produk-produk

Khamis, 31 Mac 2016

Keputusan IPO LKL International Dan Pecca Group


Hasil carian imej untuk ipo



Keputusan IPO Pecca Group Berhad dan LKL International Berhad telah keluar keputusannya di laman web MITI. Pemohon boleh menyemak permohonan di laman sesawang MITI iaitu http://sahamonline.miti.gov.my/. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, anda boleh mencuba saham JHM Consolidation Berhad pula.

Tarikh akhir pembayaran bagi IPO Pecca Group adalah sebelum 01 April 2015 sebelum jam 05.00 petang. Pembayaran saham ini terus kepada Malaysian  Issuing House Sdn Berhad. Mengikut surat akur terima kepada MITI, jangkaan Pecca Group disenaraikan pada 12 April 2016. Syarikat ini berniat memberi 40 peratus dari keuntungan selepas cukai sebagai dividen kepada bakal pelabur.

Tarikh akhir pembayaran IPO LKL International adalah sebelum 04 Mei 2016. Pembayaran saham ini  terus kepada Alliance Investment Bank Berhad. Tarikh LKL disenaraikan pada16 Mei 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan