produk-produk

Khamis, 22 Disember 2016

Keputusan Sepak Takraw League 2016

Hasil carian imej untuk sepak takraw stl




Kejohanan Sepak Takraw League baru sahaja sampai ke kemuncaknya pada 18 Disember 2016. Kejohanan kali ini berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Serdang Jaya dari Bulan 30 September 2016 sehingga 18 Disember 2016.  Syarikat Bus Express iaitu Express Perdana menjadi penaja utama kejohanan STL kali nie. Syarikat lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), Spritzer , Dashing dan Budi Group juga menjadi penaja kejohanan kali ini.

STL 2016 dibahagikan kepada 2 kategori iaitu divisyen perdana dan  divisyen 1. Pasukan Black Panters telah mengemudi kedudukan tempat pertama Liga Perdana STL diikuti dengan pasukan Terengganu Turtles. 4 pasukan terbaik akan bertemu di separuh akhir dan dua terbaik akan bertemu di akhir. Separuh akhir liga Perdana pasukan Kuala Lumpur Tunders telah mengalahkan Terengganu Turtles 2-0. Pasukan Black Panters telah mengalahkan pasukan ATM Guardians dengan aggregat 2-1. Perlawanan akhir telah menemukan Black Panters dan Kuala Lumpur Thunders dengan keputusan 2-0.

Pasukan Black Panters yang memenangi tempat pertama divisyen perdana telah menang hadiah wang tunai RM40,000. Kuala Lumpur Thunders selaku naik johan mendapat wang tunai RM20,000. Perak The Bos Gaurus selaku juara divisyen 1 memenangi wang tunai RM10,000. Pasukan PSM A pula memenangi wang tunai RM 7,000 selaku naib juara divisyen 1.

Dibawah ini keputusan penuh kejohanan STL

Divisyen Perdana

Pertama Black Panters

Kedua Kuala Lumpur Thunders

Ketiga ATM Guardians

* Pasukan Kedah Eagles dan Melaka Titans turun ke Divisyen 1 tahun 2017

Divisyen 1

Pertama Perak The Bos Gaurus

Kedua PSM A

Ketiga Selangor

Diharap penaja dari bank-bank tempatan dan syarikat GLC Malaysia seperti CIMB Bank, Maybak, Sime Darby dapat menaja STL pada tahun hadapan. Sebabnya kejohanan sukan lain seperti bolasepak, badminton dan skuash menawarkan hadiah yang lebih lumayan kepada para pemenang. Ini secara tidak langsung dapat menarik bakat muda untuk berkecimpung dalam permainan sepak takraw. Sukan ini merupakan warisan nenek moyang kita zaman berzaman







1 ulasan: