produk-produk

Khamis, 31 Mac 2016

Keputusan IPO LKL International Dan Pecca Group


Hasil carian imej untuk ipo



Keputusan IPO Pecca Group Berhad dan LKL International Berhad telah keluar keputusannya di laman web MITI. Pemohon boleh menyemak permohonan di laman sesawang MITI iaitu http://sahamonline.miti.gov.my/. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, anda boleh mencuba saham JHM Consolidation Berhad pula.

Tarikh akhir pembayaran bagi IPO Pecca Group adalah sebelum 01 April 2015 sebelum jam 05.00 petang. Pembayaran saham ini terus kepada Malaysian  Issuing House Sdn Berhad. Mengikut surat akur terima kepada MITI, jangkaan Pecca Group disenaraikan pada 12 April 2016. Syarikat ini berniat memberi 40 peratus dari keuntungan selepas cukai sebagai dividen kepada bakal pelabur.

Tarikh akhir pembayaran IPO LKL International adalah sebelum 04 Mei 2016. Pembayaran saham ini  terus kepada Alliance Investment Bank Berhad. Tarikh LKL disenaraikan pada16 Mei 2016

Selasa, 29 Mac 2016

Saham JHM Consolidation Berhad


Hasil carian imej untuk jhm consolidation berhad



MITI telah menawarkan tawaran saham khas JHM Consolidation Berhad bermula semalam 28 Mac 2016. Tawaran ini dibuka sehingga 1 April 2016(Jumaat)  sebelum 12.00 tengahari. Penghantaran borang permohonan pula sebelum 5 April 2016 sebelum jam 04.30 petang.   Syarikat ini  telah disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dengan nombor kod 0127 KL.

Syarikat JHM Consolidation Berhad diletakkan dibawah Ace Market. Harga penutup petang tadi adalah RM0.47 perunit.  Syarikat ini mempunyai ISO 9001-2001 dan 14001. JHM Berhad telah mencatatkan kenaikan pendapatan kasar RM49 juta pada tahun 2010 sehingga RM71 juta pada tahun 2014. Setiap tahun syarikat mencatatkan keuntungan bersih kecuali pada tahun 2014.

Saham JHM menawarkan 22.1 juta unit saham kepada pelabur bumiputera di bawah tawaran MITI. Harga par adalah RM0.10 per saham. RHB Investment Bank Berhad merupakan bank penasihat IPO kali ini. Syarikat ini beribu pejabat di Medan Kg Relau, Pulau Pinang. JHM Consolidation menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang merangkumi reka cipta dan pembangunan Micro Eletronic Component.  Para pelabur diminta membuat kajian lebih lanjut sebelum membeli mana-mana IPO yang ditawarkan.

Prestasi Saham Bison Consolidated

Hasil carian imej untuk bison consolidated berhad



Pagi tadi saham Bison Consolidated  Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.    IPO ini menggunakan kod 5275 KL . Bison adalah IPO yang ketiga disenaraikan pada tahun ini selepas saham Chin Hin dan Ranhill Group. Bison telah disenaraikan pada pukul 9 pagi pada harga diskaun iaitu  RM1.09 sen. Harga penyenaraian IPO Bison Consolidated adalah RM1.10.

Dibawah ini rumusan harga saham Bison Berhad  dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO               RM1.10
Harga pembuka 29 Mac 2016   RM1.09
Harga tertinggi 29 Mac 2016    RM1.22
Harga terendah 29 Mac 2016    RM1.08
Harga penutup  29 Mac 2016    RM1.17

Pencarian Bloglist Blog Tengkubutang.Com 2016


                                             

Mari join giveaway yang anjurkan oleh blog tengkubutang. Harap dapat masuk dalam senarai bloglist dan menang key chain yang comel. Giveaway ini memang terbaik sebab tiada tarikh tutup

Khamis, 24 Mac 2016

Dividen ASB2 Tahun 2016

Hasil carian imej untuk asb2

Permodalan Nasional Berhad telah mengistiharkan dividen ASB2 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016. Dividen Amanah Saham Bumiputera2 adalah 7.05 sen perunit bagi tahun 2016.  ASB2 akan membuat penangguhan urusniaga dari 23 hingga 31 Mac 2016. Semua pendeposit boleh mengemaskini buku masing-masing pada 1 April 2016.

Peruntukan dividen kepada pendeposit pada tahun ini adalah RM213.07 juta meningkat 131.6 peratus berbanding tahun lalu. Pemberian dividen ini akan memberi manfaat kepada 159 480 pemegang unit. Tahniah kepada yang akan dapat dividen Bank Rakyat dan ASB2. Untuk rujukan dividen ASB2 tahun 2015 adalah 7.5 sen + Bonus 0.25sen

Rabu, 23 Mac 2016

Bloglist Walking April-Mei 2016


                                        Tekan Sini

Mari ramai-ramai kita join segmen yang dianjurkan oleh puan Erna. Tarikh tutup 25 Mac 2016 nie. Harap tujuhpetak terpilih lar menjadi bloglist nanti untuk April-Mei 2016

Giveaway Cash RM600 Mac 2016 By Emas Putih


                                                 *sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Selasa, 22 Mac 2016

Blogwalking By Coretanku


                                       Klik Banner

Moh le reramai kita join blogwalking segment blogger nie. Tarikh tutup pada 31 Mac 2016. Harap termasuk la dalam bloglist Coretanku

Dividen Bank Rakyat Tahun 2015




Hasil carian imej untuk bank rakyat

Bank Rakyat telah istiharkan dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Dividen bagi tahun 2015 adalah 13 % . Pembayaran dividen kepada anggota akan bermula esok iaitu 23 Mac 2016. Pengerusi Bank Rakyat , Tan Sri Abdul Aziz Zainal (B) mengumumkan pendapatan bersih tahun 2015 adalah RM2.01 billion.

Peruntukan dividen bagi tahun 2015 adalah RM385 juta. Pendapatan kasar kumpulan Bank Rakyat berjumlah RM6.43 billion berbanding RM6.06 billion pada tahun 2014. Rekod 3 tahun terakhir dividen bank rakyat. Berita selanjutnya mengenai dividen bank rakyat http://www.bharian.com.my/node/136038

2014- 15 peratus
2013- 15 peratus
2012- 18 peratus

Sabtu, 19 Mac 2016

Buku Penambah Ilmu Pengetahuan

Hasil carian imej untuk banyak buku

Salam hujung minggu. Memang dah lama nak tulis pasal budaya membaca buku dikalangan orang Malaysia. Saya sendiri pun kurang membaca bahan ilmiah untuk tahun 2016 kerana  komitmen kerja dan sibuk menguruskan hal keluarga. Biasanya saya membeli buku dan bahan bacaan di Kedai Buku Popular kerana ada diskaun 5 hingga 20 peratus untuk ahli kad Popular. Lagipun kita boleh menolak cukai pendapatan sehingga RM1000 dengan membeli buku bacaan ilmiah setiap tahun.

Dibawah ini saya senaraikan buku kewangan yang saya miliki dan pernah baca. Bila ada masa nanti saya akan buat ulasan setiap buku tersebut. Pada pendapat saya masih kurang buku berkaitan pendidikan kewangan dalam Bahasa Melayu di pasaran Malaysia. Banyak buku  English yang diterjemah  ke Bahasa Melayu dari penulis yang terkenal seperti Warren Buffet, Robert Kiyosaki dan Adam Khoo berada di pasaran Malaysia.

1)Nama Buku Celik Wang
Penulis
Penerbit          Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

2)Nama Buku 52 Ideas For Personal Finance Success
Penulis            John Middleton
Penerbit          Advantage Quest Publication

3)Nama Buku Kewangan Harian Kita Halal @ Haram
Penulis            Muhamad Zuhaili
Penerbit          Kumpulan Karangkraf

4)Nama Buku Power Pengurusan Wang Ringgit Anda
Penulis
Penerbit          Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

5)Nama Buku Set Yourself Free
Penulis            Yap Ming Hui
Penerbit          Whitman Independent Advisor

6)Nama Buku Roadmap To Financial Freedom
Penulis            Yap Ming Hui
Penerbit          Whitman Independent Advisor

