produk-produk

Rabu, 4 Julai 2018

Sengkek Setiap Kali Hari Raya



Hasil carian imej untuk pening kepala



Rasanya dah lama tidak membuat catatan dalam blog sendiri. Ini adalah catatan kedua untuk tahun 2018. Semoga selepas ini makin rajinlah nak buat post di blog ini. Biasanya setiap kali Hari Raya Puasa ramai ibubapa yang mengeluh kerana duit yang tidak mencukupi untuk membeli keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri. .

Jika diikutkan dah berapa tahun kita semua menyambut Hari Raya kerana perayaan ini disambut setiap tahun. Disini saya senaraikan perbelanjaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri :-

1)Pakaian Hari Raya untuk diri sendiri, isteri dan anak-anak
2) Servis kenderaan, tol dan kos untuk balik kampung
3) Duit Raya untuk isteri, ibu bapa, mertua,  anak saudara dan budak-budak
4) kuih raya dan persiapan untuk juadah untuk Hari Raya Pertama.

Anggaran Kos Untuk Sambutan Hari Raya dari RM1000 hingga RM2000 bergantung kepada kehendak dan kemampuan masing-masing.

Saya bagi 3 cadangan yang boleh digunakan supaya semasa sambut Hari Raya ,  ibu bapa dapat mengharungi dari Bulan Ramadhan sehingga Bulan Syawal berakhir.

-Menyediakan Tabung Simpanan Hari Raya

Sebagai contoh sekarang Bulan Jun 2018. Perbelanjaan Hari Raya keluarga Encik Ahmad adalah RM1200. Jadi Ahmad hendaklah asingkan duit gaji sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan. Simpanan RM100 itu hendaklah diasingkan ke dalam Tabung Khas atau Sampul Surat Khas. Tahun dpan semasa sudah dekat sambutan Hari Raya bolehlah guna duit dari Tabung Simpanan Hari Raya.

-Sertai Main Kutu Duit

Ini sekadar cadangan dari saya. Biasanya cara ini dibuat oleh golongan kaum ibu. Yang penting giliran kita dapat duit kutu semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Kelebihan main kutu adalah kita akan dapat duit yang mencukupi semasa nak sambut Hari Raya. Cara ini lebih kurang macam membuat simpanan bulanan tetapi ibu kutu yang pegang duit.

-Mempunyai Dividen Semasa Sambutan Hari Raya

Saya sendiri mengamalkan cara ini untuk menyambut Hari Raya setiap tahun. Cara ini boleh digunakan jika dividen yang dibayar cukup untuk menampung perbelanjaan Hari Raya.  Jika kita mempunyai modal saham RM20,000 dalam Koperasi Permodalan Felda, dengan dividen purata 10% setahun setiap anggota akan dapat dividen RM2, 000 setahun. Biasanya dividen seperti Bank Rakyat  dan Koperasi Permodalan Felda akan dibayar sebelum Hari Raya Puasa.