produk-produk
Jumaat, 30 Disember 2016
1st Giveaway BajetciputseleraBesar
Mari semua join giveaway cik puan korea kita nie. Hadiah pun sourvenir dari korea selatan. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2017
Selasa, 27 Disember 2016
Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue
Mari semua sertai segmen yang dibuat oleh Cik Zue nie. Harap semua berjaya masuk jadi bloglist Cik Zue untuk tahun 2017
Khamis, 22 Disember 2016
Keputusan Sepak Takraw League 2016
Kejohanan Sepak Takraw League baru sahaja sampai ke kemuncaknya pada 18 Disember 2016. Kejohanan kali ini berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Serdang Jaya dari Bulan 30 September 2016 sehingga 18 Disember 2016. Syarikat Bus Express iaitu Express Perdana menjadi penaja utama kejohanan STL kali nie. Syarikat lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), Spritzer , Dashing dan Budi Group juga menjadi penaja kejohanan kali ini.
STL 2016 dibahagikan kepada 2 kategori iaitu divisyen perdana dan divisyen 1. Pasukan Black Panters telah mengemudi kedudukan tempat pertama Liga Perdana STL diikuti dengan pasukan Terengganu Turtles. 4 pasukan terbaik akan bertemu di separuh akhir dan dua terbaik akan bertemu di akhir. Separuh akhir liga Perdana pasukan Kuala Lumpur Tunders telah mengalahkan Terengganu Turtles 2-0. Pasukan Black Panters telah mengalahkan pasukan ATM Guardians dengan aggregat 2-1. Perlawanan akhir telah menemukan Black Panters dan Kuala Lumpur Thunders dengan keputusan 2-0.
Pasukan Black Panters yang memenangi tempat pertama divisyen perdana telah menang hadiah wang tunai RM40,000. Kuala Lumpur Thunders selaku naik johan mendapat wang tunai RM20,000. Perak The Bos Gaurus selaku juara divisyen 1 memenangi wang tunai RM10,000. Pasukan PSM A pula memenangi wang tunai RM 7,000 selaku naib juara divisyen 1.
Dibawah ini keputusan penuh kejohanan STL
Divisyen Perdana
Pertama Black Panters
Kedua Kuala Lumpur Thunders
Ketiga ATM Guardians
* Pasukan Kedah Eagles dan Melaka Titans turun ke Divisyen 1 tahun 2017
Divisyen 1
Pertama Perak The Bos Gaurus
Kedua PSM A
Ketiga Selangor
Diharap penaja dari bank-bank tempatan dan syarikat GLC Malaysia seperti CIMB Bank, Maybak, Sime Darby dapat menaja STL pada tahun hadapan. Sebabnya kejohanan sukan lain seperti bolasepak, badminton dan skuash menawarkan hadiah yang lebih lumayan kepada para pemenang. Ini secara tidak langsung dapat menarik bakat muda untuk berkecimpung dalam permainan sepak takraw. Sukan ini merupakan warisan nenek moyang kita zaman berzaman
Dividen ASB Tahun 2016
Baru sebentar tadi Pengerusi PNB iaitu Tan Sri Abdul Wahid Bin Omar telah istihar dividen ASB pada tahun 2016. Dividen tahun ini adalah 6.75 sen perunit dan bonus 0.50 sen perunit. Untuk makluman dividen tahun lepas adalah 7.25 sen dan bonus 0.50 sen per unit. Para pencarum boleh mengemaskini buku ASB masing-masa pada 3 Januari 2017.
Rekod Dividen ASB 3 tahun terakhir
2015 7.25 sen + Bonus 0.50 sen
2014 7.50 sen + Bonus 1.00 sen
2013 7.70 sen + Bonus 1.00 sen
Sumber rujukan http://www.bharian.com.my/node/226223
Segmen Bloglist 2017 Sheilainspire.Com
Mari semua sertai segmen bloglist yang dibuat oleh Puan Sheila. Tarikh tutup penyertaan pada 27 Disember 2016. 10 bloglist akan dimasukkan sebagai pemenang.
Selasa, 20 Disember 2016
Prestasi Saham Rhone Ma Holdings
Saham Rhone Ma Holdings telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada hari semalam. Saham ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan peruntukan MITI sebelum disenaraikan. Saham Rhone Ma ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan RM0.75 persaham. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan berkaitan penjaan kesihatan haiwan ternakan.
