produk-produk

Rabu, 2 Mac 2016

Final Sepak Takraw Piala Khir Johari 2016

















 Final Piala Khir Johari tahun 2016 telah berlangsung pada 28 Februari 2016 jam 08.30 malam. Dua pasukan yang berentap di perlawanan akhir iaitu Pasukan Pulau Pinang dan pasukan Selangor. Pasukan Pulau Mutiara adalah pasukan  yang memenangi Piala Khir Johari pada tahun 1962 iaitu edisi pertama pertandingan ini diadakan. Pertandingan ini telah diadakan lebih 54 tahun di Malaysia.

Tahniah kepada Pulau Pinang kerana memenangi kejohanan kali ini. Pasukan Pulau Pinang telah mengalahkan Pasukan Selangor dengan kedudukan 2-0. Pulau Pinang melangkah ke perlawanan akhir setelah menang dengan Kuala Lumpur dengan kedudukan 2-1. Selangor pula mengalahkan pasukan Terengganu 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Pulau Pinang. Penentuan 3 dan 4 hanya ditentukan melalui undian kerana dua-dua pasukan iaitu Terengganu dan Kuala Lumpur masih keletihan kerana jadual perlawanan yang padat petang tadi.

Perlawanan regu A Pulau Pinang dan Selangor memang sengit. Regu A Selangor telah memenangi perlawanan pertama. Killer Regu A Selangor Arif Busu ternyata bertenaga membuat lipatan gulung yang menerjah ke kawasan Pulau Pinang. Tekong Selangor Syafiq Sharif selalu juga menghalakan bola ke sasaran fider Pulau Pinang untuk mendapat mata mudah untuk pasukan Selangor.

Perlawanan kedua Regu A telah dimenangi oleh pasukan Pulau Pinang. Tekong Pulau Pinang iaitu Shahir Rosdi banyak memberi mata mudah dan mengkucar kacirkan pertahanan Selangor. Shahir Rosdi merupakan tekong utama Pasukan Malaysia untuk masa sekarang. Kelajuan servisnya ada yang mencapai 70km sejam. Killer Pulau Pinang Kamal Ishak banyak juga memberikan mata kepada pasukan Pulau Mutiara . Lipatannya banyak menerjah ke kawasan pasukan Selangor.
Akhirnya Pulau Pinang memenangi perlawanan kedua.

Killer Pulau Pinang Kamal Ishak telah mengalami kecederaan pergelangan kaki pada perlawanan ketiga. Perlawanan telah diberhentikan dua kali kerana kecederaan Kamal Ishak. Apepun killer Selangor Arif Busu memang terbaik dengan teknik lipatan gulungan walaupun bola rendah. Akhinya Regu A Pulau Pinang telah memenangi perlawanan dengan agregat 2-1.

Regu B kedua-dua pasukan juga berlangsung dengan sengit. Pasukan Selangor dan Pulau Pinang saling bertukar-tukar mata sejak dari awal permainan. Selangor mempertaruhkan tekong berpengalaman Nor Azman yang pernah mewakili Malaysia satu masa dahulu. Nor Azman juga pernah mewakili Black Panters semasa Sepak Takraw League dahulu. Sebenarnya Regu B Selangor mempunyai kelebihan kerana killer dan fider boleh membuat lipatan gulung. Akhirnya Selangor tewas pada set pertama.

Tekong Pulau Pinang untuk Regu B telah mengalami kecederaan  pada set pertama lagi. Tapi dengan semangat juang yang tinggi perlawanan tetap diteruskan. Pasukan Selangor mendahului Pulau Pinang dengan mata yang agak jauh 20-15  pada set yang kedua. Killer Pulau Pinang banyak memberikan mata dengan membuat lipatan yang tajam yang tidak boleh diangkat oleh pemain Selangor. Tekong Pulau Pinang iaitu Fadzil juga bekas pemain kebangsaan negara pada masa dahulu. Pulau Pinang mengejar mata demi mata sehingga kedudukan 20-20. Akhrnya kemenangan berpihak kepada Pasukan Pulau Pinang.

2 ulasan: