produk-produk

Rabu, 4 Januari 2017

Prestasi Saham FoundPac Group Berhad


Hasil carian imej untuk foundpac



Saham FoundPac Group Berhad  telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 29 Disember 2016 .  Saham ini dibuka kepada seluruh rakyat  Malaysia tanpa peruntukan MITI sebelum disenaraikan. Banyak IPO yang terbaru telah disenaraikan di BSKL tanpa peruntukan saham untuk MITI. Saya sendiri pun masih mencari sebab kenapa perkara ini berlaku

Saham FoundPac Berhad ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan RM0.54 persaham. Syarikat ini pada awalnya terlibat dalam perniagaan import dan export. Pada tahun 2004 Syarikat FoundPac telah mengembangkan perniagaan dalam bidang pembekalan semikonduktor pula. Syarikat ini berniat untuk memberi dividen 30% selepas cukai untuk kewangan berakhir kali ini. bawah ini rumusan harga saham FoundPac Holdings  dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO                                RM0.540
Harga pembuka   29 Disember 2016          RM0.610
Harga tertinggi    29 Disember 2016           RM0.680
Harga terendah    29 Disember 2016          RM0.610
Harga penutup     29 Disember 2016          RM0.660
Harga penutup     30 Disember 2016          RM0.670

Tiada ulasan:

Catat Ulasan