Dibawah ini rumusan harga saham Rhone Ma Holdings dari tawaran permulaan :-
Harga penawaran IPO RM0.750
Harga pembuka 19 Disember 2016 RM0.820
Harga tertinggi 19 Disember 2016 RM0.890
Harga terendah 19 Disember 2016 RM0.810
Harga penutup 19 Disember 2016 RM0.875
Harga penutup 20 Disember 2016 RM0.925
Misi Pencarian Bloglist Myideakini.com
Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2016. 5 blogger lelaki dan perempuan akan dimasukkan ke bloglist myideakini.com. Ada juga hadiah topup akan diberikan kepada para pemenang
Isnin, 19 Disember 2016
Arepnakbebel Giveaway
Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan 22 December 2016. Hadiah planner yang ditawarkan memang berguna untuk para pemenang
Jumaat, 16 Disember 2016
December Giveaway
Mari semua join giveaway nie. Hadiah yang ditawarkan masih misteri. Apepun jom support sesama blogger
Khamis, 15 Disember 2016
New Year Giveaway By MF
Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Hadiah:
Grand Top Referral : RM100
Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)
Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners
*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*
Khamis, 1 Disember 2016
End Year Mini Giveaway Mellya & Friends
Moh kita join giveaway Cik Mellya dan kawan-kawan. Giveaway nie bermula pada hari nie. Banyak hadiah yang menanti. Dah lama tidak merasa menang giveaway hihihi
Rabu, 30 November 2016
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
Mari ramai-ramai sertai giveaway ini. Tarikh tutup penyertaan pun lambat lagi iaitu 15 Januari 2017. Hadiahnya sama seperti banner di atas.
Selasa, 29 November 2016
Segmen Bloglist #1 December
Mari semua join segmen ini yang dianjurkan oleh blogger cikla. Tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2016.
Jumaat, 25 November 2016
Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy
Mari semua join segmen yang dibuat oleh Puan Shuhaida nie. Untuk blogger yang kurang follower macam saya wajib join segmen nie. Harap dapat 100 follower sebelum Mac 2017
Khamis, 24 November 2016
Mini Giveaway By Penselduabee
Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Disember 2016. Good luck untuk semua pembaca blog tujuhpetak
Isnin, 21 November 2016
Giveaway Azlinda Alin Jam Tangan Lisa Surihani
Mari semua ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pun makin dekat iaitu 25 November 2016. Semua ada blogger yang berjaya dari giveaway nie.
Jumaat, 18 November 2016
Segmen Nak URL Blog #27
Mari semua sertai segmen yang dianjurkan oleh Puan Mia. Tarikh tutup penyertaan pada 21 November 2016. Harap semua berjaya dimasukkan dalam bloglist.
Khamis, 17 November 2016
Giveaway By MashitahMamat
Mari ramai-ramai setai giveaway ini. Hadiah yang ditawarkan agak menarik. Semoga semua berjaya. Tarikh tutup penyertaan 15 Disember 2016
Selasa, 15 November 2016
Giveaway Topup Percuma By Atiqah Najihah
Mari ramai-ramai join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada Disember 2016. Hadiah topup akan diberikan kepada para pemenang
Isnin, 14 November 2016
Rabu, 9 November 2016
Segmen Pencarian Bloglist
Mari ramai-ramai join segmen yang dibuat oleh Puan Murni. Tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2016
Selasa, 8 November 2016
Giveaway Pertama By Syera Rosli
Mari ramai-ramai join giveaway ini. Tarikh tutup penyertaan pada 15 November 2016. Hadiah tunai dan topup menanti para pemenang
p/s para peserta jangan lupa email kepada owner blog iaitu fqsyahira10802@gmail.com dengan sertakan nama, alamat dan nombor telefon
Isnin, 7 November 2016
Pencarian Bloglist aerillhassan.com November & December
Ahad, 6 November 2016
Rabu, 2 November 2016
Simpanan Pendidikan Untuk Anak-Anak
Simpanan pendidikan anak-anak penting dalam kehidupan sekarang. Di harap ibubapa mula menyimpan dari awal semenjak anak kecil lagi. Sebabnya kita kos pendidikan anak-anak di universiti swasta semakin mahal yuran pengajian. Kita seharusnya memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mengikut kemampuan kita. Dulu para pelajar boleh berharap dengan PPTN dan biasiswa MARA dan JPA. Sekarang kerajaan tidak lagu mampu menanggung pendidikan untuk rakyat Malaysia seperti kes pelajar Malaysia yang belajar di Mesir.
Yuran pengajiaan di kolej swasta meningkat dari tahun ke setahun. Ada yang sampai beribu yuran bagi satu semester. Di harap duit simpanan pendidikan ini dapat menolong meringankan beban ibu bapa semasa anak sedang menuntut ilmu di menara gading. Lagipun sekarang PTPTN hanya memberi pinjaman 90% sahaja bermula tahun ini. Tidak lagi 100% seperti sebelum ini. Masalah utama graduan sekarang setelah habis belajar banyak yang dibebani hutang pinjaman pelajaran. Ini terjadi kerana ibu bapa tidak berkemampuan dan tiada perancangan simpanan dari awal.
1)TABUNG HAJI
Tabung Haji adalah salah satu instrument kewangan yang terbaik di Malaysia dengan risiko yang rendah. Dividen tabung haji juga kompetitif berbanding produk pelaburan islamic yang lain. Yang terbaik adalah simpanan tabung haji telah dibayar zakat oleh pihak Tabung haji. Dividen tahun 2015 tabung Haji adalah 5% dan Bonus 3%.
Yang terbaik kita mulakan simpanan anak-anak dari peringkat masih kecil lagi. Kelebihannya adalah simpanan anak-anak akan berganda dengan kuasa compounding interest. Duit tabung anak-anak dan duit raya boleh disimpan ke Tabung Haji untuk masa depan mereka.
2)PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Amanah Saham Bumiputera untuk anak-anak boleh dibuka akaun semenjak umur anak 6 bulan. Had limit pelaburan untuk akaun ASB remaja ialah RM50,000 setiap orang. Setiap penjaga boleh menambah pelaburan ASB melalui potongan gaji , penambahan melalui online iaitu Cimb Clicks dan M2U dan. Penambahan secara tunai dan cek boleh dibuat dikaunter pejabat pos, kaunter ASNB dan bank-bank komersial yang terpilih. Dari segi dividen ASB masih lagi relevan kerana telah beroperasi dari tahun 1990 sehingga sekarang.
Jika ASB dah penuh, ibu bapa boleh bukak akaun ASB2 atau ASD pulak. Yang penting kena konsisten menyimpan walaupun sedikit. Lagipun sekarang kos pendidikan anak semakin meningkat. Bangsa kita tidak boleh mengharapkan pinjaman PPTPN sahaja.
3)SSPN-I
Skim Simpanan Pendidikan Nasional diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. SSPN-I menggunakan instrumen simpanan berdasarkan konsep syariah Wakalah Bir Istihmar. SSPN ini hanya boleh dibuka akaun simpanan serendah RM20.00 Bagi ibu bapa yang mencarum SSPN layan memohon pelepasan cukai sebanyak RM6000 setahun. Penyimpan SSPN juga layak mendapat geran yang sepadan bernilai RM10000 bagi keluarga yang layak mengikut terma dan syarat.
4)INSURANS INVESTMENT LINK
Pilihan lain untuk simpanan anak-anak ialah insurans investment link. Insurans jenis ini mempunyai kelebihan kerana selain mendapat perlindungan insurans , penama akan mempunyai dari polisi tersebut. Dari serendah RM100 anak-anak kita akan mempunyai perlindungan dan simpanan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi syarikat insurans yang berkenaan. Ada juga polisi insurans jenis ini yang akan menanggung penama tersebut sekiranya berlaku kematian dan kecatatan kekal kepada pembayar polisi tersebut.
5)MEMBELI RUMAH
Simpanan jenis ini digalakkan untuk ibubapa yang mempunyai kewangan yang kukuh dan cash flow yang positif. Cara ini telah lama diamalkan oleh bangsa Eropah dan Cina sejak dulu lagi. Lagipun mereka tidak bergantung dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan universiti awam yang dibiayai kerajaan.
