produk-produk

Selasa, 19 Januari 2016

Tips Insurans Kenderaan






Salam pagi selasa kepada semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Kebanyakkan dari kita mempunyai kenderaan samaada motosikal dan kereta. Hari ini saya akan berkongsi beberapa maklumat berkaitan insurans kenderaan untuk makluman semua. Yang terbaik pilihlah insurans kenderaan first party dan syarikat insurans yang shariah compliance.Di bawah ini sedikit perkongsian yang saya tuliskan untuk semua.

Buat Insurans Kenderaan di Pejabat Insurans
Masih ramai pengguna insurans yang tidak ambil maklum kelebihan ini. Ada kelebihan sebagai pengguna jika membuat insurans di pejabat Insurans contoh Etiqa Takaful atau Syarikat Takaful Malaysia. Pengguna akan mendapat diskaun sepuluh peratus ke atas jumlah premium insurans tersebut.

Sebagai contoh jika insurans yang dikenakan adalah RM1000, tolak diskaun 10 peratus maka baki bayaran yang perlu dijelaskan hanyalah RM900. Sebagai pengguna kita sudah jimat RM100. Jika kita kesuntukan masa boleh juga meminta staff syarikat insurans tersebut membuat cukai jalan untuk kita. Yang penting kena bertanya dahulu kepada staff tersebut jika menyediakan perkhidmatan tersebut. Pengguna sendiri boleh membuat cukai jalan di Pejabat Pos dan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan.

Nilai Semasa Kenderaan
Mengetahui nilai semasa kenderaan memang penting semasa membuat pembaharuan insurans kenderaan. Yang terbaik adalah nilai semasa kenderaan sama dengan nilai kenderaan yang diinsuranskan. Sebagai contoh jika harga semasa Proton Saga tahun 2010 adalah RM18,000. Tapi kita ingin berjimat bayaran insurans dan membuat insurans pada nilai RM10000 sahaja. Jika berlaku kemalangan dan kereta kita total loss, syarikat insurans hanya akan membayar pampasan sebanyak RM10000 sahaja. Pengguna sudah kerugian RM8000 kerana tidak ambil tahu perkara seperti ini.

Kepada pengguna yang masih mempunyai baki pinjaman dengan pihak bank, haruslah mempunyai insurans dengan nilai semasa kenderaan. Jika kita menggunakan contoh diatas. Pengguna  terpaksa menanggung kerugian RM8000. Pihak insurans hanya akan membayar kepada bank RM10000. Pengguna wajib menjelaskan baki RM8000 dengan menggunakan duit sendiri kepada pihak bank. Kereta pula tidak digunakan kerana sudah total loss kerana kemalangan.

Tambah Nama Pemandu
Biasanya kenderaan kita dipandu oleh suami dan isteri. Jika kereta digunakan oleh ahli keluarga lain bolehkan menambah nama pemandu pada polisi insurans. Untuk makluman nama sendiri dan nama kedua tiada caj dikenakan. Nama tambahan seterusnya akan dikenakan caj RM10 bagi setiap nama pada polisi insurans.

Sesetengah kita mengambil mudah perkara sebegini. Jika berlaku kemalangan dan yang membawa kenderaan tiada nama pada polisi insurans, kenderaan itu akan dikenakan excess RM400. Lebih baik membayar RM10 bagi setiap nama daripada kena bayar RM400. Yang terbaik nama pemilik kenderaan , isteri dan pengguna yang selalu gunakan kereta itu berada dalam senarai nama pemandu dalam polisi insurans.

Perlindungan Cermin Kenderaan
Setiap kenderaan harus menginsuranskan windscreen kenderaan masing-masing. Perlindungan insurans cermin kenderaan seperti insurans kenderaan juga. Jika tiada berlaku keretakan cermin atau cermin pecah, memanglah kita akan berasa rugi. Tapi jika berlaku mesti rasa bersyukur sebab cermin kenderaan telah diinsuranskan.

