produk-produk

Selasa, 19 April 2016

Sabar Dan Terus Berusaha


Hasil carian imej untuk jalan berliku


Hari nie dah  genap 4 bulan setelah tersedar dari lamunan panjang. Sebenarnya blog ini telah dibuat pada bulan Februari 2014. Setelah posting terakhir pada bulan Julai 2014, blog nie telah bersawang lebih setahun setengah tanpa update dan  posting terbaru. Memang niat  hendak kemaskini dan membuat catatan terbaru. Komitmen kerja hakiki  dan tiada idea baru  menyebabkan blog ini menjadi bersawang.

Bulan Disember 2015 tiba-tiba semangat nak berblogger telah datang semula. Mula-mula saya banyak membaca blog orang lain untuk mendapatkan feeling semula untuk menulis. Saya banyak membaca penulisan blogger saudara Hasrul Hassan, Ben Ashaari dan lain-lain blogger. Pageview mereka sehari menjangkau ribuan pelawat berbanding blog saya yang tidak seberapa. Blogger Hasrul Hassan merupakan blogger sepenuh masa dan mempunyai ramai pengikut dan pageview beribu pelawat dalam sehari.

Blog tujuhpetak dikemaskini tanpa follower dan pageview yang sedikit. Saya cuba mengemaskini blog dan kerap membuat catatan baru pada tahun 2016. Alhamdulillah sekarang blog tujuh petak ada 38 follower dan 6000 lebih pageview. Saya sendiri belum pernah menang mana-mana giveaway dan menjana income dari blog seperti Nuffnag dan mana-mana affiliate.

Azam tahun 2016 adalah untuk mendapatkan 50 follower dan 10000 pageview. Perjalanan untuk menjadi blogger yang bagus masih jauh lagi. Saya sendiri masih mencari penulisan yang berkesan dan teknik SEO yang bagus. Sebarang teguran dan kritikan dari blogger-blogger lain amat dihargai. Diharap blog ini akan menjadi semakin bermutu dan bertahan lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan