produk-produk

Rabu, 11 Mei 2016

Saham IHH 2012-2016


Hasil carian imej untuk ihh healthcare berhad


IHH atau nama penuhnya IHH Healthcare Berhad merupakan cabang pelaburan Khazanah Nasional dalam bidang penjagaan kesihatan. IHH telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan Bursa Saham Singapura pada tahun 2012. Perniagaan IHH telah berkembang pesat merangkumi Malaysia , Singapura, Turki, Republic China dan sehingga ke negara Macedonia.

Hospital swasta yang terkenal seperti Mount Elizebath, Gleneagle, Pantai dan Acibadem adalah hospital kepunyaan syarikat IHH. Secara keseluruhan IHH mempunyai 49 buah hospital dan lebih 9000 katil di kawasan mereka beroperasi di seluruh dunia. Pengambilan syarikat penjagaan kesihatan iaitu Acibadem menambah penguasaan perniagaan di negara lain. Acibadem sendiri merupakan penyedia penjagaan kesihatan terbesar di Turki. Acibadem juga mempunyai 17 buah hospital dan mempunyai lebih 2500 katil pesakit.

Dari segi prestasi kewangan IHH telah meningkat dari tahun ke tahun. Pendapatan kasar IHH pada tahun 2011 adalah RM3.3 billion. Pada tahun 2012 pendapatan kasar IHH telah meningkat sehingga RM8.4 billion. Pendapatan bersih IHH juga meningkat dari RM300 juta pada tahun 2011 ke RM900 juta pada tahun 2015.

Dibawah ini rumusan pergerakan harga saham IHH dari 2012-2016

1)Nama Saham               IHH
Harga Disenaraikan        RM2.85
Harga Penutup Listing    RM3.15
Harga Penutup 2012       RM3.45
Harga Penutup 2013       RM3.91
Harga Penutup 2014       RM4.80
Harga Penutup 2015       RM6.58
Harga Purata 52 Minggu RM5.32-RM6.75
Harga Penutup Semalam RM6.51



Tiada ulasan:

Catat Ulasan