7)Nama Buku Why A Student Work For C Student
Penulis            Robert Kiyosaki
Penerbit          PTS Profesional Sdn. Bhd

8)Nama Buku Klik Untuk Kaya
Penulis            Rosli Jamal
Penerbit          Alameen Serve Holdings

9)Nama Buku Rahsia Pengurusan Warren Buffet
Penulis            Mary Buffet
Penerbit          PTS Profesional Sdn Bhd

10)Nama Buku Saya Tidak Mahu Kaya
Penulis             Aa Gym
Penerbit            PTS Millenia

11)Nama Buku Rahsia Minda Jutawan
Penulis             Amar Mahmood
Penerbit            PTS Profesional Sdn Bhd

12)Nama Buku  Rahsia Pelabur Jutawan
Penulis               Adam Khoo
Penerbit             PTS Millenia

13)Nama Buku Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan
Penulis              Adam Khoo
Penerbit            PTS Millenia

14)Nama Buku Hidup Berjaya Tanpa Rat Race
Penulis              Anuar Haniff dan Mohd Nizal Haniff
Penerbit            Mustread Profesional

15)Nama Buku How To Make Money From Stock Investment
Penulis              Ho Kok Mun
Penerbit            Kanyin Publication

16)Nama Buku Secret of Self-Made Millionaires
Penulis              Adam Khoo
Penerbit            Adam Khoo Learning

17)Nama Buku Wang Panduan CAP
Penulis            
Penerbit            Persatuan Pengguna Pulau Pinang

18)Nama Buku Legasi Kekayaan Kewangan
Penulis              Datoamri, Cheng Po Cen dan Coach Bahar
Penerbit            Jootawan Group Sdn. Bhd





























Khamis, 17 Mac 2016

Tawaran IPO Salutica Berhad Oleh MITI









MITI telah menawarkan tawaran saham khas Salutica Berhad bermula 17 Mac 2016. Tawaran ini dibuka sehingga 23 Mac 2016(Rabu)  sebelum 12.00 tengahari. Penghantaran borang permohonan pula sebelum 25 Mac 2016 sebelum jam 04.30 petang. Untuk maklumat lanjut boleh layari lawan sesawang http://sahamonline.miti.gov.my/.

IPO Salutica menawarkan 38.8. juta unit saham kepada pelabur bumiputera di bawah tawaran MITI. Harga par adalah RM0.10. RHB Investment Bank Berhad merupakan bank penasihat IPO syarikat ini. Syarikat ini mereka, membangunkan dan menghasilkan peralatan eletronic untuk pasaran Malaysia. Ibu Pejabat Salutica terletak di Kawasan Perindustrian Zarib, Ipoh, Perak.

Salutica Allied Solution telah ditubuhkan pada 15 October 1990. Sebelum ini Salutica Berhad menggunakan nama Balda Solution Malaysia Sdn. Bhd. Pengurusan baru telah membeli Salutica Berhad pada April 2013. Produk keluaran Salutica Berhad telah digunakan di 28 buah negara ttermasuk benua Eropah, Amerika, Asia dan Ocenia. Apepun sila buat kajian lebih lanjut sebelum membeli IPO syarikat ini.


Prestasi Saham Ranhill








Pagi semalam saham Ranhill  Holdings Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ranhill Holdings menggunakan kod 5272 KL dan dibawah sektor perkhidmatan. Ranhill telah disenaraikan pada pukul 9 pagi pada harga RM1.10 sen. Harga penyenaraian IPO Ranhill Berhad adalah RM1.70. IPO kedua yang disenaraikan pada tahun ini ditutup pada harga diskaun.

Ranhill menguasai 37.4 peratus penjanaan IPP di Sabah. Syarikat ini beroperasi di Malaysia, Thailand dan China.  Sebenarnya Ranhill Holding telah disenaraikan sebelum ini pada 15 Februari 2001. Syarikat telah membeli saham semula pada harga RM0.90 untuk dikeluar senarai pada 14 November 2011.

Dibawah ini rumusan harga saham Chin Hin Group dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO               RM1.70
Harga tertinggi 16 Mac 2016    RM1.15
Harga terendah 16 Mac 2016    RM1.00
Harga penutup  16 Mac 2016    RM1.01

Selasa, 15 Mac 2016

Dividen ASM Tahun 2016

logo_asm

Permodalan Nasional Berhad telah mengistiharkan dividen Amanah Saham Malaysia pada hari ini. Agihan pendapatan ASM pada tahun ini adalah 6.3 sen perunit. Dividen tahun ini berkurangan 0.3 sen berbanding dividen ASM pada tahun lepas. Kebanyakkan rakyat Malaysia status Bumiputera mengutamakan pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Bumiputera 2 kerana dividen yang lebih kompetetif dan mempunyai bonus tahunan.

Penangguhan urusniaga Amanah Saham Malaysia bermula 23 hingga 31 Mac 2016. Pencarum ASM boleh mengemaskini buku masing-masing bermula 01 April 2016. Sebagai makluman dana ASM telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2000 lagi iaitu  sejak zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016, ASM telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM1.26 billion. Dividen yang dikreditkan semula kepada pencarum berjumlah RM1.026 billion.

Sejarah Dividen ASM 3 Tahun Terakhir :

2015   6,60%
2014   6.60%
2013   6.50%

Berita penuh http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/media/berita/20160315_AGIHAN-ASM_2016_BM.pdf

Giveaway By Ros Nordin


                                            Tekan Sini

Jom kita join giveaway by Ros Nordin. Hadiah yang ditawarkan pun nampak menarik. Tidak pernah menang hadiah apepun sejak menjadi blogger picisan. Harap dapat hadiah  The Body Shop Gift.

Saya pun tiada instagram

Contest Giveaway By Irismyra.blogspot


                                        Tekan Sini

Jom kita join contest giveaway by blogger irismyra. Contest ini dibuat sempena birthdaynya yang ke 33 pada tanggal 29 hb Mac 2016. Apepun happy birthday in advance from me.

1 BARANG BABY
2 BAJU
3 TUDUNG/SHAWL
4 BARANG MANDIAN

Dari pilihan yang ada saya nak No 1- Barang Baby

Jumaat, 11 Mac 2016

Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

Mini Giveaway azlindaalin.com Sempena Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun.

Mari join giveaway blogger ini kerana syaratnya agak mudah. Apepun tujuhpetak doakan kakak dhia  menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Akhir kata semoga dhia menjadi insan yang membanggakan Azlin sekeluarga. Pandai dhia berposing untuk bergambar.



Segmen Blogwalking By Seindahcerita

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

Syarat-syarat Penyertaan
  1. Sila Follow Blog SEINDAHCERITA
  2. Sila Like Page SEINDAHCERITA  
  3. Sila Follow Twitter @nieylanadia
  4. Sila Follow Instagram @nieylanadia
  5. Buat entri bertajuk " Segmen Blogwalking By Seindahcerita "
  6. Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini. 
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

    atau
  8.  Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)

Bonus!
  • Sempena bulan Birthday Nieyl bulan nie, nieyl akan pilih 5 Blog yang bertuah melalui perkhidmatan random.org untuk menjadi bloglist nieyl :)

Segmen Bloglist Kataubaid.Com Mac 2016


Blog Kataubaid.com sedang mencari 5 blog untuk di senaraikan dalam Bloglist Mac dan April 2016 . Untuk menyertai segmen bloglist kataubaid.com , boleh ikut cara-caranya seperti di bawah :

1. Follow Blog kataubaid.com
2. Like page -- > kataubaid .
3. Copy Coding di bawah ini dan pastekan di blog anda dan publish.
4. Pastekan Url entri anda di ruangan komen .
5. Selesai.

5 blog akan di pilih untuk menjadi bloglist kataubaid.com untuk bulan Mac dan April 2016 . Tarikh penyertaan bermula dari 10 Mac -12 Mac 2016 sahaja . Semoga dengan adanya blog korang dalam bloglist kataubaid.com dapat membantu menambah traffic blog anda setiap hari .

Jemput join ya !

sekian.

