produk-produk

Rabu, 29 Jun 2016

Dividen ASD Tahun 2016


Hasil carian imej untuk amanah saham didik


Permodalan Nasional Berhad telah istiharkan dividen Amanah Saham Didik pada isnin lepas. Dividen ASD pada tahun ini adalah 6.3 peratus. Permodalan Nasional Berhad akan membuat penangguhan urusniaga ASD dari 24 hingga 30 Jun 2016. Semua pendeposit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing pada 01 Julai 2016.

Peruntukan dividen ASD tahun ini melibatkan peruntukan RM329.19 juta untuk semua pendeposit. Jumlah pendeposit untuk pelaburan ASD adalah melibatkan 307 784 pencarum. Keuntungan ASD pada kewangan berakhir 30 Jun 2016 adalah RM428.42 juta.

Berita sepenuhnya Bernama

Rekod dividen ASD 3 tahun terakhir :-

Tahun
Dividen
2015
6.6   %
2014
6.6   %
2013
6.8   %




Selasa, 28 Jun 2016

Peraduan Hari Raya

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Jom ramai-ramai sertai peraduan ini. Tarikh tutup peraduan pada 05 Julai 2016. Hadiah pertama akan menerima duit raya RM50. Memang terbaik peraduan ini.

Selasa, 21 Jun 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Raya Free Delivery 2016




Memang terbaik Nile.com.my kerana buat jualan hari raya dengan diskaun sampai 90 peratus. Pernah ada pengalaman beli dengan Nile sebelum nie. Penghantaran ke rumah memang cepat. Beli pakaian dan benda lain pun ada point pulak. Kali ini lagi terbaik kerana Nile buat giveaway pulak. Hadiah tunai RM1000 kepada para pemenang untuk dimenangi. Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 2016.

5 Barangan Pilihan Blog Tujuh Petak




ProductPortable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out




ProductWatches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out





ProductMen Shoes
JLM2016 Sales price: RM12.90
Date: 22/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out





ProductTraveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out








ProductFitness Chin-up Horizontal Bar 
JLM2016 Sales price: RM18.90
Date: 30/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out






Isnin, 20 Jun 2016

Dividen KPF Tahun 2015

Hasil carian imej untuk koperasi permodalan felda


Koperasi Permodalan Felda telah selesai mesyuarat tahunan pada 11 Jun 2016 yang lepas. Semua perwakilan yang hadir telah sebulat suara menyokong dividen yang dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF. Dividen tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 ialah 10 peratus. Peruntukan dividen bagi tahun kewangan berakhir ialah RM 262.28 juta

Peruntukan dividen kali ini menggunakan peruntukan keuntungan  terkumpul KPF yang di bawa kehadapan. Diharap Koperasi Permodalan Felda mempunyai perancangan jangka panjang untuk kembali ke zaman kecemerlangan mereka seperti dahalu. Berikut rekod dividen kpf untuk 5 tahun terakhir:

Tahun
Dividen
2014
10   %
2013
15   %
2012
16.5%
2011
18   %
2010
15   %

Khamis, 16 Jun 2016

Segmen Sampul Duit Raya SeindahCerita

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

Segmen Sampul Duit Raya  Seindahcerita | Alhamdulillah, tahun nie sampul duit raya DIY yang nieyl jual mendapat sambutan yang menggalakkan.. hari ini dengan berbesar hati dan rendah dirinya nieyl nak buat 1 segmen untuk semua follower blog seindahcerita. Suka tak? Nieyl menjadi 2 pemenang sampul duit raya..dengan menggunakan khidmat En.Random.org


Syarat-syaratnya..

1. Follow Blog Seindahcerita

2. Follow Instagram Nieylanadia

3.Like Fanpage Seindahcerita

4. Buat Entry bertajuk Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

5.Letak banner dan link ke entry ini

6.Jangan lupa tinggalkan URL entry dalam entry ini okey!


Atau korang boleh terus copy code di bawah dan paste di html entry korang :)

Rabu, 15 Jun 2016

Keputusan Perlawanan 1 Kumpulan EURO 2016


Hasil carian imej untuk euro 2016



Kumpulan A

Perancis
Romania
  2-1
Switzerland
Albania
  1-0

Perancis memperoleh kemenangan pertama untuk selaku tuan rumah. Perlawanan pertama tidak ramai penyerang yang menjaring gol kecuali gol tandukan Oliver Giroud. Gol kemenangan Perancis dijaringkan oleh pemain West Ham iaitu Dimitri Payet. Gol Kemenangan Switzerland pula dijaringkan oleh pemain pertahanan iaitu Fabian Schars.

Kumpulan B

Wales
Slovakia
 2-1  
England
Russia
 1-1  

Wales juga mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan Slovakia. Seperti yang dijangka Gareth Bale menjaringkan gol pada perlawanan ini. Pasukan England pula hampir meraih kemenangan pertama tetapi  kapten Russia berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan. Gol sepakan percuma  England dijaringkan oleh pemain Totenham iaitu Eric Dier. Harap pertembungan Wales dan England akan lebih menarik dan banyak gol terhasil.

Kumpulan C
      
Poland
Ireland Utara
1-0
German
Ukraine
2-0

Penyerang Poland menjaringkan gol pada kali ini. Poland banyak peluang menjaringkan gol tetapi disia-siakan oleh penyerang prolifik mereka iaitu Lewandowski. Pasukan German telah menang 2-0 berbanding pasukan Ukraine. Gol pertama German dijaringkan oleh pertahanan Valencia iaitu Shkodran Mustafi yang membuat tandukan gol. Gol terbaik keseluruhan milik pemain gantian German iaitu Schweinsteiger. Beliau menjaringkan gol setelah membuat larian selepas pasukan German melakukan serangan balas dan terus membuat penyudah yang terbaik.

Kumpulan D

Croatia
Turki
1-0
Sepanyol
Republic Czech
1-0

Crotia hanya mencatat kemenangan tipis ke atas pasukan Crotia. Kapten Crotia iaitu Luka Modric berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan percubaan terus ke arah gol. Sepanyol juga menjaringkan gol melalui pertahanan Barcelona iaitu Gerard Pique. Perbezaan pasukan La Roja kali ini adalah David De Gea menjadi penjaga gol utama menggantikan Iker Casillas.

Kumpulan E

Ireland
Sweden
1-1
Itali
Belgium
2-0

Sweden pula terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan 1 mata setelah bertemu dengan pasukan Ireland. Itali telah membuat kejutan terbesar kali ini kerana telah mengalahkan pasukan Belgium yang berada di kedudukan ke 2 senarai FIFA. Gol Itali telah dijaringkan oleh Emanuele Giacherini dan Graziano Pelle.

Kumpulan F

Hungary
Austria
2-0
Portugal
Iceland
1-1

Hungary mencatatkan kemenangan selesa ke atas pasukan Austria. Gol Hungary dijaringkan oleh pemainnya iaitu Adam Szalai dan Zoltan Stieber. Portugal hanya mencatatkan keputusan seri ketika bertemu pasukan kerdil iaitu Iceland. Gol Portugal dijaringkan bekas pemain Manchster United iaitu Nani dan pasukan Iceland dijaringkan oleh Bjarnason.


Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.Com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Selasa, 14 Jun 2016

Birthday Giveaway By Izzeyda


Tarikh tutup giveaway nie pada 30 Jun 2016. Apepun selamat hari jadi kepada puan Eyda

SOALAN TAMBAHAN

1. Berapakah umur Eyda pada tahun 2016?
    35 tahun
2. Bilakah Eyda mula berblogging? (Nyatakan bulan dan tahun)
    April 2013
3. Ucapan buat Eyda sempena hari lahir Eyda.
    Selamat hari lahir kepada Eyda. Angka dihitung kerana manusia yang  menentukkannya.         Semoga Eyda bahagia dan bersemangat bersama keluarga setiap masa serta ketika.

Gold Giveaway #1 By Qiya Saad



Mari ramai-ramai join gold giveaway by Qiya Saad. Bagus Qiya buat giveaway dateline sampai 6 bulan. Semua hadiah yang akan dapat berkaitan dengan barang kemas. Memang terbaik giveaway nie.

Isnin, 13 Jun 2016

Belog Urang Brunei




Mari ramai-ramai blogger Malaysia join segmen dari blogger Brunei. Tarikh tutup segmen pada 14 Jun 2016. Mana tahu pasni dapat jenjalan ke Brunei dan belajar cakap bahasa Brunei pulak.

Jumaat, 10 Jun 2016

Kumpulan C EURO 2016

Hasil carian imej untuk mesut ozil


Kumpulan C EURO kali ini terdiri daripada negara German, Poland, Ukraine dan Ireland Utara. Diatas kertas memang German dan Poland yang akan layak ke pusingan seterusnya. Tapi dalam bola , keajaipan boleh berlaku. Dulu sapa sangka pasukan kerdil seperti Greece boleh menjuarai EURO 2004 dibawah kendalian Otto Rehegal.