Banyak penyebab yang menyebabkan cermin kenderaan retak dan pecah seperti terkena tayar lori yang terpelanting, batu yang jatuh dari belakang lori dan serpihan batu dari tukang mesin rumput. Nilai tambahan yang dikenakan atas insurans windscreen adalah 15 peratus dari premium. Sebagai contoh premium insurans adalah RM1000 dan insurans windscreen ialah RM150. Nilai insurans bergantung kepada insurans single layer atau double layer mengikut jenis kenderaan. Semakin mahal dan besar cc kenderaan semakin mahal insurans windscreen. Sekarang harga cermin baru double layer diantara RM500 sehingga RM2000 bergantung kepada jenis dan kapasiti kenderaan.

Perlindungan Tambahan
Sekarang  banyak syarikat insurans yang menyediakan perlindungan tambahan kepada polisi insurans kenderaan. Bagi kenderaan yang sudah berusia sekarang ada syarikat yang mewajibkan pengguna mengambil sekali dengan Insurans Personal Accident. Untuk pengguna yang kawasan tempat tinggal terdedah dengan banjir ,bolehlah ambil sekali dengan tambahan polisi banjir. Apepun sila rujuk dengan syarikat insurans yang berkenaan.

Kelebihan NCD Kepada Kenderaan
NCD adalah No Claim Discount. Maksudnya jika tiada tuntutan pada tahun tersebut, nilai NCD akan bertambah pada tahun hadapan.Nilai NCD maksimum bagi kereta adalah 55 peratus dan motorsikal adalah 25 peratus. Nilai maksimum NCD kenderaan syarikat juga 25 peratus seperti NCD motorsikal.

Saya cadangkan jika membeli kenderaan baharu sebaiknya pindahkan NCD kenderaan lama kepada kenderaan baru. Sebabnya NCD kenderaan baru adalah 0 peratus. Jika berjaya pindahkan NCD kenderaan lama kepada kenderaan baru , sebagai pengguna kita akan jimat banyak. Sebagai contoh premium insurans kenderaan baru RM2000 dan tolak NCD 55 peratus dari kenderaan lama.
Baki premium yang perlu dibayar hanyalah RM900 tidak termasuk caj GST dan duti stamp.

Rebat Insurans
Berita baik kepada pemegang polisi insurans Syarikat Takaful Malaysia, jika tiada tuntutan dibuat pada tahun polisi diperbaharui. Pihak Takaful Malaysia akan membayar rebat insurans sebanyak 15 peratus dari nilai premium. Rebat tersebut akan dikreditkan ke akaun pengguna atau dihantar cek ke alamat rumah pengguna.

Akhir kalam saya hanya pengguna kenderaan seperti anda semua. Saya bukanlah ejen insurans yang bertauliah. Sebarang pendapat profesional hendaklah merujuk kepada syarikat insurans yang berkenaan. Sekian terima kasih.



Khamis, 14 Januari 2016

Pemain Bola Sepak Beragama Islam Di Eropah Tahun 2016

Salam hari khamis kepada semua. Cuaca sekarang memang panas terik. Fenomena El Nino ini dijangka akan berterusan sehingga Mac nanti. Diharap semua dapat perbanyakkan minum air mineral dan kurangkan aktiviti luar. Sukan bolasepak masing lagi sukan paling popular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Di harap pasukan bola sepak Malaysia dapat memperbaiki ranking FIFA yang jatuh ke tangga 173 baru-baru ini. Pasukan Belgium ranking no 1 buat masa sekarang. Belgium ini banyak pemain muda dan pemain beragama islam dalam pasukan. Pasukan ini juga antara pasukan pilihan dalam kejohanan EURO akan datang.

Sekarang semakin ramai pemain beragama islam yang bermain di Eropah. Kebanyakan pemain beragama islam berasal dari Perancis , German dan Belgium. Pemain Islam dari Perancis ramai yang berketurunan dari Algeria dan Afrika. Pemain dari German banyak berasal dari Turki pula. Banyak pemain beragama islam bermain di Liga Perdana Inggeris. Pemain yang popular bermain di EPL ialah Eden Hazard(Chelsea), Yaya Toure( Manchester City) dan Mezut Ozil(Arsenal). Dibawah ini senarai pemain yang beragama islam bermain di Eropah mengikut liga :

 


ENGLISH PREMIER LEAGUE

1)Kolo Toure-Liverpool
Negara Ivory Coast
Posisi  Pertahanan

2)Yaya Toure-Manchestery City
Negara Ivory Coast
Posisi Tengah

3)Bacary Sagna-Manchester City
Negara Perancis
PosisiPertahanan

4)Samir Nasri-Manchester City
Negara Perancis
Posisi Tengah

5)Adnan Januzaj-Manchester United
Negara Belgium
Posisi Tengah

6)Eden Hazard-Chelsea
Negara Belgium
Posisi Tengah

7)Naser Chadli- Totenham Hospur
Negara Belgium
Posisi Tengah

8)Marouane Fellaini- Manchester United
Negara Belgium
Posisi Tengah

9)brahim Affelay-Stoke City
Negara Belanda
Posisi Tengah

10)Mezut Ozil- Arsenal
Negara German
PosisiTengah

11)Pappis Demba Cisse- Newcastle
Negara Senegal
Posisi Penyerang

12)Sherdan Shaqiri- Stoke City
Negara Switzerland
Posisi Tengah

13)Marouane Chamakh- Cyrstal Palace
Negara Maghribi
Posisi Penyerang

14)Leon Osman-Everton
Negara England
Posisi Tengah

15)Youness Kaboul- Sunderland
Negara Perancis
Posisi Pertahanan

16) Kurt Zouma- Chelsea
Negara Perancis
Posisi Pertahanan

17)Moussa Sissoko- Newcastle
Negara Senegal
Posisi Tengah

18)Mamadu Sakho- Liverpool
Negara Perancis
Posisi Pertahanan

19)Emre Can- Liverpool
Negara German
Posisi Tengah

20)Nabil Bentaleb- Totenham Hospur
Negara Algeria
Posisi Tengah

21)Moussa Dembele- Totenham Hospurs
Negara Belgium
Posisi Tengah

22)Riyad Mahrez- Leicester City
Negara Algeria
Posisi Penyerang

 


BUNDESLIGA -GERMANY

23)Frank Ribery- Bayern Munich
Negara Perancis
Posisi Tengah

24)Solomon Kolou- Herta Berlin
Negara Ivory Coast
Posisi Penyerang

25)Mehdi Benatia- Bayern Munich
Negara Maghribi
Posisi Pertahanan

26)Hakan Calhanoglu- Bayer Leverkusen
Negara Turki
Posisi Tengah

27)Ghanit Xhaka- Borussia  Munchenglabech
Negara Swizerland
Posisi Tengah

 

SERIE A-ITALIA

28)Gervinho-AS Roma
Negara Ivory Coast
Posisi Penyerang

29)Edin Dzeko- AS Roma
Negara Bosnia
Posisi Penyerang

30)Samir Handanovic-Inter Milan
Negara Slovenia
Posisi Penjaga Gol

31)Mohamad Salah- AS Roma
Negara Mesir
Posisi Tengah

32)Sami Khedira- Juventus
Negara German
Posisi Tengah




LA LIGA-SEPANYOL

33)Karim Benzema- Real Madrid
Negara Perancis
Posisi Penyerang
 
34)Arda Turan- Barcelona
Negara Turki
Posisi Tengah

35)Sofiane Feghouli- Valencia
Negara Algeria
Posisi Tengah


 

TURKCELL SUPERLEAGUE-TURKI

36)Robin Vin Persie- Fenerbache
Negara Belanda
Posisi Penyerang

37)Demba Ba-Besiktas
Negara Senegal
Posisi Penyerang

Isnin, 11 Januari 2016

Kelebihan Menjadi Ahli Koperasi



Assalamualaikum kepada semua yang beragama islam dan selamat bekerja bagi yang makan gaji. Hari ini saya hendak bercerita tentang topik koperasi lagi. Masih ramai dikalangan orang muda yang tidak mendaftar sebagai ahli koperasi. Banyak kelebihan sebenarnya menjadi ahli koperasi yang tidak kita ketahui. Kebanyakkan yang jadi ahli koperasi sekarang adalah golongan yang sudah veteran. Mereka lebih mengetahui kelebihan-kelebihan sebagai ahli koperasi. Sebagai contoh jika kita menjadi ahli kepada 3 koperasi. Jikalau 1 elaun mesyuarat agong RM100.  Maka kita akan dapat RM300 jika menghadiri semua  mesyuarat agong tersebut. Belum lagi cerita bantuan dermasiswa anak-anak dan bantuan yang lain. Dibawah ini saya tuliskan beberapa kelebihan menjadi ahli koperasi :

