produk-produk

Rabu, 4 Mei 2016

Tahniah Kepada Leiceister City























Tahniah diucapkan kepada pasukan Leicester City kerana berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris pada edisi kali ini. Pada permulaan musim tiada sesiapa yang menjangka pasukan kerdil ini akan menjuarai liga pada kali ini. Pengurus pasukan mereka Ranieri sendiri hanya menetapkan pasukan mereka untuk mengelakkan dari tergelincir ke dividen dua pada musim hadapan. Ini merupakan kejayaan terbesar bagi pasukan Leicester City dalam sejarah penubuhan kelab. Kejayaan terbaik pasukan ini hanya muncul sebagai Naib Juara English Premier League pada musim 1928-1929.

Pada musim lepas pasukan Leicester City hanya menduduki tempat ke 14. Selepas itu Claudio Ranieri dilantik sebagai pengurus pasukan yang baru. Pada permulaan musim ramai yang menjangkakan pasukan seperti Manchester City dan Chelsea yang akan memenangi kejuaraan. Manchester City sendiri telah berbelanja besar dengan membawa masuk pemain berkualiti dan bagus seperti Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne untuk memperkuatkan pasukan. Chelsea yang diuruskan Maurinho dijangka dapat mengekalkan prestasi untuk menjadi juara seperti musim lepas.

Secara keseluruhan kejayaan Leicester City disebabkan oleh strategi yang berkesan oleh  pengurus iaitu Claudio Ranieri. Beliau sendiri sehingga minggu ke 34 tidak pernah menyatakan pasukannya akan menjuarai Liga Perdana Inggeris. Ranieri sendiri menekankan kerjasama sepasukan dan menumpukan perlawanan demi perlawanan. Pengalaman Ranieri melatih banyak pasukan Eropah seperti Chelsea, Atletico Madrid, Juventer dan Inter banyak membantu kejayaan pasukan The Foxes. Ini merupakan kejayaan terbesar Ranieri dalam kerjaya beliau sebagi pengurus bola sepak.

Semangat berpasukan juga banyak pasukan ini untuk bergelar juara. Pemain-pemain pasukan Leicester mempunyai disiplin yang tinggi dan mengikut arahan yang diberi oleh pengurus pasukan.  Setiap pemain mempunyai peranan yang diaturkan Claudio Ranieri.  Pengurus menghargai sumbangan pemain utama dan simpanan setiap kali perlawanan. Gabungan morgan dan huth di bahagian pertahanan banyak membantu mengelak gol The Foxes dari dibolosi. Penjaga gol utama pasukan iaitu Kasper Schmeichel anak kepada lagenda Manchester United Peter Schmeichel bermain dengan cemerlang pada musim ini. Kecemerlangan Kasper telah menyebabkan gawang The Foxes kurang dibolosi dan melayakkan Kasper bermain untuk pasukan kebangsaan Denmark.

Ranieri berjaya membentuk pasukan dengan gabungan   pemain muda dan tua. Di bahagian pertahanan diketuai pemain yang berpengalaman  seperti Morgan, Huth dan Fuchs. Huth sendiri banyak pengalaman bermain dengan pasukan Chelsea dan Stoke City. Fuchs sendiri dibeli dari pasukan SChalke 04. Leicester beruntung mempunyai pemain muda yang berpotensi dan cepat serasi dengan rakan sepasukan. Pemain Drinkwater, Kante dan Mahrez adalah pemain muda yang mengerakkan jentera tengah dan membantu penyerang membuat serangan. Kerana bermain dengan baik pada musim ini Kante dipilih untuk bermain dengan Perancis. Drinkwater pula dapat bermain dengan Three Lion iaitu England.

Leicester City beruntung kerana mempunyai penyerang yang banyak menjaring gol. Penyerang itu adalah Jamie Vardy. Vardy juga telah berjaya mendapat tempat dalam pasukan England kerana banyak menjaringkan gol untuk pasukan Leicester City. Karier Vardy bermula agak lewat kerana banyak bermain dengan liga bawahan semasa awal karier beliau. Vardy bermain dengan pasukan tidak ternama Stockbridge Park Steels dari 2003 hingga 2010. Vardy telah berjaya memecahkan rekod Van Nistelrooy iaitu telah menjaring gol melebihi  11 perlawanan berturut-turut.

Faktor pelengkap kejayaan Leceister City adalah mempunyai perancang dan pemain tengah penyerang yang bagus iaitu Riyad Mahrez. Pemain kelahiran Peranics yang berumur 25 tahun ini memilih untuk mewakili Negara Algeria. Mahrez dibeli oleh Leicester City dari kelab Le Havre dengan harga 400 000 pound sahaja. Pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger sendiri mengakui Leicester City beruntung mempunyai pemain sebagus Mahrez yang dapat dibeli degan harga yang cukup murah. Mahrez pemain kaki kidal yang boleh bermain posisi sayap dan penyerang tengah. Mahrez juga telah berjaya menjaring 17 gol dalam Liga Perdana Inggeris dan 11 assist kepada rakan sepasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan