produk-produk

Isnin, 28 Disember 2015

Dividen ASN Tahun 2015










Amanah Saham Nasional Berhad telah membuat pengumuman dividen ASN untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pengumuman tahun nie lambat berbanding tahun sebelum-sebelum ini. Dividen ASN bagi tahun 2015 adalah 6.10 sen perunit.

Dibawah ini rekod dividen ASN bagi 3 tahun terakhir

Tahun    Dividen
2014        6.45
2013        6.45
2012        6.30

Kebanyakan rakyat malaysia tengah menunggu pengumuman ASNB berkaitan dividen ASB pulak. Rasanya dividen ASB pun menurun tahun ini kalau ikut trend dividen-dividen produk ASNB yang lain . Doa jela tahun ini ASNB nak gunakan peruntukan bawa kehadapan sebelum ini untuk kekalkan dividen ASB sama  seperti tahun lepas.

Berita sepenuhnya http://www.bharian.com.my

Teknik Pinjaman Untuk ASB2








Kouta ASB2 masih belum penuh sehingga sekarang. Produk ASB2 adalah produk terbaru Permodalan Nasional Berhad khas untuk kaum bumiputera. Dividen bagi tahun kewangan 2014 adalah 7.25 peratus dan bonus 0.25 %.

Setakat ini hanya maybank yang menawarkan pinjaman islamic untuk produk  asb2 nie.  Had tempoh maksimum  pinjaman ASB2 adalah 30 tahun. Had umur pula sehingga 65 tahun. Tawaran ini sehingga 31 Disember 2015.

Kadar pinjaman ASB2 untuk maybank islamic terbahagi kepada dua :
bawah RM 30,000( kadar pinjaman 5.5 peratus untuk 3 tahun pertama )
atas RM 30,000 ( kadar pinjaman 5.2 peratus )

Sekarang mari kita kira pinjaman ASB2 ini menguntungkan atau tidak






Contoh Pertama
Pinjaman RM200,000
Tempoh 30 Tahun : Ansurans  Sebulan   RM   1,099
                                 Ansurans  Setahun    RM13,188

Dividen RM200,000 X 7.25%                   RM14,500
Bonus    RM200,000 X 0.25% X 12/120 RM       50
JUMLAH BESAR                                       RM14,550
(-) Bayaran Setahun                                   RM13,188  
UNTUNG                                                     RM 1,362    

*Pengiraan Dividen Berdasarkan Dividen ASB2 tahun 2014
** Pengiraan Tidak Termasuk Insurans Pinjaman ASB2

Contoh Kedua
Pinjaman RM200,000
Tempoh 29 Tahun : Ansurans  Sebulan   RM  1,115
                                 Ansurans  Setahun   RM13,380

Dividen RM200,000 X 7.25%                    RM14,500
Bonus    RM200,000 X 0.25% X 12/120  RM       50
JUMLAH BESAR                                        RM14,550
(-) Bayaran Setahun                                    RM13,380  
UNTUNG                                                      RM 1,170    

*Pengiraan Dividen Berdasarkan Dividen ASB2 tahun 2014
 ** Pengiraan Tidak Termasuk Insurans Pinjaman ASB2

Contoh Ketiga
Pinjaman RM200,000
Tempoh 28 Tahun : Ansurans  Sebulan  RM  1,132
                                 Ansurans  Setahun  RM13,584

Dividen RM200,000 X 7.25%                    RM14,500
Bonus    RM200,000 X 0.25% X 12/120   RM       50
JUMLAH BESAR                                        RM14,550
(-) Bayaran Setahun                                     RM13,584  
UNTUNG                                                      RM     966    

*Pengiraan Dividen Berdasarkan Dividen ASB2 tahun 2014
 ** Pengiraan Tidak Termasuk Insurans Pinjaman ASB2

Contoh Keempat
Pinjaman RM200,000
Tempoh 27 Tahun : Ansurans  Sebulan   RM  1,150
                                 Ansurans  Setahun   RM13,800

Dividen RM200,000 X 7.25%                    RM14,500
Bonus    RM200,000 X 0.25% X 12/120   RM       50
JUMLAH BESAR                                        RM14,550
(-) Bayaran Setahun                                    RM13,800  
UNTUNG                                                      RM     750  

*Pengiraan Dividen Berdasarkan Dividen ASB2 tahun 2014
 ** Pengiraan Tidak Termasuk Insurans Pinjaman ASB2

Contoh Kelima
Pinjaman RM200,000
Tempoh 26 Tahun : Ansurans  Sebulan   RM  1,171
                                 Ansurans  Setahun   RM13,800

Dividen RM200,000 X 7.25%                       RM14,500
Bonus    RM200,000 X 0.25% X 12/120      RM       50
JUMLAH BESAR                                           RM14,550
(-) Bayaran Setahun                                        RM14,052  
UNTUNG                                                         RM     498    

*Pengiraan Dividen Berdasarkan Dividen ASB2 tahun 2014
 ** Pengiraan Tidak Termasuk Insurans Pinjaman ASB2

RUMUSAN
Dengan Pinjaman RM200,000
Tempoh 30 Tahun Untung RM1,362
Tempoh 29 Tahun Untung RM1,170
Tempoh 28 Tahun Untung RM   966
Tempoh 27 Tahun Untung RM   750
Tempoh 26 Tahun Untung RM   498
 
 
 

Isnin, 21 Disember 2015

Senarai 5 Dividen Koperasi Melebihi 10% Setahun








1)Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
-KOSMA telah ditubuhkan pada tahun  1967.
-Ibupejabat KOSMA di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
-Kadar dividen yang dibayar pada tahun 2015  adalah 30 peratus.
-Aktiviti perniagaan KOSMA adalah perladangan kelapa sawit, perhotelan dan pajak gadai al-rahnu.

Catatan : Koperasi KOSMA tidak membuka keahlian baru buat masa sekarang. Hanya sistem pewarisan anggota yang diberikan kepada anggota sedia ada.


2)Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
-Bank Rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1954. 
-Ibupejabat Bank Rakyat di Jalan Travers, Kuala Lumpur.
-Kadar dividen yang dibayar pada tahun 2015  adalah 15 peratus.
-Aktiviti perniagaan koperasi ini adalah perbankan islamic dan pajak gadai al-rahnu.

Catatan: Bank Rakyat tidak membuka penambahan modal saham  kepada anggota lama dan baru buat masa sekarang. Sebelum ini Bank Rakyat telah menawarkan penambahan modal saham RM500 kepada anggota baru dan sedia ada. 



3)Koperasi Wawasan
-Koperasi Wawasan telah ditubuhkan pada tahun 1998. 
-Ibupejabat KOWAMAS di Petaling Jaya , Selangor.
-Kadar dividen yang dibayar pada tahun 2015  adalah 15 peratus.
-Aktiviti perniagaan koperasi ini adalah kredit.

Catatan: KOWAMAS masih membuka keanggotaan kepada orang ramai. Sejak rebranding pada tahun 2007 KOWAMAS telah menjadi koperasi yang berdaya saing dalam perniagaan. Biasanya koperasi ini membuka keahlian dari Januari sehingga Jun setiap tahun.



4)Koperasi Permodalan Felda Berhad
-KPF telah ditubuhkan pada tahun 1980. 
-Ibupejabat KPF adalah di Jalan Maktab, Kuala Lumpur .
-Kadar dividen yang dibayar pada tahun 2015  adalah 10 peratus.
-Aktiviti perniagaan KPF adalah pelaburan dan pemborongan

Catatan : Koperasi KPF hanya membuka keanggotaan kepada warga felda dan kakitangan felda. Jumlah maksimum pelaburan bagi satu keluarga ialah 250 ribu. Difahamkan kouta 2,5 billion modal syer bagi KPF juga telah habis dilanggan oleh ahli KPF.


5)Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
-Koperasi Tentera telah ditubuhkan pada tahun 1960. 
-Ibupejabat koperasi ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. 
-Kadar dividen yang dibayar pada tahun 2015  adalah 10 peratus.
-Aktiviti perniagaan koperasi ini adalah kredit dan pajak gadai al-rahnu.

Catatan: Koperasi tentera hanya membuka keanggotaan kepada warga kerja angkatan tentera. Koperasi telah membuka cawangan baru di Temerloh dan Labuan pada tahun ini.

Ahad, 20 Disember 2015

Senarai Perpindahan Liga Super 2016







Ini kali pertama menulis tentang tajuk sukan dalam blog ini. Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada Pasukan Selangor yang menjuarai Piala Malaysia. Akhirnya tercapai juga impian Selangor untuk mencapai target " Misi 33 "

Berikut senarai terkini pemain yang telah berhijrah ke pasukan baru mengikut negeri

1)Terengganu
Pemain Masuk
Amirizwan Taj Tajuddin(KELANTAN)
Joseph Kalang Tie(SARAWAK)
Yong Kuong Young(PULAU PINANG)

Pemain Keluar
Abdul Manaf Mamat(KELANTAN)


2)Johor Darul Takzim(JDT)
Pemain Masuk
Mohd Azniee Taib(PULAU PINANG)
Azamuddin Akil(PAHANG)
Samuel Someville


3)Kelantan
Pemain Masuk
Abdul Manaf Mamat(TERENGGANU)
Mohd Faris Shah Mohd Rosli(HMA)
Mohd Ramadan Ab Hamid(HMA)
Faizal Abu Bakar(KEDAH)

Pemain Keluar
Gilmar Da SIlva(SARAWAK)
Mohd Fitri Omar(PENANG)


4)Selangor
Pemain Masuk
Razman Roslan(PAHANG)
Hafiz Kamal(PAHANG)
R.Gopinathan(PAHANG)
Khairul Azhan(PAHANG)


5)Pahang
Pemain Keluar
Azamuddin Akil(JDT)
Razman Roslan(SELANGOR)
Hafiz Kamal(SELANGOR)
R.Gopinathan(SELANGOR)
Khairul Azhan(SELANGOR)


6)Sarawak
Pemain Masuk
K.Gurusamy(SELANGOR)
Mohd Shahril Sha'ari(T-TEAM)
Gilmar Da SIlva(KELANTAN)
Ndumba Mekeche(FELDA UNITED)
Syahrul Azwari(HMA)