Elaun mesyuarat agong dan Mesyuarat perwakilan
Elaun mesyuarat bermaksud elaun yang diterima kerana datang ke mesyuarat agong sesuatu koperasi. Jumlah elaun yang diterima bergantung kepada peruntukan bajet  tahunan koperasi itu. Untuk melayakkan kita untuk hadir ke mesyuarat agong, setiap anggota perlu menjelaskan mempunyai modal saham minimum sesuatu koperasi. Sebagai contoh untuk layak menghadiri mesyuarat perwakilan koperasi Bank Persatuan, setiap ahli hendaklah mempunyai minimum modal saham RM500

Pinjaman
Biasanya ahli koperasi di Malaysia menjadi anggota koperasi adalah untuk meminjam. Sebenarnya banyak kelebihan lain menjadi ahli koperasi. Banyak jenis pinjaman yang disediakan koperasi sama seperti bank perdagangan yang lain. Contoh-contoh pinjaman yang ada Pinjaman Kecemasan. Pinjaman Runcit, Pinjaman Qadrul Hassan Dan Pinjaman Murabahah. Kelayakan pinjaman koperasi biasanya mengikut penyata gaji atau modal yuran anggota. Bagi koperasi yang menyediakan perkhidmatan pinjaman, peminjam akan terikat dengan potongan gaji dari pihak Angkasa. Bagi koperasi kredit . biasanya permohonan pinjaman akan dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Contoh koperasi yang menyediakan pinjaman kepada ahli adalah Bank Rakyat, Bank Persatuan, Koperasi Permodalan Felda, Koperasi Tentera dan Koperasi Wawasan.

Dividen tahunan
Dividen tahunan antara penyebab kenapa kita berminat menjadi ahli sesebuah koperasi. Biasanya ahli akan mencari koperasi yang memberi dividen yang tinggi. Kelebihan dividen koperasi adalah tidak dikenakan cukai pendapatan individu . Dividen koperasi juga telah dibayar zakat oleh koperasi itu. Contoh koperasi yang bagi dividen melebihi sepuluh peratus ialah Bank Rakyat, Koperasi Wawasan dan KOSMA. Untuk makluman semua , dividen melebihi sepuluh peratus perlu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Dermasiswa Pendidikan
Dermasiswa adalah salah satu kelebihan menjadi ahli koperasi. Dermasiswa yang boleh dituntut adalah untuk diri sendiri dan anak-anak. Ada koperasi yang boleh menuntut dermasiswa dari peperiksaan Upsr sehingga degree. Jumlah dermasiswa bergantung kepada Undang-undang kecil koperasi dan Aturan-Aturan koperasi.   Syarat untuk memohon dermasiswa pendidikan biasanya telah cukup modal saham minimum dan telah menjadi anggota selama setahun. Syarat-syarat lain bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh koperasi itu sendiri.

Khairat kematian
Sumbangan khairat kematian  diberikan kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Jumlah sumbangan bergantung kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi. Ada koperasi yang menyediakan  pakej caruman insurans sebagai sumbangan khairat kematian.Yang penting anggota atau waris membuat surat permohonan dengan mengemukakan bukti sijil kematian dan permit kubur.

Sumbangan musibah
Sumbangan jenis ini biasanya perlu membuat surat bagi memohon sumbangan. Seterusnya permohonan itu akan dibawa ke mesyuarat Ahli lembaga Pengarah untuk pertimbangan dan kelulusan. Contoh sumbangan musibah ialah kemalangan, kecurian dan penyakit.  Jumlah   sumbangan mengikut kelulusan mesyuarat ALĶ dan Aturan-Aturan  koperasi.

Sabtu, 9 Januari 2016

Tanaman Yang Harus Ada Di Setiap Rumah


Salam hujung minggu kepada semua. Tulisan kali ini berkaitan dengan tanaman pulak. Hujung minggu kita bagi posting yang tidak berat dan santai . Untuk orang yang tinggal di kawasan perumahan dan mempunyai halaman di tepi dan belakang rumah, baguslah dapat bercucuk tanam. Di samping dapat mengeluarkan peluh, pokok lalang dan kemuncup tidak sempat tumbuh dengan gembira di kawasan halaman rumah kita.

Dibawah ini saya senaraikan beberapa tanaman yang selalu digunakan dalam masakan orang melayu dan kegunaan seharian.



1) Pokok Serai
Menanam pokok ini memang mudah. Serai jenis tumbuhan yang tahan lama setelah ditanam. Jika mempunyai kawasan halaman yang terhad, serumpun serai sudah mencukupi. Serai boleh digunakan dalam masakan tomyam, paprik dan masak stim.



2) Pokok Pandan
Pokok pandan memang banyak kegunaan kepada kita semua. Daun pandan boleh digunakan sebagai pewangi semulajadi untuk kereta. Yang penting kena siat-siat daun pandan sebelum bubuh dalam kereta. Daun pandan juga boleh digunakan sebagai mewangikan air sirap. Masa memasak nasik lemak juga daun pandan digunakan.



3) Bunga Kantan
Bunga Kantan pun ada kegunaanya. Cuma bila dah tanam amik masa beberapa tahun jugalah  baru nak berbunga. Sekarang kat pasar dan kedai sebatang bunga kantan paling murah RM1 hingga RM1.50. Bunga kantan boleh digunakan dalam masakan asam pedas dan masak laksa



4) Daun Kesum
Daun kesum sejenis tumbuhan menjalar. Tapi jika halaman kita sempit boleh tanam dalam pasu bunga je. Petua nak bagi daun kesum subur ialah rendamkan bawah pasu bunga dengan air. Sebab daum kesum suka dengan keadaan yang lembab. Daum kesum banyak digunakan dalam masak asam dan asam pedas.




5) Daun Kari
Nama pun daun kari, mestilah daun ini digunakan dalam semua masakan kari. Pokok kari inipun jenis tumbuhan yang mudah hidup. Bagi pengemar kari, tanaman ini mesti ada di halaman rumah. Pokok kari ini jika ditanam di halaman boleh mencapai ketinggian manusia. Tapi jika tanam dalam pasu pokoknya akan menjadi setinggi pinggang kita sahaja. Untuk mendapatkan anak kari pun senang sebab anak kari bertunas dari akar pokok kari yang menjalar di halaman rumah kita semua.




6) Daun Kunyit
Daun kunyit tumbuh dari kunyit yang sudah tua. Pokok ini boleh digunakan daun dan isinya. Ada orang yang lebih suka menggunakan kunyit hidup berbanding kunyit serbuk semasa mengoreng ikan atau ayam. Daun kunyit pun banyak digunakan dalam masakan orang melayu. Kunyit memang mudah bercambah. Apabila pasu sudah penuh. Boleh dialihkan sedikit daun kunyit ke pasu yang lain. Yang penting semasa alihkan kunyit itu, tanah yang ada pokok kunyit mesti dikepal padat supaya dapat hidup di kawasan baru.




Jumaat, 8 Januari 2016

Tawaran IPO Ranhill Holdings Berhad






Salam kepada semua warga Malayshia. Semoga semua dalam keadaan yang terbaik dan tenang dalam menghadapi tahun 2016 yang kian mencabar.

Ranhill Holdings Berhad merupakan tawaran IPO pertama untuk tahun 2016. Tawaran kali ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Tawaran IPO ini  boleh dilanggan  sehingga 29 Januari 2016 pukul 5 petang. Pengundian IPO ini akan dilakukan pada 3 Februari 2016. Semua saham Ranhill pula akan dimasukkan ke akaun CDS masing-masing pada 17 Februari 2016.

Kepada yang berminat dengan IPO Ranhill , boleh memohon dengan menggunakan mesin ATM dan melalui perbankan internet. Yang penting kita mempunyai akaun CDS sebelum memohon IPO Ranhill Holdings. Jika tuan-tuan memohon melalui perkhidmatan  M2U dan mempunyai akaun CDS dengan Maybank Investment anda hanya akan dikenakan cas permohonan RM2 tidak termasuk cas GST. Tetapi sekiranya memohon melalui perkhidmatan Cimbclicks dan akaun CDS Maybank Investment anda akan dikenakan cas perkhidmatan RM2.50 tidak termasuk GST.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon IPO Ranhill, minimum pembelian saham adalah 100 unit. Sekiranya permohonan tidak berjaya, duit akan dikembalikan kedalam akaun simpanan atau semasa pemohon. Biasanya pemulangan duit tidak melebihi seminggu bergantung kepada akaun bank perdagangan pemohon. Mengikut pengalaman saya dan kawan-kawan, Public Bank paling cepat memulangkan duit pemohon sekiranya permohonan tidak berjaya. Jika berkelapangan saya akan menulis cara-cara memohon IPO melalui internet Banking.

IPO Ranhill akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 18 Februari 2016. Harga tawaran permulaan IPO Ranhill Holding adalah RM1.70 dan harga Par RM1.00. Ranhill Holdings menawarkan saham sebanyak 475 juta saham kepada institusi , syarikat-syarikat, pemegang saham Ranhill Holdings yang sedia ada dan rakyat Malaysia.. Hanya 18.83 juta saham yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Syarikat ini berhasrat untuk memberi dividen  kepada pemegang saham selepas penyenaraian ini berjaya. IPO Ranhill pernah berusaha untuk disenaraikan di BSKL pada tahun 2013 tetapi tidak berjaya.

Khamis, 7 Januari 2016

Tawaran IPO Bison Consolidated Berhad Oleh MITI






Salam untuk semua pembaca. Semoga hari ini lebih berbaik berbanding semalam. Setakat hari ini masih ramai kawan-kawan kita yang berbondong-bondong di bank-bank , Pejabat Pos dan pejabat Permodalan Nasional Berhad untuk mengemaskini buku ASB dan membuat pengeluaran dividen.

Untuk makluman semua, pihak MITI ( Ministry of International Trade And Industry) telah menawarkan IPO baru iaitu Bison Consolidated Berhad. Tawaran ini terbuka kepada invididu, syarikat dan koperasi. Syarat untuk memohon IPO ini adalah telah mendaftar di web MITI secara online dan mempunyai akaun CDS dengan investment bank.

Permohonan Saham Khas Bumiputera Bison Consolidated Berhad bermula pada 6 Januari 2016 dan tarikh tutup permohonan pada 11 Januari 2016. Permohonan jumlah saham mestilah secara dalam talian iaitu melalui laman web MITI. Tarikh tutup penghantaran  cetakan borang permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya 13 Januari 2016 sebelum pukul 4 petang.

Sedikit maklumat mengenai penawaran Saham Khas Bumiputera  syarikat Bison Consolidated Berhad :

Jumlah Saham Yang Ditawarkan 31,010,000 Unit
Harga Par        RM0.20
Bank Penasihat Cimb Investment Bank Berhad
Tujuan Penyenaraian Untuk Perbelanjaan Modal dan Kos Penyenaraian di BSKL
Jenis Perniagaan Kedai serbaneka   di bawah jenama MyNEWS.com, newsplus, MAGBIT dan THE FRONT PAGE.


Untuk maklumat lanjut layari http://sahamonline.miti.gov.my/


Isnin, 4 Januari 2016

Teknik Mudah Menyimpan RM500 Setahun









Salam tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini  kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Ramai dikalangan kita terutama yang duduk di bandar memang payah hendak menyimpan setiap bulan. Terutama kepada ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah dan mempunyai pelbagai pinjaman seperti rumah, kereta dan lain-lain.

Bagi yang dah boleh menyimpan 10 peratus dari pendapatan setiap bulan secara konsisten tahniah saya ucapkan. Saya sendiri masih tidak boleh menyimpan 10 peratus dari pendapatan kerana keadaan yang belum mengizinkan. Teknik yang saya nak kongsi ini adalah pilihan kedua kepada yang tidak boleh menyimpan setiap bulan.

Simpan RM1 Setiap Hari

Maknanya kita semua kena simpan hanya seringgit sehari. Terpulanglah nak simpan sebelum pergi kerja atau sebelum nak masuk tidur. Simpanan seringgit sehari tidak lah membebankan bagi saya kerana duit saku sekolah anak pun lebih dari seringgit. Jadi bila dah bagi duit belanja sekolah anak-anak, asingkan terus untuk simpanan harian kita.

Saya sendiri telah mengamalkan teknik ini lebih dari 3 tahun. Yang penting kena menyimpan secara konsisten selama setahun. Di hujung tahun nanti bila anda mengira hasil simpanan RM1 itu. Jumlah terkumpul akan menjadi RM365.00. Kalau kurang nilai dari RM365 menunjukkan ada hari yang kita terlupa untuk menyimpan RM1 sehari.





Simpan RM15 Setiap Kali Dapat Gaji

Dengan cara ini anda akan dapat mencukupkan simpanan RM500 setahun. Teknik ini  hanya digunakan sebulan sekali apabila dapat gaji. Sebab ramai dikalamgan kita merasa berat hati bila perlu menyimpan nilai yang besar setiap bulan.

Yang terbaik bila dapat gaji terus RM15 disimpan kedalam tabung RM1. Ini dapat memupuk budaya menyimpan duit walaupun bermula dengan sedikit. Cara ini macam Pay Yourself First walau RM15 sebulan.

Pada hujung tahun jumlah simpanan terkumpul adalah :

RM 1 X 365 = RM365
RM15X   12 = RM180
JUMLAH        RM545

Untuk mendapatkan jumlah simpanan yang lebih besar kita boleh menambah simpanan harian. Boleh juga menambah simpanan bila dapat gaji. Selamat mencuba kepada yang berminat. Arios amigos



Sabtu, 2 Januari 2016

Segmen Jom Tambah Follower Tahun 2016


Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016.

Hari ini masih dalam mood tahun baru 2016.  Apepun terima kasih kepada Saudara Hasrul Hassan yang menganjurkan Segmen Jom Tambah Follower Blog Tahun 2016. Bagi saya ini peluang kepada blogger baru macam saya untuk menambah follower dan blog list untuk blog sendiri.

Blog ini dah bermula dari Julai tahun 2014. Tapi disebabkan kekangan masa dan semangat untuk update blog tiada, blog saya menjadi tukun sehingga Disember 2015. Setelah melawati blog bro Hasrul menyebabkan semangat untuk menulis blog datang kembali.

Blog tujuhpetak berkongsi tentang kewangan sukan dan kehidupan. Tapi setakat ini posting yang ada banyak mengenai tips-tips kewangan, pengalaman diri sendiri dan membaca buku pengurusan kewangan. Saya pun masih belajar untuk menghasilkan posting yang menarik dan berkualiti untuk bacaan semua rakyat malaysia.

Azam Tahun 2016

Tambah ramai follower
Dapat income affiliate
Belaja menulis dengan teknik SEO yang betul
Hasilkan 2 post seminggu
Ulasan 2 Buku Kewangan Sebulan





Jumaat, 1 Januari 2016

Dividen Asb Tahun 2015








Selamat tahun baru 2016 kepada diri sendiri dan pembaca sekalian. Posting pertama untuk tahun 2016. Ramai pelabur tegar Asb menantikan pengumuman dividen asb tahun 2015 sehingga hujung tahun. Akhirnya Permodalan Nasional Berhad telah membuat pengumuman dividen asb pada 29 Disember 2015.


Dividen Asb tahun 2015 adalah 7.25 sen dan Bonus 0.5 sen. Dividen tahun 2015 memang kurang berbanding tahun 2014. Para pelabur yang ingin mengemas kini dan mengeluarkan dividen boleh pergi ke bank dan pejabat pos pada 04 Januari 2016. Rekod dividen Asb 3 tahun terakhir :

          Dividen    Bonus
2014  7.50 sen    1.0 sen
2013  7.70 sen    1.0 sen
2012  7.75 sen    1.15 sen

Berita sepenuhnya www.m/berita-bisnes/asnb-umum-agihan-pendapatan-asb-7-50-sen-seunitastroawani.co-50476