produk-produk

Selasa, 2 Mei 2017

Segmen Bloglist End 8 May 2017



Mari semua sertai segmen ini. Tarikh tutup penyertaan pada 08 May 2017. Top refferal akan dapat hadiah misteri. Good luck semua

Khamis, 6 April 2017

Segmen Nak Url Blog #29



Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 7 April 2017. Good luck in advance untuk semua

Selasa, 4 April 2017

Fattah Anas 2nd Bithday Giveaway



Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan hingga 09 April 2017. Owner blog Puan Dilah banyak sediakan hasdiah seperti Poyoco, Robocar Poli dan Animal Card. Jika menang boleh saya bagi hadiah kat anak. Good luck semua

Isnin, 3 April 2017

1st Giveaway By FWS




Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 01 Mei 2017. Hadiah yang diberikan juga menarik seperti diskaun shopping dan topup.

Khamis, 30 Mac 2017

Segmen 24 Jam Bloglist 25#


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Rabu, 29 Mac 2017

Pencarian Bloglist April 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017.  Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.

Selasa, 28 Mac 2017

Mystery Giveaway



Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan dari19 Mac 2017 ke 31 Mac 2017. Hadiah giveaway nie memang terbaik iaitu RM100

Isnin, 27 Mac 2017

Dividen ASB2 Tahun 2017







 Tadi Pengerusi PNB iaitu Tan Sri Abdul Wahid Bin Omar telah istihar dividen ASB2 pada tahun 2017. Dividen tahun ini adalah 6.50 sen perunit .Untuk makluman dividen tahun lepas adalah 7.05 sen  Para pencarum boleh mengemaskini buku ASB masing-masa pada 3 April  2017. Semua dividen tahun ini dalam keadaan menurun seperti Amanah Saham Bumiputera dan Lembaga Tabung Haji. Harap dividen Bank Rakyat masih lagi kekal seperti tahun lepas.

Rekod Dividen ASB 2 tahun terakhir

2016 7.05 sen
2015 7.50 sen + Bonus 0.25 sen

Sumber rujukan  http://www.bharian.com.my/node/264661?m=1

Selasa, 7 Mac 2017

Fridge Magnet Padang Besar



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Isnin, 6 Mac 2017

MummyAyu Giveaway




Mari semua sertai giveaway nie. Tarikh tutup penyertaan pada 08 Mac 2017. Hadiah kali ini memang terbaik iaitu pasport holders. Good luck untuk semua.

Isnin, 27 Februari 2017

Pencarian Bloglist Sesi Mac-April 2017



Mari semua sertai pencarian yang dibuat oleh Cik Nur Athirah. Tarikh tutup penyertaan pada 08 Mac 2017. 10 pemenang akan jadi bloglist nanti. Tahniah in advance kepada para pemenang

Rabu, 22 Februari 2017

Giveaway Topup Percuma Cik Candy



Mari sertai giveaway yang dibuat oleh cik candy. Tarikh tutup penyertaan pada 11 March 2017. Hadiah topup RM5 untuk 6 para pemenang.

Selasa, 21 Februari 2017

Birthday Giveaway Nur Imani

Giveaway Birthday Nur Imani

Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh Mak Imani. Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2017. Hadiah giveaway nie ialah set cutlery.


Khamis, 16 Februari 2017

Segmen Review Blog



Mari semua sertai segmen yang dibuat blogger Syahirah. Tarikh tutup penyertaan 12 Mac 2017. All the best to you all. Sekali sekala speaking English.

2017 Masih Belum Terlambat

Hasil carian imej untuk headache




Hari ini dah masuk pertengahan  bulan Februari untuk tahun 2017. Kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM0.20 perliter memang menambah perbelanjaan kepada semua penduduk Malaysia. Jika kita menggunakan kereta yang minyak penuh 40 liter setiap kali isi. Maknanya terpaksa menambah RM8.00 setiap kali mengisi minyak petrol untuk kereta masing-masing. Kenaikan harga minyak juga menyebabkan harga barang mentah dan makanan siap dimasak akan semakin mahal. 2017 juga banyak pengusaha taska dan tadika menaikkan yuran bulanan dengan alasan kenaikan kos pengurusan dan mengikuti bayaran gaji minium pekerja.