Pemain Keluar
Joseph Kalang Tie(TERENGGANU)


7)Pulau Pinang
Pemain Masuk
Mohd Fitri Omar(KELANTAN)
Kumaahran Sathasivam(HMA)
Faizat Ghazli(HMA)
Nursalam Zainal Abidin(UITM FC)
Fauzan Dzulkifli(FELDA)
Mohd Firdaus Mohamad(KEDAH)

Pemain Keluar
Mohd Azniee Taib(JDT)
Yong Kuong Young(TERENGGANU)


8)Kedah
Pemain Masuk
Azmeer Yusof(ATM)
Ariff Farhan Mat Isa(HMA)
Amirul Hisyam(HMA)

Pemain Keluar
Faizal Abu Bakar(KEDAH)
Mohd Firdaus Mohamad(KELANTAN)





Jumaat, 18 Disember 2015

Tarikh Bayar Dividen Tahun 2015 Mengikut Bulan Masihi






Amanah Saham Bumiputera(ASB)
ASB telah diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad dari tahun 1990 lagi. Dividen tahun ini dibayar pada Januari 2015. Kadar pulangan ASB  adalah 7.5 peratus dan bonus 1 peratus

Tabung Haji
Tabung Haji telah ditubuhkan oleh Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji  tahun 1962 lagi. Dividen tahun ini dibayar pada Februari 2015. Kadar pulangan Tabung Haji  adalah 6.25 peratus dan bonus 2 peratus

Koperasi Bank Rakyat
Bank Rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1954. Dividen tahun ini dibayar pada Mac 2015. Kadar pulangan Bank Rakyat  adalah 15 peratus.

Amanah Saham Bumiputera2(ASB2)
ASB2 telah diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad dari tahun 2014 lagi. Dividen tahun ini dibayar pada April 2015. Kadar pulangan ASB  adalah 7.75 peratus.

Amanah Saham Didik(ASD)
ASD telah diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad semenjak  tahun 2001 . Dividen tahun ini dibayar pada Julai 2015. Kadar pulangan ASB  adalah 6.6 peratus.

Koperasi Permodalan Felda Berhad
Koperasi Permodalan Felda telah ditubuhkan pada tahun 1980. Dividen tahun ini dibayar pada Julai 2015. Kadar pulangan KPF  adalah 10 peratus.

Koperasi Bank Persatuan
Bank Persatuan telah ditubuhkan semenjak tahun 1950. Dividen tahun ini dibayar pada Julai 2015. Kadar pulangan koperasi adalah  6 peratus.

Amanah Saham Wawasan (ASW)
ASW telah diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad dari tahun 1996 lagi. Dividen tahun ini dibayar pada September 2015. Kadar pulangan ASB  adalah 6.4 peratus.

Amanah Saham 1Malaysia(AS1M)
AS1M telah diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad dari tahun 2009 lagi. Dividen tahun ini dibayar pada Oktober 2015. Kadar pulangan ASB  adalah 6.4 peratus.

Jika kita semua hendak mendapat dividen setiap suku tahun hendaklah mempunyai simpanan di ASB, ASB2, KPF dan AS1M kerana :-

ASB  bayar dividen pada Januari
ASB2 bayar dividen pada April
KPF  bayar dividen pada Julai
AS1M bayar dividen pada Oktober




Selasa, 15 Disember 2015

Senarai 30 koperasi terbaik Tahun 2014

  




1. KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
 2. BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT)
 3. KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
 4. KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
 5. KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
 6. KOPERASI NFLCS BERHAD
 7. ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD(ANGKASA)
 8. KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD
 9. KOPERASI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
10. KOPERASI PEKERJA-PEKERJA SHELL MALAYSIA BERHAD
11. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD
12. KOPERASI KAKITANGAN SAWIT KINABALU SABAH BERHAD
13. KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
14. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH MUAR BERHAD
15. KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
16. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD
17. KOPERASI SERBAGUNA DARA BERHAD
18. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATU PAHAT BERHAD
19. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KESEDAR BERHAD
20. KOPERASI SERBAGUNA FELDA BUKIT GOH BERHAD
21. KOPERASI LADANG PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA BERHAD
22. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD
23  KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
24. KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA  BUKIT TANDAK KELANTAN BERHAD
25. KOPERASI GURU PULAU PINANG
26. KOPERASI UNIVERSITI  PUTRA MALAYSIA BERHAD
27. KOPERASI SERBAGUNA IMAN MALAYSIA BERHAD
28. KOPERASI PEMBAGUNAN DAERAH LANGKAWI BERHAD
29. KOPERASI PELABURAN PEKERJA-PEKERJA KEJORA KOTA TINGGI  BERHAD
30. KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD

Pecahan 30 Koperasi terbaik mengikut negeri
Kuala Lumpur 14 koperasi
Pahang 4 koperasi
Johor 3 koperasi
Pulau Pinang 3 koperasi
Kedah 2 koperasi
Kelantan 2 koperasi
Selangor 1 koperasi
Sabah 1 koperasi