Pasukan German kali ini banyak diwakili oleh muka baru. Tetapi jurulatih Joachim Low telah menaruh kepercayaan kepada pemain berpengalaman seperti keeper Bayern Munich iaitu Manuer Nuer yang berumur 30 tahun, Bastian Schweinstelger yang berumur 31 tahun serta 2 penyerang veteran iaitu Mario Gomez dan Lucas Podolski. Semua pemain ini mempunyai penampilan bersama German melebihi 80 penampilan setiap pemain.

Pemain German kali ini banyak yang bermain dengan kelab di luar Bundesliga seperti penjaga gol Andre Ter Segen yang bermain dengan pasukan Barcelona, pertahanan Shkodran Mustafi yang bermain dengan pasukan Valencia dan Antonio Rugler yang bermain dengan pasukan AS Roma. Pemain tengah Germany memang ramai bermain di liga luar German seperti Toni Kroos (Real Madrid), Sami Khedira( Juventus) Emre Can( Liverpoll) dan Mezut Ozil yang bermain dengan Arsenal. Diharap German dapat mengekalkan prestasi cemerlang mereka seperti kejohanan EURO yang lepas.

Poland pula banyak pemainnya bermain di Bundesliga, Serie A dan Liga Perdana Inggeris. Pemain Poland yang bermain di Bundesliga seperti Lucas Piszczek yang bermain di Dortmund, Robert Lewandoski yang bermain di Bayern Munch. Pemain yang bermain di Liga Perdana  Inggeris adalah kedua-dua penjaga gol Poland iaitu Arthur Boruc(Bournemouth) dan Lucas Fabianski( Swansea). Pemain terbaik Poland ketika ini adalah penyerang mereka iaitu Lewandoski. Beliau merupakan antara penjaring terbaik Bundesliga musim lepas dan telah menjaring 34 gol untuk pasukan kebangsaan Poland.

Pemain Ukraini kebanyakkannya bermain di Liga Utama Ukraine seperti pasukan Dynamo Kiev, Shaktar Donetsk. Pemain Shaktar banyak mendominasi pasukan Ukraine seperti pemain Andryl Pyatov(penjaga gol), Olexandr Kucher, Yaroslav Rakitskly(pertahanan) , Viktor Kovalenko, Taras Stepanenko (pemain tengah). Apepun Ukraine masih mengharap kudrat pemain berpengalaman iaitu Anatolly Tymoshchuk yang telah berumur 37 tahun dan telah membuat penampilan 143 kali.

Pasukan terakhir dalam kumpulan ini adalah Ireland Utara. Majoriti pemain Ireland Utara bermain di Liga Perdana Inggeris dan Liga Scotland. Pengurus Ireland Utara masih menaruh kepercayaan kepada pemain veteran dan berpengalaman untuk mewakili pasukan pada kejohanan ini. Ini terbukti dengan 8 pemain berumur lebih 30 tahun mewakili pasukan mereka. Pemain tertua pasukan ini adalah Roy Caroll yang berumur 38 tahun. Caroll yang sekarang bermain untuk kelab Notts County pernah bermain untuk Manchester United sebelum ini.



Khamis, 9 Jun 2016

First Giveaway By Ayu Barbydol

... Assalamualaikum ...




FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL bersempena bulan ramadhan yang mulia nie.  Ayu mencari TIGA PEMENANG BERTUAH !! yang akan memenangi 
TUDUNG & SIMKAD ONE XOX. Giveaway terbuka kepada semua blogger di Semenanjung Malaysia dan dapat mengeratkan lagi silratulrahim bulan ramadhan yang mulia ini.  Bermula pada
 07 June 2016 ~ 30 June 2016 dan tamat pada jam 12.00 pm


Tinggalkan link di Comment  ini

Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang




Rabu, 8 Jun 2016

Segmen Bloglist Bulan Jun-Julai By HBJ



Mari ramai-ramai join segmen yang dibuat oleh adik Nisha nie. 20 penyertaan terawal akan dimasukkan  ke bloglist nisha nanti. Good luck untuk semua.

Selasa, 7 Jun 2016

Kumpulan B EURO 2016

Hasil carian imej untuk hamsik napoli



Kejohanan EURO 2016 tinggal beberapa hari sahaja untuk sepak mula. Banyak pasukan sudah mengesahkan senarai terakhir 23 pemain untuk mewakili negara masing-masing. Kumpulan B terdiri daripada pasukan Negara England, Russia , Wales dan Slovakia. Di atas kertas memang pasukan England merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan B.

England mengharungi pusingan kelayakan EURO 2016 dengan rekod 10 kemenangan berturut-turut. Kapten England kali ini ialah pemain veteran iaitu Wayne Rooney. Rooney juga telah membuat kemunculan pada EURO 2004 pada umur 18 tahun, Sekarang Rooney telah menjaringkan 52 gol  dan 110 kemunculan untuk pasukan England. Pasukan kali ini banyak dibarisi dengan pemain baru dan pemain muda.

Pasukan kali ini banyak diwakili pemain dari Kelab Totenham Hospurs dan Liverpool. Pemain dari Totenham adalah Walker, Rose, Dier, Ali dan Kane, Pemain Liverpool yang menyarung jersi England adalah Cylne, Lallana, Henderson, Milner dan Sturridge. Apepun kali ini pemain yang menjadi tumpuan adalah Marcus Rashford yang berumur 18 tahun. Rashford adalah pemain sensasi Manchester United yang telah menjaringkan 9 gol pada musim ini dan menjaring gol semasa memulakan aksi pertama bersama England menentang Australia.

Pasukan Russia banyak pemainnya  yang bermain di dalam Liga Russia seperti pasukan CSKA Moskow, Zenit  dan Dynamo Moskow. Pasukan kali ini mempunyai pemain naturalisasi sebanyak 2 orang. Pemain pertahanan iaitu Roman Neustadter yang berasal dari German. Penjaga gol iaitu Guilherme pula berasal dari negara Brazil. Sebanyak 8 pemain dari CSKA Moskow yang mewakili negara masing-masing dalam kejohanan EURO kali ini.

Negara Wales kali ini ditunjangi player bertaraf bintang mereka iaitu Gareth Bale. Pemain Real Madrid telah menjadi pemain termahal dunia semasa berpindah dari Totenham Hospur ke Real Madrid. Kebanyakan pemain Wales banyak bermain di Liga Perdana Inggeris seperti Totenham , Liverpool, Fulham dan Swansea. Pemain Arsenal iaitu Aaron Ramsey yang akan mengemudi jentera tengah pasukan Wales kali ini. Mungkin pasukan Wales akan membuat kejutan dengan gandingan Gareth Bale dan Aaron Ramsey.

Pasukan Slovakia adalah gabungan pemain yang bermain di  Liga-liga di Eropah dan Asia. Di bahagian pertahanan Slovakia akan diketuai oleh pemain kental  Liverpool iaitu Martin Skrtel. Pemain harapan untuk pasukan ini adalah Marek Hamsik yang bermain dengan pasukan Napoli di Serie A. Hamsik merupakan nadi utama bagi pasukan Slovakia dan Napoli. Beliau telah menjaringkan 18 gol dan mewakili Slovakia sebanyak 87 kali setakat ini.

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 



GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 




Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin




Sabtu, 4 Jun 2016

Perbelanjaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Hasil carian imej untuk bank cheque



Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Ada ibubapa yang dah buat persiapan awal untuk sambutan hari Raya Aidil Fitri.  Kaum ibu ramai yang sudah menempah baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak kerana takut tempahn ditutup awal. Diharap semua berbelanja ikut kemampuan dan tidak terikut dengan perbelanjaan orang lain. Semoga menjalani ibadah puasa dengan penuh hikmah dan mendapat kemanisan beribadat di Bulan Ramadhan. Di bawah ini saya senaraikan 4 jenis perbelanjaan utama setiap kali Ramadhan :

Pakaian Sekeluarga(RM 500-RM650)
Selalunya perbelanjaan yang besar untuk menyambut raya adalah pembelian pakaian untuk sekeluarga. Di dalam islam disunatkan memakai baju baru di pagi raya. Tapi janganlah sampai membazir dan berhutang pula. Untuk yang berkeluarga akan menumpukan kepada pembelian pakaian raya untuk anak-anak. Biasanya sekeluarga akan menempah baju melayu untuk lelaki dan baju kurung untuk perempuan. Yang penting warna sedondon untuk sekeluarga. Isteri pula akan membeli tudung dan kasut untuk menyambut hari raya. Anak-anak akan dibelikan baju tshirt atau gaun untuk dipakai waktu raya nanti. Mereka juga akan dapat selipar dan kasut baru.

Duit Raya(RM500-RM650)
Duit Raya dah menjadi tradisi semasa menyambut Hari Raya Puasa. Waktu inilah budak-budak akan cuba mengumpul duit raya sebanyak mungkin. Waktu hari raya tahun 80an lagi, Kadar duit raya hanyalah sekitar 20 sen sehingga 50sen. Saya dan sepupu pernah berjalan 2 kilometer untuk pergi beraya ke rumah orang kaya. Tapi bila habis beraya ramai yang kecewa kerana dapat duit raya 20 sen sahaja. Itulah pengalaman kumpul duit raya masa kanak-kanak lagi.

