit. Saya cuba mengemaskini blog dan kerap membuat catatan baru pada tahun 2016. Alhamdulillah sekarang blog tujuh petak ada 38 follower dan 6000 lebih pageview. Saya sendiri belum pernah menang mana-mana giveaway dan menjana income dari blog seperti Nuffnag dan mana-mana affiliate.

Azam tahun 2016 adalah untuk mendapatkan 50 follower dan 10000 pageview. Perjalanan untuk menjadi blogger yang bagus masih jauh lagi. Saya sendiri masih mencari penulisan yang berkesan dan teknik SEO yang bagus. Sebarang teguran dan kritikan dari blogger-blogger lain amat dihargai. Diharap blog ini akan menjadi semakin bermutu dan bertahan lama.

Isnin, 18 April 2016

Prestasi Pelaburan Suku Pertama 2016


Hasil carian imej untuk 2016



Sekejap saja masa berlalu meninggalkan kita. Bulan 4 pun dah menginjak ke tarikh 11 haribulan. Bagi pelabur dan penyimpan boleh menilai prestasi suku tahun pertama 2016. Macam fund manager mereka akan melihat prestasi setiap suku tahun untuk menilai pelaburan mengikut seperti yang dirancangkan atau tukar strategi baru. Kita sebagai pelabur runcit pun boleh buat macam itu juga jika mahu.

Tahun 2016 memang tahun mencabar untuk pelabur dan penyimpan macam kita semua. Penurunan harga minyak mentah, serangan oleh pihak ISIS di sesetengah negara dan pengenalan cukai perkhidmatan dan barangan menyumbang kepada penurunan dividen banyak syarikat. Strategi terbaik waktu mencabar macam sekarang ialah banyakkan menyimpan dan kurangkan perbelanjaan jika boleh.

Dividen ASB tahun kewangan berakhir 2015 mencatatkan penurunan berbanding 2015. Ini banyak disebabkan pelaburan ASB dalam syarikat di BSKL dan luar negara kurang pendapatan banding tahun 2015. Dividen 2015 turun 0.25 sen berbanding tahun sebelumnya.  Harap dividen ASB naik semula tahun depan kerana ramai pelaburan bumiputera yang melabur di Amanah Saham Bumiputera.

Pelaburan kedua yang ingin saya bicarakan ialah tentang Tabung Haji. Tabung Haji ditubuhkan untuk pendeposit menyimpan duit untuk menunaikan haji. Dengan kebijaksanaan pengurusan Tabung Haji, simpanan yang disimpan dapat menjana dividen selain dapat pergi menunaikkan haji. Simpanan Tabung Haji menjadi pilihan orang islam kerana dividen yang kompetetif dan dividennya telah dibayar zakat. Dividen tahun ini berkurangan 1.25 sen berbanding dividen tahun lepas. Bonus Tabung haji pula meningkat kepada 3 sen per unit.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan antara dana caruman pekerja yang terbesar di Asia dan Dunia. Untuk tahun 2016 pencarum boleh memilih caruman 8% berbanding 11 peratus sebelum ini. KWSP wajib dicarum untuk pekerja sektor swasta yang masih bekerja. Prestasi dividen KWSP menurun kepada 6.4 % berbanding tahun lepas.

Bank Rakyat juga telah mengumumkan dividen pada bulan Mac yang lepas. Dividen kali ini  mengalami penurunan seperti Amanah Saham Bumiputera dan Tabung Haji. Dividen kali ini adalah 13 peratus rendah 2 peratus berbanding tahun lepas. Penurunan dividen mungkin disebabkan kerajaan telah mengetatkan syarat pinjaman kepada 10 tahun dan pengiraan DSR yang semakin ketat. Ini sedikit sebanyak menyebabkan pendapatan Bank Rakyat berkurangan.

Saham Chin Hin Group merupakan IPO yang pertama disenaraikan pada tahun 2016. Saham Chin Hin diniagakan dengan harga premium RM0.825. Harga penyenaraian saham ini adalah RM0.65. Harga tinggi untuk saham Chin Hin adalah RM0.895. Harga penutup semalam adalah RM0.87. Permulaan yang baik untuk IPO tahun 2016,

Saham Ranhill Holdings pula IPO yang kedua telah disenaraikan selepas saham Chin Group. Saham Ranhill telah disenaraikan semula setelah dinyahsenaraikan sebelum ini. Penyenaraian kali ini juga mengambil masa yang panjang bagi memenuhi syarat yang ditetapkan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Bank Negara. Saham ini diniagakan dengan harga diskaun RM0.10 semasa hari pertama disenaraikan. Harga penutup semalam adalah RM1.12

Saham Bison IPO terkini yang telah disenaraikan di BSKL. Saham ini bermula dengan harga premium 5 sen. Kemudian naik sehingga RM1.22. Cuma sebelum penutup waktu petang harganya telah ditutup pada RM1.08. Harga penutup semalam RM1.27

Giveaway Novel By Khaty R'Bain Dan Cik Akak

http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut
GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Mari ramai-ramai join giveaway nie. Sila patuhi syarat di tetapkan pihak penaja hihihi.

Ahad, 17 April 2016

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

 http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/04/giveaway-special-april-syamimi-bersama.html

Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan 30 April 2016. Banyak hadiah yang diberikan untuk giveaway nie dan banyak yang sponsor hadiah.

Selasa, 12 April 2016

Segmen Jom Tambah Followers


5 Cara Untuk Tambah Followers

1) Rajin buat contest dan giveaway

2) Selalu komen di blog orang lain

3) Kerap update blog sendiri

4) Buat entry yang bermutu dan berbeza dari blog lain

5) Follow blog blogger lain

Mari ramai-ramai kita join segmen ini. Tarikh tutup 15 April 2016

Isnin, 11 April 2016

Segmen Jom Singgah #JMBelog




Jom join segmen by dibuat oleh bro JM. Tarikh tutup penyertaan 30 April 2016.  Harap dapat tambah kenalan dan follower baru nanti.