Caranya ialah denganmembeli satu rumah untuk satu anak. Kebanyakkan dari mereka purata anak dalam 3 orang. Maka 3 bijik rumah dibeli untuk tujuan pendidikan anak-anak. Disamping itu mereka mendapat hasil sewa selagi belum menjual rumah itu. Jadi bila sampai masa anak untuk sambung belajar universiti luar negara . Mereka akan jual rumah itu untuk membiayai kos pendidikan anak mereka. Ibu bapa yang berkemampuan mahu pendidikan yang terbaik untuk masa depan anak-anak. Cara ini memerlukan modal untuk deposit rumah, lawyer dan lain-lain. Apepun jika ingin buat cara seperti ini sila tengok kemampuan masing-masing.
Rabu, 26 Oktober 2016
Prestasi Saham BCM Alliance Berhad
Saham BCM Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2016 yang lepas. Saham ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa peruntukan MITI sebelum disenaraikan. Saham BCM Berhad ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan RM0.19 persaham. Syarikat ini membekalkan perkhidmatan dobi dan peralatan perubatan.
Dibawah ini rumusan harga saham BCM Alliance Berhad dari tawaran permulaan :-
Harga penawaran IPO RM0.190
Harga pembuka 24 Oktober 2016 RM0.270
Harga tertinggi 24 Oktober 2016 RM0.275
Harga terendah 24 Oktober 2016 RM0.215
Harga penutup 24 Oktober 2016 RM0.215
Harga penutup 25 Oktober 2016 RM0.225
Selasa, 25 Oktober 2016
Giveaway Play-Doh Cake Party
Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?
" height="435" width="640" />
Harap dapat menang giveaway nie kerana anak perempuan memang dah lama nak hadiah nie sempena hari ulang kelahiranya. Tetapi tidak dapat ditunaikan kerana utamakan yang lebih perlu.
Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.
Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin
Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin
1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.
Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak.
Harap dapat menang giveaway nie kerana anak perempuan memang dah lama nak hadiah nie sempena hari ulang kelahiranya. Tetapi tidak dapat ditunaikan kerana utamakan yang lebih perlu.
Khamis, 20 Oktober 2016
Prestasi Suku Ketiga 2016
Bulan Oktober sudah hampir ke penghujung. Hari ini Bursa Saham Kuala Lumpur diniagakan pada 1668 mata. Harga minyak Ron 95 sekarang RM1.80 seliter naik sedikit berbanding bulan-bulan sebelum ini. Hari Jumaat ini Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan bajet 2017 untuk diluluskan semasa sidang Parlimen berlangsung. Diharap bajet kali ini seimbang dan perbelanjaan yang diperuntukan dibelanjakan dengan telus.
Dividen Amanah Saham Didik telah diterima pada bulan Julai 2016. Kadar dividen ASD pada tahun ini adalah 6.3sen. Dividen kali ini kurang 0.3sen berbanding tahun lepas. Tahun nie genap 15 tahun Amanah Saham Didik berada di Malaysia.
Amanah Saham Wawasan 2020 telah istiharkan dividen 6.3 sen pada tahun kewangan 31 Ogos 2016. Dividen kali nie kurang 0.1 sen berbanding tahun lepas. Apepun dividen tahun ini masih relevan dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang
Saham Dancomech Berhad merupakan IPO yang disenaraikan pada bulan Julai 2016. Saham Dancomech dijual pada 0.75 seunit. Harga terendah untuk saham ini adalah RM0.80. Harga saham pada hari semalam RM1.370. Sapa yang masih menyimpan saham ini sudah untung hampir 100% jika masih menyimpan saham ini dari permulaan IPO.
Saham terakhir pula adalah IPO HSS Engineers Berhad. Saham ini disenaraikan pada Ogos 2016. Saham ini disenaraikan pada harga RM0.50. Harga tertinggi saham ini adalah RM0.655. Harga penutup semalam saham HSS Engineers RM0.52
Giveaway Kedua Blog Nota Dan Kopi
Rabu, 19 Oktober 2016
Segmen Pencarian Bloglist Bulan November 2016
Mari semua ramai-ramai sertai segmen nie. Tarikh penyertaan dari 17 Oktober 2016 hingga 30 Oktober 2016. Semoga ada yang berjaya
Selasa, 18 Oktober 2016
Segmen Ucing Nak Bloglist
Segmen Ucing Nak Bloglist.
Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.
Syarat syarat nya adalah mudah.:
1) Masukkan " http://ucingkadayan.blogspot.com " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.
Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.
Isnin, 17 Oktober 2016
Giveaway Salam Perkenalan
Mari semua join giveaway mashitah nie. Tarikh tutup penyertaan pun lambat lagi iaitu pada 15 November 2016. Hadiah pertama perfume dari brand Dexandra.
Jumaat, 14 Oktober 2016
Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee
Jom ramai-ramai join segmen nie. Tarikh tutup penyertaan pada hujung bulan nie iaitu 31 Oktober 2016. Semoga rakan-rakan blogger ada yang menang nanti.
Khamis, 13 Oktober 2016
Prestasi Saham Perak Transit
Saham Perak Transit Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 07 Oktober 2016. Saham ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa peruntukan MITI sebelum disenaraikan. Saham Perak Transit diniagakan dengan nama PTRANS.
Dibawah ini rumusan harga saham Perak Transit Berhad dari tawaran permulaan :-
Harga penawaran IPO RM0.150
Harga tertinggi 7 Oktober 2016 RM0.210
Harga terendah 7 Oktober 2016 RM0.190
Harga penutup 7 Oktober 2016 RM0.195
Harga penutup 10 Oktober 2016 RM0.180
Harga penutup 11 Oktober 2016 RM0.190
Selasa, 6 September 2016
Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing
Lagu Sudah Ku Tahu adalah Lagu daripada Projektor Band yang di minati Ramai.Banyak Peminat nya menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui Social media Fb & Smule.Jadi Ucing pun tidak juga ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui karaoke.
Sertai Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.Syarat-syarat nya adalah mudah:
1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing "
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini
Tag Rakan Anda
Tamat Segmen 9-9-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di
Senaraikan dalam Video Animasi Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.
Isnin, 5 September 2016
Khamis, 1 September 2016
Giveaway Penghargaan RM100 By www.kennymerligal.com
Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.
Cara untuk menyertai:
- Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
- Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
- Backlinkkan entry ke sini.
- Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja.
Syarat syarat :
- Blogger Malaysia.
- Follow blog kennymerligal
- Follow instagram
- Follow twitter
- Like facebook page
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada anda )
Hadiah :
- Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger.
Isnin, 29 Ogos 2016
Mini Segment Blogwalking Santai
Mari ramai-ramaai join mini segment nie. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2016. Kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 59.
Selasa, 23 Ogos 2016
Segmen 12 Jam Bloglist #22
Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Isnin, 22 Ogos 2016
Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh
Mari semua join giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 24 September 2016. Harap dapat menang sebab saya nie memang pengumpl fridge magnet
Khamis, 18 Ogos 2016
Segmen Ucing Mencari Binatang
Apakah Binatang yang ada dalam video Ucing Frozen.
"tak ada tangan tapi ada kaki,
ada kaki tapi tak pandai berdiri,
makan minum di mulut itu pasti,
nama binatang cari lah sendiri."
ada kaki tapi tak pandai berdiri,
makan minum di mulut itu pasti,
nama binatang cari lah sendiri."
Jawapan ada dalam video Ucing Frozen.Cari dan beri jawapan pada komen di bawah.Syarat Segmen Ucing Mencari Binatang adalah mudah:
1) Follow Blog Ucing dan Google+
2) Buat Tajuk Post "Segmen Ucing Mencari Binatang"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda dan Jawapan Sekali di Bawah Komen ini.
Tag Rakan Anda
Isnin, 15 Ogos 2016
Giveaway Tunai RM200 By Elihjapahar
Mari semua join giveaway nie. Tarikh mula penyertaan bermula dari 13 Ogos 2016 sehingga 22 September. Hadiah pertama hingga ke sepuluh akan menerima wang tunai dari penganjur peraduan.
Ada juga hadiah untuk peseta bertuah yang berupa sekotak mineral coffe
Khamis, 11 Ogos 2016
Tahniah Paris St Germain
Tahniah diucapkan kepada pasukan Paris St Germain(PSG) kerana memenangi kejuaraan Piala Juara. Piala ini piala pertama yang dimenangi oleh PSG untuk permulaan musim ini yang dierajui oleh jurulatih baru mereka iaitu Unai Emery. Unai Emery sebelum ini menjadi jurulatih Sevilla di Sepanyol telah memenangi kejuaraan Liga Europa 3 musim berturut-turut. Piala Juara ini telah dimenangi oleh PSG 4 musim berturut-turut.
PSG mengalahkan pasukan Olimpic Lyon dengan jaringan 4-1. Gol-gol untuk pasukan PSG dijaringkan oleh Hatem Ben Arfa, Javier Pastore, Lucas Maura dan Layvin Kurzawa. Gol sagu hati untuk Lyon dijaringkan oleh Corentin Tolisso. Lyon tidak memberi tentangan yang sengit kepada pasukan PSG. Kebanyakan kesebelasan utama PSG adalah pemain yang telah bermain bersama sejak beberapa musim lepas lagi. Keadaan Lyon diburukkan lagi dengan kecederaan pemain utama mereka iaitu Alexandre Lacazette yang dikeluarkan pada separuh masa pertama lagi.
Pada mulanya ramai penganalisis menjangkakan PSG hanya akan menang dengan jaringan yang sedikit. Ini kerana ketiadaan penyerang lagenda mereka iaitu Zlatan Ibrahimovic yang telah berpindah ke Manchester United. Kekosongan itu berjaya diisi dengan baik oleh bekas pemain Nice yang baru dibeli iaitu Hatem Ben Arfa. No 10 Ibrahimovic juga telah diberi kepada perancang utama pasukan iaitu Javier Pastore.
Pengendali sebelum ini Laurent Blanc dipecat kerana tidak berjaya membawa PSG memenangi kejuaraan Piala Eropah. Hanya kejuaraan itu yang belum dimenangi oleh kelab itu sejak diambil alih oleh konsortium dari Timur Tengah. Unai Emery dilantik khas dengan harapan Paris St Germain dapat merangkul kejuaraan Piala Eropah pada musim ini
Prestasi Saham HSS Engineers Berhad
Pagi semalam saham HSS Engineers Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saham ini dibuka dengan harga premium 8 sen kepada RM0.58. Harga penutup pada pukul 5 petang semalam pada harga RM0.57. Saham ini menggunakan nama HSSEB di bawah kod 0185.
Dibawah ini rumusan harga saham HSS Engineer Berhad dari tawaran permulaan :-
Harga penawaran IPO RM0.500
Harga pembuka 10 Ogos 2016 RM0.580
Harga tertinggi 10 Ogos 2016 RM0.585
Harga terendah 10 Ogos 2016 RM0.550
Harga penutup 10 Ogos 2016 RM0.570
Rabu, 10 Ogos 2016
Prestasi Suku Kedua Tahun 2016
Sekarang dah masuk bulan 8 2016. Ekonomi Malaysia pun tidak banyak berubah berbanding suku pertama 2016. Harga minyak sawit mentah mencatatkan harga purata RM2300 setan. Diharap harga ini dapat berkekalan sehingga penghujung 2016. Harga minyak sawit mentah pula berada dibawah RM50 setong pada bulan ini. Syukur harga minyak Ron 95 masih kekal. Diharga harga minyak petrol di Malaysia turun ikut harga sebenar pasaran dunia.
Dividen Koperasi Permodalan Felda tahun kewangan berakhir 2015 mengistiharkan dividen 10 peratus. Jika ikut kemampuan sebenar memang KPF tidak mampu memberi dividen 10 peratus. Peruntukan dividen yang diberi termasuk baki tunai yang dibawa kehadapan hasil penjualan felda Holdings kepada FGV. Di Harap pengurusan KPF membuat tindakan sepatutnya kerana sebelum ini KPF adalah lubuk duit kepada peneroka dan ahli keluarga mereka.
Seterusnya tentang dividen Bank Persatuan. Bank Persatuan berasal dari Pulau Pinang. Pada 29 Jun 2016 ramai orang menerima SMS tentang dividen interim dari bank persatuan. Kadar dividen interim tahun 2015 adalah 2 peratus. Alasan bagi dividen interim sebab mesyuarat agong diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri. Dividen Bank Persatuan tahun lepas adalah 6 %. Dah lama tidak merasa dividen 10% dari Bank Persatuan
Saham Pecca Group merupakan IPO yang disenaraikan pada bulan April 2016. Saham Pecca dijual pada 1.42 seunit. Pada hari penutup harga saham ini mencatat premium RM0.29 persaham. Harga saham pada hari semalam RM1.71.
Saham LKL International pula disenaraikan selepas saham Pecca Group. Hari pertama saham ini ditutup pada RM0.28. Harga semasa saham ini adalah RM0.28. Masih ada keuntungan kepada sesiapa yang membeli penny stock ini semasa dari tawaran MITI lagi.
Saham terakhir pula adalah IPO Salutica Berhad. Saham ini disenaraikan pada hujung Jun 2016. Saham ini disenaraikan pada harga RM0.80. Harga terkini saham ini adalah RM1.12. Keuntungan atas kertas kepada yang masih memegang saham ini melebihi 40 sen persaham.
Selasa, 9 Ogos 2016
Giveaway Birthday By Cik Eyz
Mari semua join giveaway ini. Selamat hari jadi kepada birthday girl Cik Eyz pada bulan nie. Semoga berjaya di dunia dan akhirat
Asia Tenggara Boleh
Sukan Olimpik Rio telah bermula pada hari Jumaat yang lepas. Sukan Olimpik kali ini diadakan dari 05 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016. Sukan Olimpik Rio diadakan selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia 2014 juga yang berlangsung di Brazil. Banyak peristiwa yang menyebabkan Sukan Olimpik di Rio ,Brazil hampir-hampir tidak menjadi kenyataan. Pertamanya virus Zika yang menyerang negara Amerika Latin dan kos penganjuran yang tinggi menyebabkan Sukan Olimpik hampir tidak diadakan di Brazil pada tahun 2016.
Tahniah diucapkan kepada peserta menembak Vietnam yang memenangi emas acara menembak 10 meter pistol. Peserta Vietnam Hoang Xuan Vinh yang berumur 41 tahun adalah berkhidmat sebagai tentera. Emas yang Xuan Vinh menangi adalah emas pertama Negara Vietnam dalam sejarah Olimpik untuk negara mereka. Beliau telah mengalahkan peserta lebih ternama dari Brazil dan China untuk memenangi emas pertama Vietnam.
Thailand juga telah mendapat pingat emas pertama mereka melalui acara angkat berat.Sopita Tanasan telah menang acara 48kg wanita. Sopita sebenarnya berasal dari keluarga peninju tetapi memilih sukan angkat berat sebagai kerjayanya. Tempat kedua acara yang sama juga diungguli oleh rakyat Asia Tenggara. Pingat perak dimenangi oleh peserta dari Indonesia iaitu Sri Wahyuni Agustani. Wahyuni mendapat tempat kedua dengan angkatan sebarat 192kg berbanding Sopita sebanyak 200kg. Harap atlit Malaysia juga dapat menyumbang sebarang pingat untuk Malaysia untuk kejohanan Olimpik kali ini.
Tahniah diucapkan kepada peserta menembak Vietnam yang memenangi emas acara menembak 10 meter pistol. Peserta Vietnam Hoang Xuan Vinh yang berumur 41 tahun adalah berkhidmat sebagai tentera. Emas yang Xuan Vinh menangi adalah emas pertama Negara Vietnam dalam sejarah Olimpik untuk negara mereka. Beliau telah mengalahkan peserta lebih ternama dari Brazil dan China untuk memenangi emas pertama Vietnam.
Thailand juga telah mendapat pingat emas pertama mereka melalui acara angkat berat.Sopita Tanasan telah menang acara 48kg wanita. Sopita sebenarnya berasal dari keluarga peninju tetapi memilih sukan angkat berat sebagai kerjayanya. Tempat kedua acara yang sama juga diungguli oleh rakyat Asia Tenggara. Pingat perak dimenangi oleh peserta dari Indonesia iaitu Sri Wahyuni Agustani. Wahyuni mendapat tempat kedua dengan angkatan sebarat 192kg berbanding Sopita sebanyak 200kg. Harap atlit Malaysia juga dapat menyumbang sebarang pingat untuk Malaysia untuk kejohanan Olimpik kali ini.
Langgan:
Catatan (Atom)