Sebelum ini ada pekerja yang cukup dengan membawa RM10 sehari untuk makan pagi dan tengahari. Sekarang kebanyakan dari kita kena ada paling kurang RM15 dalam poket untuk makan sarapan pagi dan makan tengahari. Sama juga berlaku masa beli barang keperluan di pasaraya. Dulu RM250 dah boleh penuh satu troli masa nak buat bayaran di kaunter. Sekarang RM350 baru penuh troli untuk dapat barang keperluan seharian. Jadi yang terbaik sekarang kita kembali kepada perancangan kewangan yang paling basic

1) tambahkan pendapatan
2) kurangkan perbelanjaan

Bab tambah pendapatan memang kena kreatif dan perlu korbankan masa yang terluang. Ada yang buat part time jual burger selepas waktu kerja. Ramai juga yang jadi pak guard waktu malam dan cuti sabtu ahad. Bagi yang bekerja makan gaji waktu inilah yang terbaik untuk mencari kerja di tempat lain yang tawarkan gaji lebih baik. Yang penting buat kajian dahulu tentang syarikat  itu. Sebab sekarang ekonomi Malaysia memang tengah lembab. Harap-harap syarikat yang kita bekerja dan akan bekerja tidak  gulung tikar.

Sekarang trend ramai orang buat perniagaan online di internet. Ada yang buat dropship dan promote produk orang lain di website, facebook dan lain-lain. Bagi yang dah expert memang boleh wat pendapatan pasif dari online seperti review produk, komisen affiliate dan lain-lain.

Kurangkan perbelanjaan memang cara paling basic untuk menampung  kekurangan pendapatan kita. Yang penting kena tahun berapa pendapatan bersih dan perbelanjaan setiap bulan. Perbelanjaan ada yang tetap seperti bayaran bulanan kereta, bayaran pengasuh dan sewa rumah. Bayaran tidak tetap seperti beli keperluan rumah dan bayaran utiliti. Bayaran tidak tetap masih boleh dikurangkan setelah membuat analisa keperluan dan penjimatan.

Sebagai contoh bil eletrik dan astro. Cara penjimatan bil astro ialah dengan mengurangkan pakej yang sedia ada atau bertukar kepada astro Njoi. Dari segi bil eletrik ialah dengan menggunakan barangan eletrik jimat tenaga dan tutup lampu bila tidak digunakan. Bayaran petrol juga boleh dijimatkan jika kita mahu. Pengguna boleh berkongsi kenderaan ke pejabat atau menaiki kenderaan awam seperti monorail dan komputer. Penggunaan motosikal di bandar besar memang dapat menjimatkan penggunaan petrol. Sebagai contoh jika kita mengisi minyak RM50 seminggu. Ini bermakna sebulan RM200 diperlukan untuk mengisi minyak. Jika menaiki moto peruntukan isi minyak tidak melebihi RM50 sebulan.


Isnin, 13 Februari 2017

Pencarian Bloglist Mac 2017 By FWS



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh cik puan farah. Tarikh tutup giveaway nie pada 28 Februari 2017. Good luck untuk semua peserta

Jumaat, 3 Februari 2017

Dividen Tabung Haji Bagi Tahun 2016

Hasil carian imej untuk tabunh haji






Pagi tadi Lembaga Tabung Haji teah umumkan dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Pengumuman ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya. Dividen kali ini adalah 4.25 peratus dengan tambahan hibah 1.5 peratus. Hibah tambahan hanya layak kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Peruntukan dividen kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM2.88 bilion. Semua pendeposit boleh mengemaskini caruman TH bermula pada isnin hadapan.

Sumber rujukan http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Giveaway Pocket Chia Seed



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh Puan Zaida nie. Tarikh tutup penyertaan pada 14 Februari 2017.  Sapa yang menang giveaway nie akan dapat chia seed yang baik untuk  membekalkan tenaga dan kuatkan sistem ketahanan badan

Khamis, 26 Januari 2017

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

" height="435" width="640" />



Selasa, 24 Januari 2017

Segmen Bloglist Februari By Syazharzaysminme




Mari semua sertai segmen bloglist yang dibuat oleh cik syazrah. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari 2017. Owner peraduan mencari 20 bloglist untuk dipilih.