Khamis, 7 April 2016

Bajet Bulanan Dan Bajet Tahunan



















Pasti ramai yang biasa dengar tentang bajet dalam kehidupan seharian. Bajet sebenarnya amat penting untuk mengawal perbelanjaan kita hari-hari. Bajet yang akan menentukan baki hujung bulan masih positif atau negatif. Ada orang yang mencatat perbelanjaan dalam buku 555, dalam excel di komputer dan menggunakan perisian pintar yang boleh dimuat turun di Play store. Saya sendiri telah menggunakan perisian CWMoney  sejak tahun  2014 untuk mencatat duit keluar dan masuk. Banyak lagi perisian bajet bulanan yang terdapat dalam Play Store yang berguna untuk mencatat duit keluar duit dan masuk.

Sebelum ini saya mencatat duit masuk dan keluar dalam Microsoft Excel sejak tahun 2009. Tapi saya sendiri selalu lupa nak kemaskini sebab sibuk dan malas. Sekarang perbelanjaan dicatat ke Smart Phone sebab selalu dibawa ke dalam poket hihihihi. Cuma kelebihan excel kita boleh tambah dan ubahsuai maklumat baru yang hendak dikemaskini di dalam bajet bulanan. Yang penting kena rajin kemaskini dan simpan resit perbelanjaan bila lupa nak masukkan dalam excel. Bajet tahunan kita boleh buat sendiri dalam Microsoft Excel. Kelebihannya kita semua dapat merancang dan mengawal aliran duit keluar dan masuk untuk jangka masa setahun.

Perkara asas tentang bajet ialah pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan tolak perbelanjaan hasilnya baki positif atau negatif. Korang boleh mencatat semua pendapatan aktif dan pasif di ruangan pendapatan, Contoh pendapatan pasif adalah sewa rumah, dividen, royalti dan lain-lain. Untuk bajet tahunan boleh kemaskini  ruangan gaji bila dapat kenaikan gaji atau bonus syarikat.

Ruangan perbelanjaan banyak  perkara yang boleh kita catat. Terpulang kepada masing-masing untuk mencatat secara general ataupun mencatat dalam kategori perbelanjaan. Saya membahagikan perbelanjaan bulanan dan tahunan kepada kategori  Simpanan, Pinjaman, Utiliti, Harian dan Anak-Anak. Kelebihan mengasingkan mengikut kategori kita akan dapat mengetahui berapa peratus dari gaji digunakan untuk membayar pinjaman dan utiliti sebagai contoh.

Perkara penting dalam perbelanjaan adalah simpanan untuk diri sendiri setiap bulan. Kategori simpanan juga dianggap sebagai salah satu kategori perbelanjaan. Jumlah simpanan bergantung kepada kemampuan dan perancangan masing-masing. Mengikut pendapat pakar kewangan simpanan yang terbaik adalah 10 % hingga 30% dari pendapatan. Kepada yang ada masalah ketirisan wang hujung bulan, bajet bulanan adalah salah satu cara penyelesaiannya.

Bajet dapat membantu kita mengetahui perbelanjaan seharian secara lebih terperinci. Jika setiap hujung bulan baki bajet negatif, kita harus menambah pendapatan ataupun mengurangkan perbelanjaan. Banyak cara untuk mengurangkan perbelanjaan supaya baki hujung bulan positif. Kita semua boleh berhenti merokok jika merokok, mengurangkan bil letrik dan astro, mengurangkan makan di luar dan membawa bekal ke tempat kerja. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.




Rabu, 6 April 2016

Saham Pestech 2012-2016


















Saham Pestech International telah disenaraikan pada tahun 2012. Kaunter ini ditutup dengan harga diskaun pada hari pertama disenaraikan. Pada penghujung tahun 2013 harga saham Pestech telah naik 300 peratus melebihi harga penyenaraian. Pelabur jangka panjang menggunakan teknik value investing untuk saham ini.. Teknik ini  telah diguna pakai oleh pelabur saham terkemuka dunia iaitu Warren Buffet. Pada tahun 2015 saham Pestech International telah naik sehingga RM6.80.

Sedikit maklumat mengenai syarikat ini. Syarikat Pestech telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pestech telah menyiapkan projek Sakura Ferroalloys Projects , Mapai Substations dan Murum Station di Sarawak. Projek dalam perlaksanaan syarikat ini adalah di Kulim Hi-Tech Park dan West Phnom Penh Substation Extention. Bagi rekod suku tahun bagi  kewangan berakhir  31 Disember 2015, Pestech telah mencatatkan keuntungan kasar RM146 juta. Keuntungan bersih selepas cukai adalah RM25.6 juta.Berikut adalah maklumat mengenaik saham Pestech dari 2012 sehingga kini


Nama Saham               PESTECH
Harga Disenaraikan        RM1.00
Harga Penutup Listing    RM0.83
Harga Penutup 2012       RM1.07
Harga Penutup 2013       RM3.00
Harga Penutup 2014       RM3.50
Harga Penutup 2015       RM6.86
Harga Purata 52 MingguRM4.74-RM7.08
Harga Penutup SemalamRM6,80


Selasa, 5 April 2016

1st Giveaway By Semanis Anggur

Assalamualaikum….

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN....

Isnin, 4 April 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa



Jom join giveaway by Niesa. Harap dapat menang shawl tue nanti. Tarikh tutup giveaway 30 April 2016. Good luck untuk semua.