Peruntukan duit raya termasuklah untuk ibu-bapa, anak-anak saudara dan sesiapa yang datang ke rumah. Bagi saya pemberian duit raya masih lagi relevan. Yang penting bila bagi duit raya kita niat sedekah. Duit raya untuk mak ayah patutnya lebih sewaktu hari raya. Sebabnya duit itu dapat digunakan untuk kegunaan persediaan raya dan menghargai jasa ibu bapa kita.  Biasanya kadar duit raya untuk anak saudara akan lebih sedikit berbanding dengan budak-budak yang datang beraya ke rumah. Saya pun ada bertanya kepada kawan--kawan dan sedara mara. Kadar duit raya untuk anak saudara sekarang dari RM10 ke RM25. Kadar duir raya untuk budak yang datang beraya sekarang RM2 hingga ke RM5 .

Biskut Raya dan Juadah Pagi Raya (RM200-RM350)
Peruntukan kuih raya bergantung kepada bajet masing-masing. Jika setiap tahun ramai yang berkunjung ke rumah kita, maka peruntukan  biskut raya jadi tinggi jugaklah. Sesiapa yang ada masa dan kemahiran bolehlah buat biskut raya sendiri. Memang lagi jimat dan di jamin sedap. Sekarang harga biskut raya pun semakin mahal. Harga biskut antara RM20 ke RM30 sebalang untuk 50 keping biskut. Cara untuk berjimat kenalah kurangkan balang kuih raya dan banyakkan kerepek dan kacang-kacang untuk diisikan dalam balang.

Untuk yang dah berkeluarga , dah menjadi kebiasaan untuk membeli juga biskut  raya untuk ibu bapa sendiri dan mertua. Sebab tulah peruntukan biskut raya juga tinggi semasa nak menyambut hari raya.
Juadah pagi raya juga perlu di buat anggaran perbelanjaan. Jika banyak juadah pagi raya maka makin tinggi peruntukan. Cuma jika beraya di rumah ibu bapa, boleh berbincang dengan adik beradik untuk peruntukan juadah raya.  Sekarang harga daging lembu sekilo pun dah cecah RM30. Harga sebatang lemang ikut saiz pulak. Harga sebatang lemang sekarang dari RM12 ke RM18 sebatang. Harga satay pun makin mahal. Paling murah pun RM0.70 secucuk.

Jika nak berjimat buatlah satu juadah berat seperti nasi minyak atau nasi dagang. Pastu ada lemang dan satay sebagai juadah tambahan. Jangan sampai terlalu banyak hidangan sampai jadi membazir. Masih ramai di luar sana yang merasa makan daging setahun sekali.

Servis Kereta,Duit Minyak Dan Tol (RM300-RM400)
Kadang-kadang ada yang terlepas pandang tentang hal ini. Peruntukan duit minyak dan tol bergantung jarak perjalanan untuk balik kampung. Jika kampung kita jauh maka peruntukan kenalah lebih lagi. Ada juga bila hari raya puasa akan balik kampung kedua-dua belah. Yang terbaik sediakan peruntukan yang mencukupi untuk cover minyak, tol dan berhenti makan bila lapar di RNR.

Semua juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan kereta sebelum pulang berhari raya. Yang terbaik servis kenderaan sebelum pulang berhari raya. Waktu yang terbaik servis kenderaan minggu pertama bulan Ramadhan. Ini dapat mengelakkan kita terpaksa menunggu lama di bengkel kereta sebab ramai yang servis kereta macam kita jugak. Pastu bila servis awal , mekanik dapat membuat pemeriksaan yang terbaik untuk kereta kita kerana kereta masih tidak banyak untuk di servis.

Rumusan
Baju Raya     RM650
Duit Raya     RM650
Biskut Raya  RM350
Duit Minyak RM400
JUMLAH     RM2050

Giveaway Kad Raya 2016 By Kathy R'bain Dan Cik Akak

http://kathyrbain.blogspot.com/2016/05/GIVEAWAY-KADRAYA2016-BY-KATHYRBAIN-CIKAKAK.html
                                                                   Click Di Sini

Mari ramai-ramai join giveaway ini. Giveaway ini dianjurkan oleh 2 blogger hebat iaitu Khaty R'bain dan Cik Akak. Harap tujuh petak termasuk 20 orang penerima kad raya dari mereka.