Jumaat, 20 Januari 2017

Azam Tahun 2017

Hasil carian imej untuk 2017


Salam Jumaat kepada semua pembaca yang beragama Islam. Syukur waktu pergi kerja tadi suasana berkabus dan cuaca yang dingin. Rasa tidak terlambat lagi untuk mengemaskini azam tahun 2017. Kekangan masa dan komitmen kerja banyak membantutkan usaha nak kemaskini azam setiap tahun. Sekejap jer bulan Januari pun dah nak berakhir.

Azam pertama say pertamaa berkaitan dengan sukan. Telah berehat lama sejak November tahun 2016 kerana kecederaan MCL. Saya cedera MCL sewaktu bermain takraw selepas balik kerja. Kecederaan MCL tue mula-mula lutut memang bengkak sangat. Bila solat pun kena duduk  atas kerusi kerana lutut tak boleh bengkok. Syukur sekarang dalam proses pemulihan akhir. Lutut pun tidak rasa sengal dan sakit macam sebelum nie. Target minggu depan akan mula aktif semula dalam sukan takraw, futsal dan bola sepak padang. Tahun lepas masa tengah kemaruk bersukan , memang setiap petang akan main takraw selama 7 hari seminggu tanpa henti. Rekod sehari main 2 permainan contoh petang main takraw dan malam pula main futsal.

Tahun 2017 kena kurangkan aktiviti sukan. Untuk keselamatan lutut dan faktor usia. Mungkin seminggu 3 hari sahaja untuk bersukan.  Ramai dah kawan-kawan ajak pulak main badminton dan basikal. Jika ada masa mungkin nak jugak merasa sukan lain pulak. Apepun kesihatan diri dan masa bersama keluarga perlu diutamakan. Sukan nie sebenarnya banyak juga duit yang dilaburkan. Contoh setiap sukan kasut memang berlainan. Ada sukan kena beli pulak bola seperti bola takraw , bola sepak dan bulu tangkis. Sekarang bola padang sintetik sekali perlawanan kena bayar RM650 sekali dengan pengadil.

Tahun 2017 nie juga saya perlu lebih menumpukan kepada blog ini. Tujuannya supaya blog ini dapat menghasilkan side income setiap bulan..Paling kurangpun boleh cover duit bayar streamyx bulan2 hihihi.  Saya juga perlu membaiki teknik SEO supaya lebih menarik dan lebih ramai pembaca setiap hari. Harap blogger lain dapat tunjuk ajar macam mana nak dapat side income dari blog. Saya tengok ada yang blogger banyak dpat income dari affliate, review produk dan jual produk. Apepun blog ini bermula sebagai blog peribadi. Semoga tahun 2017 semua blogger dan pembaca lebih berjaya dalam mengharungi ekonomi yang mencabar.

Pencarian Bloglist February 2017

PENCARIAN BLOGLIST FEBRUARY 2017 by huhahuhajerr.com

Mari semua sertai segmen yang dibuat oleh Puan Nor Akma. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari 2017. 3 hadiah misteri disediakan kepada pemenang yang bertuah

Rabu, 18 Januari 2017

Giveaway New Year www.aeirillhassan.com 2017





Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


10 Koperasi Terbaik Malaysia Dari Pahang

Hasil carian imej untuk excellent



Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) telah mengeluarkan senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia tahun 2016. Saya pula telah senarai pendek koperasi dari Pahang yang masuk dalam senarai tersebut.
Pengiktirafan ini dibuat dengan proses penilaian kuantitatif dan kualitatif. Proses kuantitatif dinilai dari segi faktor kewangan dan faktor bukan kewangan.

Dibawah ini senarai koperasi terbaik Malaysia dari negeri Pahang

1) Nama                   Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
    Perniagaan           Perladangan, Perhotelan, Al-Rahnu
    Kedudukan 2016 Nombor 11
    Kedudukan 2015 Nombor 12

2) Nama                   Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Bhd
    Perniagaan           Perladangan, Stesen Minyak
    Kedudukan 2016 Nombor 24
    Kedudukan 2015 Nombor 26

3) Nama                   Koperasi Serbaguna Dara Berhad
    Perniagaan           Stesen Minyak, Peruncitan
    Kedudukan 2016 Nombor 32
    Kedudukan 2015 Nombor 17

4) Nama                   Koperasi LKPP Pahang Berhad
    Perniagaan           Perladangan, Perkhidmatan
    Kedudukan 2016 Nombor 52
    Kedudukan 2015 Nombor 84

5) Nama                   Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad
    Perniagaan           Stesen Minyak
    Kedudukan 2016 Nombor 57
    Kedudukan 2015 Nombor 31

6) Nama                   Koperasi Pengguna Pahang Berhad
    Perniagaan           Stesen Minyak, Peruncitan
    Kedudukan 2016 Nombor 58
    Kedudukan 2015 Nombor 38

7) Nama                   Koperasi Pengguna Daerah Jerantut Berhad
    Perniagaan           Stesen Minyak,
    Kedudukan 2016 Nombor 71
    Kedudukan 2015 Nombor 52

8) Nama                   Koperasi Felda Sungai Koyan Dua Berhad
    Perniagaan           Stesen Minyak, Peruncitan
    Kedudukan 2016 Nombor 79
    Kedudukan 2015 Nombor 59

9) Nama                   Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan Berhad
    Perniagaan           Peruncitan
    Kedudukan 2016 Nombor 81
    Kedudukan 2015 Nombor

10) Nama                 Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pekan Berhad
    Perniagaan           Perladangan, Peruncitan
    Kedudukan 2016 Nombor 91
    Kedudukan 2015 Nombor 56

Selasa, 17 Januari 2017

Planner & Calendar Giveaway



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh Puan Shahida. Tarikh tutup penyertaan pada 23 Januari 2017. Hadiah giveaway ialah kalendar dan planner MSU

Isnin, 16 Januari 2017

Make It Yours Giveaway



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh saudara Luqman Zakaria. Tarikh tutup penyertaan pada 23 Januari 2017. Hadiah yang ditawarkan juga menarik seperti Wah Chan Bracelet, Top Up dan Glass Water Bottle

Rabu, 11 Januari 2017

Giveaway Niyaz 1




Mari semua sertia giveaway yang dibuat oleh Liez. Tarikh tutup penyertaan pada 9 February 2017.   2 hadiah misteri akan diberikan kepada para pemenang yang bertuah nanti.

Isnin, 9 Januari 2017

Giveaway By Abam Kie



Mari semua sertai giveaway yang dibuat oleh Abam Kie. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2017. Hadiah yang ditawarkan adalah fridge magnet, notepad dan topup bernilai RM5

Rabu, 4 Januari 2017

2017 First Giveaway By Sfrnfzl



Mari semua sertai giveaway ini. Tarikh tutup penyertaan pada 2 Februari 2017. Hadiah yang ditawarkan juga agak menarik seperti Tshirt, Shawl, Perfume dan Topup

Prestasi Saham FoundPac Group Berhad


Hasil carian imej untuk foundpac



Saham FoundPac Group Berhad  telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 29 Disember 2016 .  Saham ini dibuka kepada seluruh rakyat  Malaysia tanpa peruntukan MITI sebelum disenaraikan. Banyak IPO yang terbaru telah disenaraikan di BSKL tanpa peruntukan saham untuk MITI. Saya sendiri pun masih mencari sebab kenapa perkara ini berlaku

Saham FoundPac Berhad ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan RM0.54 persaham. Syarikat ini pada awalnya terlibat dalam perniagaan import dan export. Pada tahun 2004 Syarikat FoundPac telah mengembangkan perniagaan dalam bidang pembekalan semikonduktor pula. Syarikat ini berniat untuk memberi dividen 30% selepas cukai untuk kewangan berakhir kali ini. bawah ini rumusan harga saham FoundPac Holdings  dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO                                RM0.540
Harga pembuka   29 Disember 2016          RM0.610
Harga tertinggi    29 Disember 2016           RM0.680
Harga terendah    29 Disember 2016          RM0.610
Harga penutup     29 Disember 2016          RM0.660
Harga penutup     30 Disember 2016          RM0.670

Selasa, 3 Januari 2017

Segmen India & Tahun & Tahun Baru



Mari semua sertai giveaway nie yang dibuat oleh cik Dylla. Tarikh tutup penyertaan pada 1 Februari 2017.