Selasa, 8 Mac 2016

Prestasi Saham Chin Hin Group Berhad













Pagi tadi saham Chin Hin Group Berhad telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Chin Hin Group menggunakan kod 5273 KL dan dibawah sektor perkhidmatan. Chin Hin telah disenaraikan pada pukul 9 pagi pada harga RM0.82 sen. Harga penyenaraian IPO Chin Hin Group Berhad adalah RM0.65. Keuntungan RM0.17 persaham kepada yang menjual pada harga RM0.82.

Dibawah ini rumusan harga saham Chin Hin Group dari tawaran permulaan :-

Harga penawaran IPO             RM0.65
Harga tertinggi 8 Mac 2016    RM0.835
Harga terendah 8 Mac 2016    RM0.78
Harga penutup  8 Mac 2016    RM0.82

Iniblogke Mac16 Bloglist


                                     
                                       Tekan Sini


Assalamualaikum & hello blogger!
Since aku dah lama tak buat bloglist di Iniblogke so aku nak buat blogwalking + bloglist.


So kepada sesiapa yang berminat, korang hanya perlu buat

  • Follow Iniblogke
  • Buat satu post bertajuk "iniblogke Mac16 bloglist"
  • Pastikan banner ni ada dalam post korang & linkkan kat post ini
  • Tinggalkan url post korang kat ruangan comment
15 blog bertuah (random.org) akan dipilih untuk dimasukkan kedalam bloglist (16Mac 2016 - 15Jun 2016)

Segmen ini akan berlangsung selama ; 1 Mac 2016 - 14 Mac 2016 & pada 15 Mac aku akan umumkan 15 blog yang terpilih! Jom join.


Hantar E-Filing Tahun 2015















Salam pagi Selasa untuk semua. Semoga hari ini dalam keadaan yang lebih baik berbanding semalam. Bermula 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016 semua pembayar cukai pendapatan individu hendaklah membuat e-filing  di laman sesawang https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx. Semua majikan hendaklah memberi salinan borang BE kepada pekerja masing-masing sebelum 29 Februari 2016.  Di harap semua membuat e-filing seawal mungkin bagi mengelakkan kesesakkan web LHDN pada hujung bulan April 2016.

Jika membuat e-filing minggu ini , pembayaran baki cukai terlebih bayar mungkin akan dapat lebih cepat. Ini kerana masih kurang pengguna yang membuat e-filing pada Bulan Mac 2016. Biasanya rakyat Malaysia suka buat e-filing pada penghujung April 2016. Pengalaman saya sendiri untuk tahun lepas , e-filing buat pada 31 Mac 2016. Duit lebihan bayaran cukai pendapatan dimasukkan ke daam akaun pada 20 April 2016.

Di bawah ini saya senaraikan tips-tips untuk mengurangkan cukai pendapatan individu :

1) Zakat pendapatan individu

2) Derma dan Hadiah yang diluluskan

3) Perbelanjaan rawatan perubatan ibubapa ( terhad RM5000)

4) Peralatan sokongan asas( terhad RM6000)

5) Yuran pendidikan di universiti ( terhad RM5000)

6) Pembelian bahan bacaan ( terhad RM1000)

7) Komputer peribadi setiap 3 tahun ( terhad RM3000)

8) Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( terhad RM6000)

9) Beli peralatan sukan ( terhad RM300)

10) Insurans nyawa dan KWSP ( terhad RM6000)

11)Insurans pendidikan dan perubatan ( terhad RM3000)




Sabtu, 5 Mac 2016

4 Perbelanjaan Penting Tahun 2016





















Sekarang perbelanjaan untuk keluarga dan anak-anak semakin bertambah dari tahun ke setahun. Sebagai ketua keluarga, kita perlulah merancang dengan teliti dan dari awal lagi supaya tidak ada masalah di kemudian hari. Perbelanjaan hari raya puasa tahun 2016 adalah pada bulan Julai ini. Hari Raya Haji pula pada bulan September. Perbelanjaan persiapan anak masuk sekolah pada bulan Disember 2016. Dicadangkan supaya pembaharuan insurans kenderaan tidak pada Bulan Julai, September dan Disember. Ini kerana peruntukan pada bulan tersebut akan bertambah menjadi 2 kali ganda. Apepun bermula dari awal tahun adalah perancangan yang terbaik untuk memulakan simpanan.

Dibawah ini terdapat 4 perbelanjaan wajib untuk semua keluarga Melayu dan Islam di Malaysia :-

1)Perayaan Hari Raya Aidil Fitri

Hari Raya Puasa pada tahun 2016 pada Bulan Julai nanti. Tidak sampai 5 bulan lagi nak sambut Hari Raya Aidil Fitri tue. Biasanya perbelanjaan hari raya puasa agak tinggi jugak. Anggaran duit yang perlu disediakan antara RM1000 ke RM2000 untuk satu keluarga yang mempunyai dua orang anak. Bagaimana hendak ada duit banyak itu jika kita tidak membuat persediaan lebih awal. Dihaap jangan menambah hutang kerana hendak bergaya sakan di hari raya .

Ada yang berbelanja persiapan hari raya menggunakan kad kredit sahaja. Ini kerana duit simpanan atau simpanan hari raya tidak dirancang terlebih dahulu. Kad kredit memang boleh digunakan untuk membeli persiapan hari raya. tetapi selepas digunakan hendaklah dibayar sebelum due date kad kredit tersebut. Kawan saya ada yang apabila  menyambut hari raya akan miss bayar pinjaman rumah dan kereta. Ini kerana duit bayaran pinjaman rumah dan kereta digunakan untuk persiapan hari raya.

Biasanya perbelanjaan untuk hari raya puasa digunakan untuk membeli baju raya untuk sekeluarga, kuih raya, duit raya untuk ibu bapa, anak saudara serta juadah hari raya. Jika kita memang bersedia dari awal , perbelanjaan akan mencukupi dan tidak melebihi bajet yang diperuntukkan. Tips yang pertama adalah menyimpan wang setiap bulan sehingga sebelum raya. Contohnya bajet raya tahun 2016 adalah RM1000 untuk sekeluarga. Kita perlulah menyimpan RM250 sebulan dari bulan Mac hingga bulan Julai sebelum Hari Raya Puasa.

Tips yang seterusnya boleh digunakan dengan menyediakan atau membeli barang sedikit demi sedikit setiap bulan. Sebagai contoh bulan Mac membeli dan menempah kain untuk dibuat baju raya. Kemudian bulan April menyediakan duit untuk duit raya, Bulan Mei membeli kuih raya dan bulan Jun diasingkan duit untuk membeli juadah pagi raya dan duit minyak dan tol untuk balik raya.

Tips yang terakhir ialah menyediakan tabung khas. Kita boleh namakan tabung itu Tabung Hari Raya.  Cara untuk memenuhkan tabung raya adalah dengan memasukkan tabungan bulanan, dividen yang diterima, overtime dan tuntutan perjalanan boleh dimasukkan ke dalam tabung Hari Raya. Nanti apabila hendak menggunakan duit untuk perbelanjaan Hari Raya Puasa bolehlah  menggunakan dari tabung ini.

2)Perayaan Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha disambut secara sederhana di Malaysia. Sambutan Hari Raya Qurban memang meriah di Kelantan Darul Naim berbanding negeri lain. Biasanya pada hari raya ini kita hanya menggunakan baju raya Aidil Fitri dan tidak memberi duit raya kepada kanak-kanak. Peruntukan RM500 sudah mencukupi untuk persiapan hari raya Qurban. Perbelanjaan untuk juadah pagi raya dan duit minyak untuk balik ke kampung. Perbelanjaan akan bertambah jika kita memang berniat untuk melakukan ibadah Aqiqah sempena Hari Raya Qurban. Yang terbaik duit peruntukan untuk aqiqah dari simpanan diri sendiri.

3)Pembaharuan Insurans dan Roadtax Kenderaan

Pembaharuan insurans kenderaan biasanya dibuat setahun sekali. Di Malaysia biasanya setiap rumah mempunyai satu kereta ataupun motosikal. Peruntukan untuk pembaharuan insurans bergantung kepada jenis kenderaan, harga pasaran semasa dan cc kenderaan itu sendiri. Jumlah NCD juga mempengaruhi harga insurans kenderaan.

Anda semua boleh menyimpan dan menyediakan peruntukan setiap bulan untuk pembaharuan insurans dan road tax kenderaan. Sebagai contoh anggaran insurans kenderaan pada tahun Disember 2016 adalah RM800. Kita hendaklah menyimpan RM100 sebulan dari Bulan Mac sehingga Disember 2016. Apabila sampai waktu pembaharuan insurans nanti gunakan simpanan untuk pembaharuan insurans.

Cara kedua dengan menggunakan kad kredit semasa membuat pembayaran insurans dan roadtax kenderaan. Selepas itu telefonlah pihak bank yang memberi kita kredit kad untuk membuat EPP ataupun Pelan Pembayaran Mudah contohnya 6 bulan. Cari dan mintak pakej EPP yang tanpa faedah dan bayaran bulanan yang pendek. Kelebihan teknik ini kita dapat memperbaharui insurans dan dapat point dari gunakan kad kredit. Yang penting jangan miss bayar bulaan EPP sampai habis.

4)Persiapan  Persekolahan  Anak-Anak

Perbelanjaan persekolahan adalah antara perbelanjaan yang besar selain perbelanjaan sambutan Hari Raya. Perbelanjaan masuk sekolah untuk anak yang bersekolah rendah dan tadika swasta boleh mencecah RM1000. Biasanya perbelanjaaan ini merangkumi yuran tadika, buku sekolah dan baju sekolah untuk anak yang kategori tadika.

Bagi anak yang bersekolah rendah dan menengah , perbelanjaan diperlukan untuk bayaran PIBG, buku sekolah dan uniform sekolah dan yuran KAFA. Jika duit tidak diperuntukan dari awal lagi memang pening apabila bulan Disember muncul tiba. Yang terbaik kita mengasingkan duit dari awal untuk perbelanjaan masuk sekolah anak-anak.

Cara yang pertama kita boleh menyimpan sebulan RM100 untuk persiapan sekolah anak-anak. Wang itu harus diasingkan  ke akaun berasingan supaya tidak terbelanja. Contoh jika target simpanan kita RM1000 hendaklah menyimpan selama 10 bulan. Bagi yang ada bonus dari syarikat boleh diasingkan RM1000 setiap tahun untuk perbelanjaan  masuk sekolah anak-anak.

Cara seterusnya boleh dibuat tabung khas untuk persiapan persekolahan anak-anak. Duit overtime, tuntutan perjalanan, dividen dan jumlah simpanan tetap boleh dimasukkan ke dalam tabung ini. Saya sendiri telah menyediakan tabung khas bermula Januari 2016 untuk perbelanjan anak untuk tahun 2017. Lagi awal lagi bagus kerana kita hanya perlu mengasingkan jumlah yang sedikit kerana mempunyai masa yang lebih banyak.


Jumaat, 4 Mac 2016

Segmen Bloglist By Aina


                                        Tekan Sini

Syarat-syaratnya
-Follow blog ni

-Buat entry bertajuk "Segmen Bloglist By Aina"

-Copy banner diatas dan backlink kan ke entry ni.

-Tinggalkan link entri anda pada ruangan komen


10 pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist Aina selama 3 bulan.


10 pemenang lagi akan dimasukkan ke dalam bloglist Aina selama sebulan

Pemenang dipilih menggunakan random.org.

-Segmen ini bermula dari 2/3/2016 hingga 20/3/2016.

#Moh reramai kita join segmen nie


Segmen #FamillyBlogger


Jangan risau syarat untuk termasuk dalam list #FamilyBlogger ni amat mudah..
1. Make sure, korang FOLLOW BLOG aku ni hiphiphorray15.blogspot.com
2. Copy banner buruk aku tu dan buat entri tajuk "Segmen #FamilyBlogger", lepas tu backlink ke segmen ni balik tau..
3. Tinggalkan link korang dekat ruang komen segmen ni yee (jangan lupa)
4. Tag la kawan-kawan sekali (tak kisah berapa orang untuk join sekali)
5. Settle.. Senangkan???

Mari semua kita join segmen ni

Rabu, 2 Mac 2016

Final Sepak Takraw Piala Khir Johari 2016

















 Final Piala Khir Johari tahun 2016 telah berlangsung pada 28 Februari 2016 jam 08.30 malam. Dua pasukan yang berentap di perlawanan akhir iaitu Pasukan Pulau Pinang dan pasukan Selangor. Pasukan Pulau Mutiara adalah pasukan  yang memenangi Piala Khir Johari pada tahun 1962 iaitu edisi pertama pertandingan ini diadakan. Pertandingan ini telah diadakan lebih 54 tahun di Malaysia.

Tahniah kepada Pulau Pinang kerana memenangi kejohanan kali ini. Pasukan Pulau Pinang telah mengalahkan Pasukan Selangor dengan kedudukan 2-0. Pulau Pinang melangkah ke perlawanan akhir setelah menang dengan Kuala Lumpur dengan kedudukan 2-1. Selangor pula mengalahkan pasukan Terengganu 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Pulau Pinang. Penentuan 3 dan 4 hanya ditentukan melalui undian kerana dua-dua pasukan iaitu Terengganu dan Kuala Lumpur masih keletihan kerana jadual perlawanan yang padat petang tadi.

Perlawanan regu A Pulau Pinang dan Selangor memang sengit. Regu A Selangor telah memenangi perlawanan pertama. Killer Regu A Selangor Arif Busu ternyata bertenaga membuat lipatan gulung yang menerjah ke kawasan Pulau Pinang. Tekong Selangor Syafiq Sharif selalu juga menghalakan bola ke sasaran fider Pulau Pinang untuk mendapat mata mudah untuk pasukan Selangor.

Perlawanan kedua Regu A telah dimenangi oleh pasukan Pulau Pinang. Tekong Pulau Pinang iaitu Shahir Rosdi banyak memberi mata mudah dan mengkucar kacirkan pertahanan Selangor. Shahir Rosdi merupakan tekong utama Pasukan Malaysia untuk masa sekarang. Kelajuan servisnya ada yang mencapai 70km sejam. Killer Pulau Pinang Kamal Ishak banyak juga memberikan mata kepada pasukan Pulau Mutiara . Lipatannya banyak menerjah ke kawasan pasukan Selangor.
Akhirnya Pulau Pinang memenangi perlawanan kedua.

Killer Pulau Pinang Kamal Ishak telah mengalami kecederaan pergelangan kaki pada perlawanan ketiga. Perlawanan telah diberhentikan dua kali kerana kecederaan Kamal Ishak. Apepun killer Selangor Arif Busu memang terbaik dengan teknik lipatan gulungan walaupun bola rendah. Akhinya Regu A Pulau Pinang telah memenangi perlawanan dengan agregat 2-1.

Regu B kedua-dua pasukan juga berlangsung dengan sengit. Pasukan Selangor dan Pulau Pinang saling bertukar-tukar mata sejak dari awal permainan. Selangor mempertaruhkan tekong berpengalaman Nor Azman yang pernah mewakili Malaysia satu masa dahulu. Nor Azman juga pernah mewakili Black Panters semasa Sepak Takraw League dahulu. Sebenarnya Regu B Selangor mempunyai kelebihan kerana killer dan fider boleh membuat lipatan gulung. Akhirnya Selangor tewas pada set pertama.

Tekong Pulau Pinang untuk Regu B telah mengalami kecederaan  pada set pertama lagi. Tapi dengan semangat juang yang tinggi perlawanan tetap diteruskan. Pasukan Selangor mendahului Pulau Pinang dengan mata yang agak jauh 20-15  pada set yang kedua. Killer Pulau Pinang banyak memberikan mata dengan membuat lipatan yang tajam yang tidak boleh diangkat oleh pemain Selangor. Tekong Pulau Pinang iaitu Fadzil juga bekas pemain kebangsaan negara pada masa dahulu. Pulau Pinang mengejar mata demi mata sehingga kedudukan 20-20. Akhrnya kemenangan berpihak kepada Pasukan Pulau Pinang.